beberapa bulan sebelum tu seperti yang diberitahu oleh cnn kami iaitu teh....
elly nak mencari seorang isteri yang tidak bekerja
elly nak mencari seorang isteri yang boleh duduk rumah, jaga ma
dan semestinya yang kuat pengetahuan agama
alhamdulillah dengan niat baik tu segalanya dipermudahkan oleh allah swt. ada seorang ustazah kat sekolah dia yang kenenkan anak saudaranya yang baru habis study (macam umi je ada orang kenenkan he3). so majlis merisik suai kenal dah berlangsung beberapa minggu sebelum puasa di temerloh.
wah serentak tu 2 adik lelaki bujang umi ni bertunang. kang kawin jangan serentak tau, penat akak2 nak buat kerja hahahaha. eh selamat datang kepada bakal adik2 ipar umi tu. jangan segan2 dengan kami eh.
pihak perempuan tidak meletakkan sebarang harga untuk hantaran tetapi angka diberi oleh kami dan dipersetujui sebulat suara oleh mereka dengan tempoh pertunangan selama 6 bulan. alhamdulillah. kita jumpa dalam bulan 2 2014 nanti ye.
pesanan dari elly selepas snap pic sana sini. katanya sunah rasulullah bertunang tak wajib dihebahkan so dia tak bagi umi upload pic tu kat fb. well kakaknya ni degil gak nak upload tapi daulat si adik ha tak boleh2 gak nak upload dari laptop rumah tu. ok elly, berita faham. tapi k la publish muka kitorang yang suka bergambar ni je eh (nak jugak)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan