Pengikut

Sabtu, 17 Ogos 2013

majlis pertunangan elly di raya ke6

beberapa bulan sebelum tu seperti yang diberitahu oleh cnn kami iaitu teh....

elly nak mencari seorang isteri yang tidak bekerja
elly nak mencari seorang isteri yang boleh duduk rumah, jaga ma
dan semestinya yang kuat pengetahuan agama

alhamdulillah dengan niat baik tu segalanya dipermudahkan oleh allah swt. ada seorang ustazah kat sekolah dia yang kenenkan anak saudaranya yang baru habis study (macam umi je ada orang kenenkan he3). so majlis merisik suai kenal dah berlangsung beberapa minggu sebelum puasa di temerloh. 

wah serentak tu 2 adik lelaki bujang umi ni bertunang. kang kawin jangan serentak tau, penat akak2 nak buat kerja hahahaha. eh selamat datang kepada bakal adik2 ipar umi tu. jangan segan2 dengan kami eh.

pihak perempuan tidak meletakkan sebarang harga untuk hantaran tetapi angka diberi oleh kami dan dipersetujui sebulat suara oleh mereka dengan tempoh pertunangan selama 6 bulan. alhamdulillah. kita jumpa dalam bulan 2 2014 nanti ye.

pesanan dari elly selepas snap pic sana sini. katanya sunah rasulullah bertunang tak wajib dihebahkan so dia tak bagi umi upload pic tu kat fb. well kakaknya ni degil gak nak upload tapi daulat si adik ha tak boleh2 gak nak upload dari laptop rumah tu. ok elly, berita faham. tapi k la publish muka kitorang yang suka bergambar ni je eh (nak jugak)

ditimpa perasaan snap pic sendiri

adik ipar umi yang sedondon dengan anak2nya

untunglah ma dapat menantu yang boleh dibawak ke tengah ke tepi

pakcik ee dan anak2 saudara.....zahra nina

teh...tolong snap pic k la ni

lengkap sudah peminangan elly diterima

Jumaat, 16 Ogos 2013

majlis pertunangan ee di hari raya ke4

alhamdulillah selesai sudah majlis tu seperti yang dijanjikan.

walaupun banyak ranjau duri yang harus ee + mira lalui, bercinta putus, halangan orang tua dan sebagainya tapi kalau dah tertulis di loh mahfuz itu jodoh mereka ha akhirnya memang tak dapat lari ke mana.

pagi sabtu tu kami bergerak ke rumah parents mira yang tinggal di taman berdekatan jugak tapi sesampainya kat rumah mira tu ada incident yang mencederakan anak saudara ku. sesudah ziyad diturunkan dari crv adik ipar ku, tak tau macam mana dia boleh tersembam ke tanah wah takutnya sebab terus berdarah hidung tu. terus adik ipar umi bawak anaknya ke klinik dan kami masuk ke rumah untuk majlis pertunangan.

pungpangpunpang saya haris wakil famili ni pungpangpungpang

tetiba umi terdengar mak mira bagi tau kat jiran or saudara dia eh tu kena panggil tuan haris, orang besar tu pungpangpungpang. lepas tu mak mira sengih kat umi hahahaha macam2 la bakal besan mak umi tu.

jap jap....lepas tu umi dengar dorang cakap tempoh pertunangan ialah setahun hidup.????? blur lepas tu nasib baik ada orang tanya maksudnya. ooooo kiranya dalam masa setahun tu nak cepatkan ke awalkan no hal la kan. wah korang....mentang2lah adik umi tu engineer dan2 letak hantaran 5 angka eh. rupanya harga tu dah diskas beberapa kali and itu yang final. tak pe lah, asalkan nanti 2 hati disatukan gitu kan

mak teh bersama zahra dan nina 

ma bersama bakal menantu

cak!!!!!!!!

ok tengok bakal adik ipar yang kecik molek dengan kakak iparnya yang gebus gitu

terikat sudah cinta kasih mereka

raisha....jom posing. ni handbags original umi

adik2 ku dengan handbags yang sentiasa melekat hahaha sama la dengan umi

aik apa main tunjuk2 tu bang

candid

ooooo balik jerantut oooo balik jerantut....

hahahaha begitulah kiranya umi hepi sangat sebab dapat beraya dengan ma dan adik2 yang lain pada raya ke3 lepas. selepas anak menantu bertolak ke terengganu, kami pulak bertolak ke rumah bonda di jerantut pada petang raya ke3 tu selepas my hubby membeli lauk2 untuk bbq pada malamnya di rumah ma.

beruntung umi dapat suami yang ringan tulang nak masak itu nak masak ini sampaikan bila raya ada je adik2 umi terasa kekosongan di dapur tu.

sesampainya di rumah ma lebih kurang pukul 5 lebih tu, segala persiapan untuk bbq malamnya rancak dibuat disertai oleh my love, ma, adik2, anak2 even anak2 saudara pun join menyibuk gak le hahaha. my love suruh buat style orang umbai makan ikan bakar beserta nasik lemak. ok cantek tu. berdesup umi buat nasik lemak. psssttt korang, dulukan umi told u that my love tak boleh makan makanan yang ada gula tapi sekarang dialah yang asyik demand suruh umi buat sambal ikan bilis....sukanyaaaaaaaaaaaaa umi. tu maknanya kena selera dia dah tu kan.

pic umi tak de dalam ni sebab terlampau cantik untuk ditatap hahaha sebenarnya muka dah berpeluh sakan kulu kilir.

dah lepak2 lepas bbq tu, suami ku panggil adik2 yang bakal melangsungkan majlis pertunangan iaitu ee yang bertunang hari ahad tu dah elly pada raya ke6 hari selasa. hubby ku jadi jurucakap, ye lah sebab dia menantu paling tua dalam famili walaupun baru kawin dengan umi 3 tahun kannnnnnnnnnnnnn. so briefing time, tanya itu tanya ini well polis kan.

raisha dah standby kat tikar tu....ayah faster, i'm hungry

1 2 3 ready

amboi rilex je mastermind tu eh

dalam hati raisha ni mesti cakap kalaulah dapat makan semua tu kan best

borak apa tu

adults sibuk dengan bbq, yang kiddos ni sibuk lak main mercun bunga api

nenek jadi ketua hahaha

ateh dengan anak2 saudara

briefing untuk majlis pertunangan

raya 2013

uwaaaa raya aidilfitri 2013 yang lepas umi tak dapat beraya dengan ma. sebabnya anak menantu umi nak beraya dengan kita orang lak, ye lah dah tahun lepas dorang beraya dengan besan umi kan. so tahun ni turn umi lak beraya dengan menantu.

umi dah bercuti awal sejak dari hari isnin tu dan fuyooooo penatnya mengemas rumah tak sudah2. rupanya lagi penat tau jadi full time housewife ni sebab tengok itu nak buat tengok ini nak sentuh. saat paling best bila dapat tidur fuyoooooooooo best sesangat i tell u hokey.

tahun ni hubby umi kata tak nak bagi umi penat tapi dia suruh umi masakkan rendang ayam je, menu lain macam opor ayam dan rendang daging tu dia dah order dari kak mek la kan sape lagi hehehe. rebus ketupat segera, suami umi peminat setia ketupat tradisional ha tu keje dia lah.

as usual kalau kat kuantan ni time nak raya mesti ada pasar tani purposely untuk mencari barangan untuk raya macam daging fresh, ayam, kelongsong ketupat tu etcetc. kami pun apa lagi bertiga dengan raisha tolak dia naik stroller ha meredah laluan pagi rabu tu. balik tu terus buat persediaan. apa yang boleh dimasak terus ha hubby umi buatlah then yang lain simpan untuk umi buat rendang pada malam raya selepas buka puasa tu. johan sabrina elin katanya bertolak lepas bukak puasa dari kl tu.

pagi raya lepas bergaya sakan zoom sana zoom sini eh tetiba hubby umi suruh upload pic kat dalam fb. ya allah bang oit, tadi tak cakap so i tak pakai tudung pun. ok no hal, nanti umi edit baik punya kan hahaha.

so jom layan pic raya yang edited by adik umi iaitu elly

ayah duk tunggu anak2 nak pergi solat raya tu tapi raisha sibuk nak kerjakan kuih raya kat atas meja tu.....pagi sangat kan so raisha belum mandi lagi

best fren nina yang datang beraya iaitu damia

bujangs beraya....maklum le cuti dibekukan, anak isteri masing2 dah post ke kampung so pagi tu sebilangannya menyerbu rumah kami

2 beradik sedondon. memula umi nak ambik gak baju cam ni tapi bila difikir yang umi dah banyak baju kurung so tukar ke dress

baju ni semua jb mari. sedondon gak kan

hah what happened sayang. why your look is like that

pic edited by adik umi. original pic akan diframekan besar2 kat rumah ni

 3 beradik sedondon kan

Khamis, 15 Ogos 2013

tidak selalu bernasib baik

aah yer. umi ni kalau bab berkawan memang nasib jarang menyebelahi umi. try baca rentetan cerita ni eh.

kisah 1
umi ke sebuah negeri itu masa pertunangan anak sulung. orang kata ambik kesempatan la kan nak jumpa kawan lama. ye lah duk tengok kat fb kata dia ada kat negeri tu ha excited giler hokey nak jumpa kawan ni. masa tu seingat umi la yang umi sms dia kata nak jumpa or call gitulah lebih kurang tapi jawapannya dia berada di tempat lain. ok fullstop, tak de jodoh nak jumpa

kisah 2
sebelum pergi lagi ke negeri itu untuk majlis perkahwinan anak sulung umi, so umi tulis kat wall fb dia kata nak jumpa. dia reply kut kata miss me gak. tapi bila sampai kat sana sms call semua tak jawab. umi dah hangin masa tu. ye lah kita ni semangat nak jumpa orang tapi orang macam hampeh je nak jumpa kan. hangin tau. lastly risik punya risik end up dapat tau yang dia tengah problem dengan ex hubby dia. ooooo patut la kepala ting tong eh kang tak terlayan kawan lama ni dengan nak fikir marriage problem tu kan. ok tak pe lah umi balik dengan perasaan merajuk bagai sebab orang tak hingin nak jumpa umi. mengadu kat hubby tau so hubby kata lepas ni tak payah dah nak jumpa kawan2 lama. lepas balik tu tengok dia komen kat fb kata sori sebab dia sibuk uweeekkkk

kisah 3
ada lak sorang kawan lama gak ni wasap kata nak jumpa dengan kengkawan yang lain. ok orang mintak nak jumpa makanya tak kan nak menghampakan dia kan. pergi jugaklah walaupun masa tu dah tak berapa sedap hati.....entahlah. dah jumpa kami je perempuan yang 4 lagi ialah suami2 orang. ha pungpangpungpang tetiba dia tunjuk pic kat phone dia katanya dia jumpa minah tu masa pergi kat negeri tu. wah siap capture bff tu. umi pun cakap la oooo nak dia jumpa awak dengan saya dia tak nak jumpa dengan alasan sibuk. si kawan ni muka dah semacam hahaha kannnnn. lepas tu ada sorang kawan lelaki ni cakap oooo dia kawin lain dah ke. umi tau dah tapi saje nak tengok apa alasan kawan perempuan tu. guess what....dia boleh nak coverina potong line tu. wah ingat umi budak kecik ke oit, i know everything le. lepas incident tu umi dah malas nak join dia berborak. ye lah muka dah blur tapi dengan orang lelaki boleh cakap lembut giler uwekkkk.

kisah 4
umi balik rumah bonda, nak jumpa gak kawan. katanya siap nak datang rumah bonda umi lah tapi nak hado kau. umi siap buat masakan nak menjamu orang tapi tak payah membazir, kita bagi famili makan lagi afdal. on the nak balik umi try call mana tau kut boleh jumpa. guess what againnnnnnnnnnn telefon off hokey. kalau korang boleh tak hangin ke. sebab all this while duk wasap la fb la dari phone tu boleh pulak. the next day boleh wasap umi katanya line kat rumah dia tak de uweeeekkk. oit abis selama ni u online dari mana. agak2 le nak kelentong pun.

balik rumah mengadu kat my lovely hubby tu dia kata sudah2 la jumpa kawan lama yang tak membawa keuntungan tu, kawan je dengan orang sekeliling ni. ok perintah dijunjung untuk ke syurga gitu hubby hahaha.

pelik yang teramat pelik kan. umi beria2 nak jumpa orang tapi orang tak nak jumpa umi. ingatkan masa dulu kala je nak kawan pilih2, rupa2nya dah tua bangka ni pun ada gak attitude gitu eh. kat fb beria la tapi soooo fake la fren. tak nak peningkan kepala serabut kepala hotak ni, ha kan umi dah remove dorang. mula2nya ingat nak kesian la kat dia sebab bercerai then remarried tapi lepas tu tak de nak kesian dah....

dah la korang. umi dah malas nak melayan hipokrit bagai tu. korang hidup la dengan apa sikap yang korang rasa boleh hidup tu eh. jangan kacau umi dah as i also will do the same to you alls.

Sabtu, 3 Ogos 2013

luahan seorang ibu


well....actually dah lama umi nak highlight benda ni tapi tak berkesempatan. ye lah kadang2 takut jadi isu sensitif lak kang. sebab ada sesetengah benda yang kita nak cakap bukan semua orang boleh terima tapi tapiiiiiiiiiiiiiii kalau nak ikut orang fikir cam ner memang tak habis so teruskan la dengan apa yang kita nak buat kannnnn. kalau terasa sori eh.

sejak melahirkan si raisha dulu tu or to be more specific sejak dia berada di dalam kandungan yang umi duk bawak ke hulu ke hilir tu ha rasa cam tak sabar nak tengok dia depan mata setiap masa. lepas habis pantang 2 bulan kena masuk kerja tu kan, rasa ringan je mulut nak cakap kat hubby nak jadi isteri sepenuh masa tapi ye lah sayang lak dah kerja lama kan.

kepada ibu2 di luar sana umi mintak tolonglah jaga sendiri baby kita tu. tak sayang ke bila anak dah lahir lepas tu bagi orang jaga tak kiralah kita ambik dia weekend ke sebulan sekali ke. korang tak rasa kerinduan yang menebal giler ke bila baby tak de disisi eh. memang la korang boleh tidur lena, tak bangun malam buat susu untuk baby, tak perlu berjaga sampai pukul 2 3 pagi untuk tidurkan baby tapi ya ampun itukan satu pengalaman yang sukar untuk kita dapat kalau bukan bergelar ibu hokey. yang paling best korang tak miss ke bau baby kat dalam rumah tu. omg..... cuma ingatlah jangan marah kat anak2 kita nanti andai masa tua nanti pun kita akan dihantar ke rumah orang2 tua. sebab apa ha tanyalah diri sendiri.

lepas tu korang boleh ke miss saat2 menyusukan baby tu mata bertentang mata sambil bercakap dengan dia kan. tenung mata baby tu, imagine bila dia besar nanti apa dia akan jadi, imagine dia akan hidup dengan dunianya sendiri seandainya kita dah tiada di dunia ini. sedih tau. kalau baik keadaan dia kita senang hati tapi andai sebaliknya ooooo umi tak boleh bayangkan anak2 umi berada di dalam kesusahan.

one of the mum-baby's bonding ialah semasa kita mandikan dia....ya allah tautan ibu anak tu akan semakin erat. lepas tu sapukan losyen dengan urutan yang sesuai fuhhhh nikmat betul time tu. umi dah biasa buat semua tu sambil bercakap2 dengan dia dan umi dapat merasakan yang raisha umi sangat memahami apa yang umi bualkan dengan dia.

tak rasa sedih ke disaat baby demam kita tiada disisinya. cuba kita masuk ke dalam diri baby tu yang dalam keadaan tak sihat mesti dia nak berada di dalam dakapan seorang ibu, bukan pengasuh yang hanya mengharapkan duit dari kita. setakat manalah yang pengasuh tu betul2 menjaga baby kita sebagaimana diharapkan, ye lah bukan baby dia pun kan. belakang kita macam2 dia boleh buat tak endah ke apa. (nak menitik air mata saat ni)

kita sanggup bayar mahal untuk suruh orang jaga anak kita tapi itulah pengalaman termahal yang kita ada untuk seorang ibu. biar susah sekarang sebab kita tau dari didikan kita tu lah macam mana anak kita akan menjadi seseorang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails