Pengikut

Rabu, 27 Julai 2011

....ni lah akibatnya....

aku lupa yang aku bukan bujang lagi
aku lupa yang aku bukan 'berjalan keseorangan'
aku lupa bahawa aku dah tak kuat macam dulu

uwaaaaaaaaaaaaaa

ha sekarang ambik rasa sendiri badan yang sakit abis ni gara2 tak cukup rehat. asyik berjalan ke sana ke sini. setiap minggu ada je tempat yang diri ini dibawa pergi. ke timur, ke utara membelah angkasa, ke selatan.....demam panas, batuk, selesema, bersin. adoi kalau boleh cukup2 lah kan sebabnya sakit perut dan kesian baby kat dalam ni nak menahan.

ada orang kata masa mengandung ni selagi boleh tahan daripada makan ubat ha baik tahan. tapi aku pulak tak boleh. kang tak bangun le oit. walaupun kesian kat baby yang terpaksa menelan gak segala jenis ubat (apa yang ibu makan mestilah baby makan sama kan) tapi umi terpaksa sayang. tu abang baby kat rumah pun sakit gak. buat masa ni cuma ayah je yang masih bertahan daripada virus kami semua hahaha. jangan le bagi en suami ku sakit.....kang sapelah yang nak menjaga kami ni kan.

ok udah2 le berjalan jauh ye lepas ni. nak berjalan tu boleh tapi kena ada waktu rehat yang cukup barulah boleh sambung nak ke mana2. tak tahan menanggung sakit ni

Khamis, 21 Julai 2011

team building trip to chiang mai - 4th & last day

wokeh kita dah sampai ke penghujung cerita pasal team building trip to chiangmai (jangan le ada yang tanya jauhnya buat team building kan hehehe i dunno....ikut je). actually trip kami ni dibahagikan kepada 2 iaitu 1st trip dulu dah berlepas dalam bulan 6 dengan staf lagi ramai daripada yang 2nd trip. tiada paksaan untuk trip anjuran syarikat cuma kita sebagai staf kena top-up sikit la yang anggaran tak sampai rm500 pun, the rest tu sponsored by sports and recreation club. yang paling sikit penyertaan ialah staf dari kulai.

perasaan bangun pagi wah semangat betul....maklum le tak sabar nak balik ke msia kan. breakfast ala kadar dengan roti je sebagai alas perut, kami semua bergerak meninggalkan centara duangtawan hotel lebih kurang pukul 7.10am menuju ke chiang mai international airport.

lepas siap check in segala luggage, masuk boarding area hah apa lagi. ada geng trip yang berpeluang menghabiskan duit baht untuk kali terakhir (termasuklah aku hahaha). memulanya nak cuci mata je dekat duty free chiang mai airport tu hehehe well bukan aku le kalau tak membeli walau satu pun. sempat lagi aku menyambar perfume ysl yang memang sedap baunya.


bai centara duangtawan hotel. tak tau bila lagilah aku akan ke sini kan.


gambar kenangan dengan tourist guide dari chiang mai. tinggi betul sanggul lintang dia hahaha


posing dengan sebahagian ahli rombongan


hah baru ternampak steward ensem hehehe masing2 belakang partner hah cam lupa diri kwang3. posing sakan. ni aku letak sekeping je. yang suami2 orang tu amboi berkepit sakan.



alhamdulillah we all selamat sampai kat lcct lebih kurang pukul 1.30pm. eh lupa lak nak cerita kat dalam flight tu sempat lagi aku beli meal hehehe cam biasa baby nak makan wokeh. seronok dapat menjejakkan kaki kat msia (alahai mengada baru berapa hari je kan). sebelum naik van sempat le lunch kat mcd.

ok jom balik kuantan, tu van persiaran dah tunggu. kita tinggalkan baht thai 100 = rm10. simpan semua cerita sebagai kenangan ye. kat sana gak aku sempat bercakap dengan baby ku yang dah jauh aku bawak dia berjalan....orang lain tunggu lahir dulu baru boleh berjalan ke sana sini tapi dia dalam kandungan lagi dah travel jauh tinggalkan ayah, abang2 dan kakak2nya.

sepanjang perjalanan aku khabarkan kepada ofismate bahawa inilah trip terakhir ku. ye lah en asben dah pesan tak boleh berjalan tanpa dia n anak2. sebab baru ni pun dia kena attend event tanpa ku, jadi katanya dia tak suka berjalan tanpa isteri (cewah syahdu tu hehehe).

dalam van cam biasa kerja aku ialah tidur.....sebab tidur jugaklah aku miss banyak call dari en asben dan bonda ku. bila aku call balik rupa2nya aku dapat tau yang adik aku kak chik tu bleeding. adoi sian dia. cepat la van sampai rumah. en asben ambik hehehe rinduuuuuuuuuuuuu

team building trip to chiang mai - 3rd day

yeyyyyyyyyyyyyyyyyyyy panjangnya yey eh hehehe.

bkn apa sebabnya 3rd day ni aku dah skip xtvt team building. nak tau kenapa. sebabnya ialah kaki aku dah membengkak sampai ke paras betis dah tau. ni semua gara2 balik lambat ke hotel on 2nd day tu....kan sampai hotel dalam pukul 12 midnight lebih kan, dengan terhencot bagainya. tu lah banyak sangat berjalannya hehehe. aku tau tahap badan aku cam ner. kalau rasa tak boleh nak buat tu so baiklah aku rehat je daripada meneruskan xtvt yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang sekitar yang kena tolong aku hahaha.

jadi 3rd day ni memang langsung tak de gambar yang boleh aku share dengan korang. xtvt sepatutnya for 3rd day (kalau aku join ari tu lah) ialah pergi ke kem gajah, melawat taman orkid dan rama2 dan xtvt team building dengan masuk gua dsb.

apa yang aku buat ari tu? ha ni lah part yang paling best in the world.....apa lagi tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr le hehehehe. makan je apa yang dibawak dari msia, tengok tv siam, tengok view dari bilik hotel, tidur, makan, tengok tv. ha tu je lah mengulang je kan. sesekali tu ada gak hati nak turun berjalan2 ke kedai kat sekitar hotel tapi tak beranilah sebab tempat orangkan. kang jadi apa2 tak balik msia lak aku ni. nak bersangka baik dengan orang? oh rasanya salah tempat le hehehe beringat sebelum kena wokeh.

lepas hilang bengkak kaki tu horey malam tiba. hanya makcik yang muncul kat bilik hotel, siap tapaukan nasik lagi dan lepas tu we all menghabiskan hari2 terakhir (or habiskan duit) ke sunday market. wah meriah tu. tawar menawar selagi mampu.

sebelum tidur, aku dah pack my belongings untuk balik ke msia esoknya. tak sabar nak balik, nak jumpa my hubby (yang duk tanya kabar rindu bagai tu hehehe), anak2, famili.

Rabu, 20 Julai 2011

team building trip to chiang mai - 2nd day

ok kita masuk lak story on 2nd day trip to chiang mai, 16.7.2011. tourist guide bagi tau chiang means bandar and mai ialah nama raja. jadinya nama tu ialah bandar raja mai. morning call untuk hari ni ialah pukul 5.30am local time iaitu 1 jam lewat daripada waktu msia. oleh kerana aku was2 lagi dengan tahap kehalalan food kat hotel tu jadi aku makan roti je yang dibawa dari msia.

pukul 6.45am, semua dah naik bas untuk long journey to the north iaitu chiang rai, yang memakan masa almost 4 hours wokeh. tapi banyak stop la hehehe of course toilet break paling utama kannnnnnnnnnn. dalam bas aku sempat lagi mengunyah bekalan, ye lah baby nak makan ni tau (hehehe baby je kena ye)

1st destination we all sampai kat hot spring yang katanya the tallest in thailand. siap lagi aku beli telur rebus.

next destination ialah ke long neck village. hujan lak masa ni dengan jalan becaknya jadi aku kena berhati2 berjalan kang jatuh tak de orang nak tolong hehehe. tak beli apa pun kat sini walau pun orang kampung tu ada menjual macam2 tapi tengok je lah kan.

then gerak lagi ke white temple. putih je temple tu. dah jalan snap sana snap sini dengan group foto so we all gerak lagi ke border burma untuk lunch and shopping. kena masuk lorong bagai dengan naik tuk2 sebab bas tak boleh lalu jalan sempit then makan timeeeeeeeeeeeeeee. lunch di feng ming restaurant kepunyaan cina muslim.

yey dah kenyang. jadi boleh merayau cuci mata tengok t-shirt, batu jade, aksesori segala bagai tu. dapat le beli buah tangan sikit untuk diri sendiri, famili.

last destination ialah ke golden triangle yang terletak di sempadan sungai antara burma dan thailand. asal usul nama ni diperolehi ialah kerana dolu kala terdapat ramai penagih dadah kat situ. alamak terbayang lak beberapa tempat kat msia yang dapat gelaran cam tu oh no jangan le maknanya sama lak hehehe. berada di sini aku dah hadkan pergerakan sebab kaki dah membengkak gila, jalan pun dah terhencot2.

then travel back to chiang rai untuk dinner kat restoran muslim yang terletak bersebelahan masjid. walla kat sini baru aku jumpa masjid tau. ada gak group msia yang makan kat situ.

bung bang bung bang sampai ke hotel around 12.30 mid night. penat giler wokeh. aku yang pregnant ni lagi la menahan penat segala bagai. sebelum tidur sapu minyak urut yang makcik bagi untuk hilangkan bengkak dan keletihan. sempat lagi tu aku pesan kat makcik dan iz yang aku rasa cam tak boleh nak ikut xtvt next day kalau keadaan aku still sama. so kita tunggu je lah apa nak jadi esok kan.


macam biasa....duduk kat front seat. luas pemandangan boleh tengok hahaha tapi alahai kaki lak sempit tu nak dilunjurkan


singgah kat hot spring. katanya yang tertinggi kat thailand. kat sini gak aku dapat merendamkan kaki yang debab bengkak ni wui sedap giler. lepas tu beli telur puyuh yang direbuskan kat dalam perigi yang memang dikhaskan untuk merebus telur. bukan direbus kat tempat kita rendam kaki tu tau


huh sedap betul dapat duduk merehatkan dirikan. ni kat area white temple. being mak yong ni memang kalau dapat duduk tu la yang paling best dalam dunia hahaha


kat belakang tu lah white temple. asalnya ialah gajah putih yang disumpah. mendung lak masa ni tapi ok lah tak panas


horey ni our group from property division. siap banner 4d3n tu hehehe


di long neck village. yang hujung sekali rambut panjang ialah our local tourist guide yang very helpful. sempat lagi aku tanya pasal politik abishek yang hensem tu hehehe



lunch kat restoran muslim feng mui. ni semua kelaparan selepas mengharungi perjalanan 4 jam ke utara. kat maesai dah ni dan memang depan tu je sempadan negara burma


hahaha duduk lagi. dengan geng dari kl ofis. masa lepas penat mengelilingi pekan maesai dan shopping ala kadar hehehe. actually we all tengah tunggu geng lain untuk naik bas ke chiang rai


salah satu kedai yang aku sempat sedekahkan duit hehehe


deretan kedai


last stop kat golden triangle sebelum bergerak untuk dinner kat pekan chiang rai. sebelah kanan tu ialah negara burma dan ada tempat yang orang singapura beli untuk dijadikan kasino.

team building trip to chiang mai - 1st day

sa-wa dee kha(for lady) or sa-wa dee krab (bkn crab tau hehehe ni for men). semangat thai tu terasa lagi hahaha banyak la.

hari khamis 14.7.2011 lebih kurang pukul 10.30 malam, kami 9 orang dari kuantan branch telah bergerak ke kl dengan menaiki van persiaran. awalkan tapi tu lah yang diperlukan sebab kami perlu berkumpul di lcct pada pukul 4.30 pagi. macam biasa aku kena stay kat depan sebab nak melunjurkan kaki debab ku ini hehehe dan tidur le apa lagi.

lepas check-in so barulah dapat bergerak bebas dan we all breakfast dekat merry brown. lebih kurang pukul 7.00 pagi, kami dah berada di dalam perut kapal terbang untuk ke chiang mai. aku siap bawak bantal alas untuk keselesaan duduk lama2. dalam pukul 10.00 pagi, alhamdulillah kami selamat tiba di chiang mai international airport dan disambut oleh local tourist guide. dalam bas aku duduk kat seat depan.

dan first destination we all ialah ke doi suthep temple. alahai thailand cuti umum lak 4 hari jadi crowded betullah kat temple tu. being a mak buyung ni banyak pergerakan kena kurangkan jadi aku tak ikut they all memanjat tangga yang sayup mata memandang untuk ke temple tu. jadi aku stay kat gerai sambil melilau tengok orang lalu lalang.

lepas cuci mata kat temple, we all dibawa lunch di ruanmith restaurant (sambil menulis ni siap tengok itenerary hehehe mana nak ingat nama semua tu). sedap gak food dia. main food ialah tomyam dan ikan talapia masak sweet sour.

dah kenyang, semua bergerak untuk ke hotel centara duangtawan di tengah2 bandar chiang mai. aku diletakkan sebilik dengan makcik dan iz.....geng dari kuantan. mana2 yang nak pergi massage so they all diberi bas dan aku lak takut nak massage ni ye lah kang jadi apa2 lak dengan urat bagai ni kang ha badan sape gak yang susah....baby dalam perut ni kena jaga gak kan. jadi kada' tidur le apa lagi masa diorang tak de tu hehehe. eh bukan aku nak tidur lah tapi baby ni suruh tidur sebab dia kesian kat umi.

dalam pukul 7.30pm, kami dibawa dinner di jen pao restaurant. semua tempat yang kami dibawa makan ialah halal ok.... jadi mari kita layan gambar2 hari pertama kat bawah ni.


hahahaha orang paling besar duk kat depan lak. ni lepas check in kat lcct. dari kuantan ladies 5, men 4 orang je


breakfast at merry brown. muka toya masing2 sebab tak cukup tidur. mak aih lupakanlah muka kembang aku tu ye hehehe


dalam bas persiaran


sayupppppppppppppp tangga tu kan. ooooo idak le aku nak panjat sama


lunch masa memula sampai


night market jalan depan sikit kat area hotel

Khamis, 14 Julai 2011

persediaan sebelum ke chiang mai

sebelum berlepas ke chiang mai, ada beberapa benda yang aku kena buat:-

1) diarahkan oleh senior staf kat hq to obtain guarantee letter from doctor that i'm fit to fly for company trip. so dengan hamil 5 bulan ni doktor lepaskan aku pergi

2) bawa bekalan ubat secukupnya

3) doa dari suami tercinta (walau berat hati dia nak melepaskan isteri yang tengah sarat ni berjalan hehehe tu lah masa mintak permission dulu senang je bagi kan)

Rabu, 13 Julai 2011

merisik @ kuala terengganu

hari sabtu 9.7.2011 yang lepas, pagi2 lagi kami sekeluarga memulakan perjalanan ke kuala terengganu dengan disertai oleh johan. pergi sana buat apa? alah ni ha nak jadi agen perisik bagi pihak johan hehehe tak adalah. yang sebenarnya kami ni pergi berkenalan dengan bakal besan johan atau merisik lebih kurang.

bang....nak lalu ikut jalan pantai ke jalan kampung

u rasa

kalau ikut jalan kampung jabor-jerangau kita jimat 1 jam dari ikut pantai tu

ok lah, kita ikut jalan kampung lah ye


begitulah lebih kurang tanya encik asben sebab dia yang kena memandu kan. sebelum tu, suami ku dah pesan dari adik dia kat melaka supaya dibelikan bakul cina untuk diletakkan ole2 dari pihak lelaki (kami le tu). ada 3 tingkat mangkuk tu jadi semuanya berisilah dengan buah tangan. penginapan kami diatur oleh makwe johan iaitu sabrina di primula beach resort (tapi bayar sendiri tau).


aku bawak bebudak bermain di gigi air selepas check-in. hari tak panas sangat jadi sesuailah tu kan. masa ni en asben dan johan ke bandar sebab ada benda yang tak abis2 lagi nak dibelinya. nasib le aku ni mengandung jadi tak le penat sangat nak ke hulu ke hilir mengekor dorang hahaha

hah tembam tak aku kwang3.....kat belakang tu lah primula beach resort, yang kaler kekuningan

pertemuan dengan bakal besan. kami dijemput untuk makan malam sekali. mak aih....sedap betul hidangan malam tu, memang kena dengan selera kami. terkejut gak sebab en asben yang tekak dia cerewet tu boleh terima makanan orang kuala terengganu hehehe. bincang elok2 ye... boleh bincang bila nak bertunang dan seterusnya. mak aih.... nak terima menantu dah rupanya aku ea....

umi dan elin yang suka berposing hehehe

ok nak balik dah. terima kasih ye. hah yang baju kurung hijau tu lah sabrina, bakal menantu kami

Khamis, 7 Julai 2011

eat right for your blood type


benda ni aku dapat dari my ofismate. trylah bagi sesapa yang mementingkan kesihatan. since mengandung ni memang aku ikut gak le diet yang mengikut darah ni so far memang ok. cuma bila sesekali skip tu ha rasalah sendiri kesannya....jap pening la, ngantuk la, malas la... memang ada benarnya gak la benda alah ni kan. tapi sejak adanya benda ni aku dah tak boleh makan benda feveret aku iaitu encik KFC uwaaaaa dan raya nanti pun kena hadap rendang daging je lah nampaknya.






so ikutlah table ni ye. insya allah sama2lah kita menjaga kesihatan. jangan tua nanti nak menyusahkan orang lak nak menjaga karenah kita kan hahahaha pesanan hampehs tul.

Isnin, 4 Julai 2011

omg...tamar jalis

alah kali ni aku malas nak tanya pakcik google pic uncle tamar jalis. semalam aku terbaca kat mingguan m'sia pasal penulis citer2 seram zaman dolu kala. omg rupa2nya uncle tamar jalis sekarang dah berumur 71 tahun.

bagi sesapa yang tak kenal sape uncle tamar jalis ni dia ialah penulis citer siri bercakap dengan jin. mantap citer ni dulu tau. eh aku tak beli kumpul novel ni tapi main pinjam je hehehe. moral dari citer tu lah yang membuatkan aku minat sangat kat sang harimau aummmm. selalu termimpi2 bestnya kalau dapat pet cam tu kan.....nak ke sana ke sini zoom je alih2 dah sampai. pas tu siap boleh jaga harta benda kita lagi. hah kan tengok kuat betul pengaruh citer dari uncle tamar jalis tu. aku rasa sekarang kalau ada orang yang nak re-publish citer tu sure aku belinya buat koleksi. baca ulang balik pun tak pe.

bahan bacaan aku banyak jenis le....tak terhad pada satu genre je. so asal citer tu best mantap ha jom kita membacaaaaaaaaaaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails