Pengikut

Rabu, 20 Julai 2011

team building trip to chiang mai - 2nd day

ok kita masuk lak story on 2nd day trip to chiang mai, 16.7.2011. tourist guide bagi tau chiang means bandar and mai ialah nama raja. jadinya nama tu ialah bandar raja mai. morning call untuk hari ni ialah pukul 5.30am local time iaitu 1 jam lewat daripada waktu msia. oleh kerana aku was2 lagi dengan tahap kehalalan food kat hotel tu jadi aku makan roti je yang dibawa dari msia.

pukul 6.45am, semua dah naik bas untuk long journey to the north iaitu chiang rai, yang memakan masa almost 4 hours wokeh. tapi banyak stop la hehehe of course toilet break paling utama kannnnnnnnnnn. dalam bas aku sempat lagi mengunyah bekalan, ye lah baby nak makan ni tau (hehehe baby je kena ye)

1st destination we all sampai kat hot spring yang katanya the tallest in thailand. siap lagi aku beli telur rebus.

next destination ialah ke long neck village. hujan lak masa ni dengan jalan becaknya jadi aku kena berhati2 berjalan kang jatuh tak de orang nak tolong hehehe. tak beli apa pun kat sini walau pun orang kampung tu ada menjual macam2 tapi tengok je lah kan.

then gerak lagi ke white temple. putih je temple tu. dah jalan snap sana snap sini dengan group foto so we all gerak lagi ke border burma untuk lunch and shopping. kena masuk lorong bagai dengan naik tuk2 sebab bas tak boleh lalu jalan sempit then makan timeeeeeeeeeeeeeee. lunch di feng ming restaurant kepunyaan cina muslim.

yey dah kenyang. jadi boleh merayau cuci mata tengok t-shirt, batu jade, aksesori segala bagai tu. dapat le beli buah tangan sikit untuk diri sendiri, famili.

last destination ialah ke golden triangle yang terletak di sempadan sungai antara burma dan thailand. asal usul nama ni diperolehi ialah kerana dolu kala terdapat ramai penagih dadah kat situ. alamak terbayang lak beberapa tempat kat msia yang dapat gelaran cam tu oh no jangan le maknanya sama lak hehehe. berada di sini aku dah hadkan pergerakan sebab kaki dah membengkak gila, jalan pun dah terhencot2.

then travel back to chiang rai untuk dinner kat restoran muslim yang terletak bersebelahan masjid. walla kat sini baru aku jumpa masjid tau. ada gak group msia yang makan kat situ.

bung bang bung bang sampai ke hotel around 12.30 mid night. penat giler wokeh. aku yang pregnant ni lagi la menahan penat segala bagai. sebelum tidur sapu minyak urut yang makcik bagi untuk hilangkan bengkak dan keletihan. sempat lagi tu aku pesan kat makcik dan iz yang aku rasa cam tak boleh nak ikut xtvt next day kalau keadaan aku still sama. so kita tunggu je lah apa nak jadi esok kan.


macam biasa....duduk kat front seat. luas pemandangan boleh tengok hahaha tapi alahai kaki lak sempit tu nak dilunjurkan


singgah kat hot spring. katanya yang tertinggi kat thailand. kat sini gak aku dapat merendamkan kaki yang debab bengkak ni wui sedap giler. lepas tu beli telur puyuh yang direbuskan kat dalam perigi yang memang dikhaskan untuk merebus telur. bukan direbus kat tempat kita rendam kaki tu tau


huh sedap betul dapat duduk merehatkan dirikan. ni kat area white temple. being mak yong ni memang kalau dapat duduk tu la yang paling best dalam dunia hahaha


kat belakang tu lah white temple. asalnya ialah gajah putih yang disumpah. mendung lak masa ni tapi ok lah tak panas


horey ni our group from property division. siap banner 4d3n tu hehehe


di long neck village. yang hujung sekali rambut panjang ialah our local tourist guide yang very helpful. sempat lagi aku tanya pasal politik abishek yang hensem tu hehehe



lunch kat restoran muslim feng mui. ni semua kelaparan selepas mengharungi perjalanan 4 jam ke utara. kat maesai dah ni dan memang depan tu je sempadan negara burma


hahaha duduk lagi. dengan geng dari kl ofis. masa lepas penat mengelilingi pekan maesai dan shopping ala kadar hehehe. actually we all tengah tunggu geng lain untuk naik bas ke chiang rai


salah satu kedai yang aku sempat sedekahkan duit hehehe


deretan kedai


last stop kat golden triangle sebelum bergerak untuk dinner kat pekan chiang rai. sebelah kanan tu ialah negara burma dan ada tempat yang orang singapura beli untuk dijadikan kasino.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails