Pengikut

Selasa, 22 Mac 2011

weekend di hospital ampang

ya allah....betapa sedih takutnya aku tengok keadaan abang ipar bila ubat utk merawat kemo tu meresap ke segenap rongga tubuhnya. cam tu rupanya complication kemo eh. asalnya abg ipar aku tu operate tiroid tp lepas tu disahkan kanser lak.

actually abg ipar aku yang dipanggil abg salleh ni stay kat jb tp kata isterinya kak normah pakar kanser utk rawatan kemo tak de kat sana jadi dia dipindahkan ke hospital ampang. hari pertama sabtu 19.3.2011 masa memula sampai tu dia boleh lagi bercakap dgn adik dia iaitu hubby ku. siap nak jodohkan johan dgn anak dialah hahaha sure pengsan kalau awek tganu johan tu tau....

tapi hari kedua masa kitaorg ada kat sana iaitu hari ahad keadaan dia bertambah teruk. siap dah mengucap apa, meracau je..... hubby aku ni lak asik kuar masuk je jadi kena marah dgn abg salleh katanya asik tinggal illa je kat sini dia ntah ke mana2 hahaha kan dah kena. lepas tu dia kata nak rayalah etc. ya allah takutnya aku tengok. isteri, anak2 abg salleh, hubby ku dan aku sendiri menitis air mata tengok keadaan dia cam tu.

pintaku dari mu ya allah....kau sihatkanlah tubuh badan, berikan kesihatan yang baik kepada orang2 yang aku sayangi terutama kaum keluarga kedua2 belah pihak, ipar duai, sanak saudara, sepupu sepapat dan rakan2 karib yang masih sudi menghubungi aku dan umat islam yang lainnya.

Isnin, 21 Mac 2011

hepi bday johan


emmm kali ni wish bday kat anak sulung kami iaitu mohd hakimi aka johan.
he's single but not available anymore ngeee
wish dari kami....bila nak bagi ktorg menantu
kwang3.....larikkkkkkkk
(tak sure lak johan ni lahir tahun bila...sori)

hikayat merong mahawangsa

sape belum tengok lagi cerita ni? cepat pergi tengok sebab memang tak menghampakan. jalan cerita pun tak jauh beza daripada naskhah asal dolu kala. aku dah bawak anak2 dan adik ke panggung hari tu dan memang KRU pandai buat cerita. magika dulu pun best.

Jumaat, 18 Mac 2011

serampang 2 mata

kepenatan....keletihan....kesibukan dan berbagai lagi alasan biasa yang dicipta untuk (sdg fikir wording sesuai ni) ha excuse or escape from something. bukan tak de masa nak buat new entry tapi ditambah pulak dengan keadaan internet yang slow cam apa tu jadi hilang dah mood kan (untuk info. aku guna celcom bband). dah terlewat seminggu untuk aku update apa jadi last week. alah kalau lambat pun bukannya ada orang nak baca pun heheheh even comment apa tah lagi kan (eh ada gak la yang komen tp kat fb le).

flash back jap....masa kat prk kerdau dulu suami ku dah kena duty kat sana seminggu tp ada gak la dia balik rumah kejap kan. then tak sampai beberapa hari duk kat rumah so dapat order kena pergi course kat cameron highland lak. jadi dgn gaya ala2 suami mithali gitu (hahaha pengsan kalau hubby ku tau ni) yg kononnya sedih meninggalkan isteri dan anak2 kat rumah so diangkutnya kami ke sana dannnnnnnnnnn budak2 lagi la suka dpt permission cuti sekolah awal kan. confession... aku ni buat je nama orang pahang tp tak pernah jejak pun ke cameron highland emmm ni kira pucuk dicita ulam masuk mulut la kan hehehe. jadinya inilah serampang 2 mata...suami pegi course anak isteri boleh jalan2 cuci mata cuci tekak hahaha.


dgn izin allah perjalanan sgt lancar pada pagi rabu 9/3/11 ari tu. lepak breakfast kat restoran zaman, kitaorang teruskan perjalanan. kata hubby kita akan ikut new route iaitu raub then masuk ke kg orang asli. kejap2....masa lalu kat sertik, karak tu mood tuned ke lain sebab teringat kat situlah kitaorang membesar kejap dgn komunis segala bagai masa tahun 80an dulu (eh dah tua rupanya aku hahaha). lepas tu nampak signage ke felda mempaga...touching lagi sebab kat situlah abah aku bekerja sbg pegawai felda dgn ma lak kerja kat felda sertik.

aiseh ada lak mamat ni hehehe

masa masuk je bandar bentong aku tetiba teringat yg adik aku nijam lahir kat hospital bentong dulu. tak sangka dah besar rupanya adik aku ek (ni ayah irfan yg mmg anaknya copy paste muka nijam). lepas tu stop lunch kat bandar raub....sedapnya mkn ikan sungai. kat sini pun kenangan gak sebab adik aku si hafizah pernah bersekolah kat sek men sains raub. jauh betul dia studi hehehe. lepas mengenyangkan perut utk 4 orang ni (tq pd sudi belanja) kami sekeluarga meneruskan perjalanan dengan melalui new route dan tembus ke pos betau naik lagi sampailah ke pekan ringlet.


penggunaan tanah semaksima abis

teruja....excited...jakun....hahaha. eh kalau korang pun mesti ada perasaan cam aku gak kan sebabnya tengok segala macam pondok ke apa diorang panggil untuk segala jenis tanaman tu. snap sana snap sini. udara sejuk so tak yah on air cond dalam kereta. buka tingkap kereta dan dapat le udara sejuk nyaman.


baju & skirt recycle hahaha

sampai je kat pekan tanah rata (cam tak sesuai je nama tu sbbnya ada gak tanah yg tak rata kwang3) hubby ajak minum. wooo idak le aku nak minum cold drink....hot tea please ya. sebelum tu sempat gak le aku mencuci mata sambil sedekah duit kat tokei kedai teh prabat ke apa nama ntah. kena sound sekali dgn en polis hehehe katanya tak menyempat2 nak membeli. alah bkn apa kan sebelum terlupa baik la beli drpd balik tangan kosong....tul tak.

dalam pukul 6pm kitaorang pegi check in kat heritage hotel kat pekan tanah rata tu gak. alah sebelum terlupa 1 lg excitement kat situ ialah aku jadi pelik bila tgk semua building tu ala2 zaman kolonial gitu. rasa cam duk kat tempat lain je....kamera memang kat tangan je so apa lagi snap le kan. lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii benda pelik ialah masuk2 je bilik toinggggggg air cond tak de. ye lah selalunya tak kira bilik murah ke mahal ke semua ada air cond kan so tu yang jadi peliknya. yg ada dlm bilik tu cuma kipas. bukak tingkap bukak pintu balkony ooooo dlm hati ckp no wonder le tak de air cond sebab udara memang dah dingin sejuk. kalau ada air cond mau beku jadinya kan.


rasanya masa ni awin tgh tny aku 'ni ke umi' hehehe
2nd day. 10/3/2011.....bnyk tempat kitaorang pegi ni (sekali lg tq pd yg sudi menemani kami). hari khamis tu kitaorang pegi vege farm tp ada gak produk strawberry. kami sibuk nak mkn produk dr strawberry sebab ada mcm2 tau.....dr strawberry coklat fondue (jeng3....tetiba rasa cam tok ti lak), aiskrim dgn fresh strawberry, mufin strawberry emm lupa lak apa lagi bebudak
mkn. sempat gak beli buah tangan kat farm ni. seronok tengok fresh vege salad bagai tu.


bnyknya kaktus....berbagai rupa

lepas tu kitaorang dibawa ke gerai2 kat tepi jalan yg bnyk menjual souvenir. cantik semuanya. ada 1 kedai tu yang aku masuk toilet dia wah penuh dgn bunga2 pokok2. rasa cam duk kat dalam taman lak. kalau tak silap ni kat brinchang ke gitulah. then pegi lak ke taman rama2. bayaran dikenakan tapi lupa lak bape henggit hehehe. kat dalam tu w/pun taman rama2 tapi ada gak benda2 lain. ada bunga ros, mini zoo tp yang paling tak boleh tahan ialah aku tak boleh stay lelama kat dlm taman rama2 sebabnya hehehe benda menggelikan aku ada kat situ iaitu ulat bulu. ok semua dah penat turun naik tangga so kita stop mkn jap ye.

alamak aku dah lupa turutan le. ok lah kita bantai je lah mana2 tempat yang pernah pegi tanpa follow the sequence ek hehehe. anak2 (termasuk aku) memang excited dr kuantan lagi nak memetik buah strawberry jadi permintaan kami dipenuhi. suka 1000x....utk 500g ialah rm20. ok la tu kan utk makan 1 famili. suka sgt dorang bila dgn bebasnya memetik strawberry.

then jalan lagi. kita ke gerai yang menjual fresh vege n fruits lak. budak2 pun nak beli itu ini. aku pun beli gak hehehe. lastly kita pergi ke boh tea farm. omg besar betul tempat ni. nak shooting pun boleh sbb cantik sgt. sempat lagi tu pegi ke kilang boh tea tengok proses membuat teh.

ok dah....jom balik. sian gak kat orang yang menemani kami dan aku pun dengan kepala yang dah berdenyut bagai tu ajak dorg balik ke hotel. sebelum terlupa meh nak citer dgn korang....kat sini gak aku terbayang cerita rahsia perindu oleh abg RAM dan novelis sape ntah yang buat cerita berdasarkan tempat kat cameron highland tu.

3rd day, jumaat 11/3/2011 turun dah dari cameron highland. ya allah....pening tahap apa dah aku ni bila melalui jln bengkak bengkok ke tapah. kalau naik dari raub ari tu ok je tp serius aku memang tak boleh lalu ikut jalan ni....tobat dah. tp cameron highland kat atas tu mmg best.

Khamis, 17 Mac 2011

sian....org pandang dari jauh je ye

iklan dulu. sebelum aku citer pasal pengalaman ke cameron highland....jom baca entry aku pasal sorang kawan lama ni. citer ni terjadi masa kitaorang nak ke cameron highland pada pagi rabu 9/3/2011.

kat kuantan ni ada 1 restoran yang menjadi feveret untuk sesapa yang nak travel akan drop by kat situ, namanya restoran zaman (bg promotion free ni....errrr boleh claim ke tokey hehehe). baik masa bujang or dah kawin sekali pun kitaorang akan singgah kat situ. jadinyaaaaaaaaaaaa pg rabu tu masa kitaorang breakfast rupa2nya ada orang duk spy on us. aku pun tak tau nape tapi instinct aku terasa macam ada orang duk tengok je. and omg....mmg betul lah tu. rupa2nya kawan lama aku duk breakfast kat situ gak. melalui pm kat fb dia kata sempat lagi tu dia lalu depan aku beli paper, siap puji encik polis ku hensem la (suka la hubby ku tau ni....eh dah bagi tau ari tu dia sengih je). tp dia mungkin le terkejut dgn 'pengembangan' diri ku ni kan hahahaha agaknya itu yang buat dia tak tegur aku sampai sudah. elleh dia pun 'mengembang' gak kwang3 jadi jgn salahkan aku kalau tak perasan dia kan.

rasa cam hampeh je kalau orang tak tegur kita kan. for info., aku dah terpisah lama dgn kawan sekolah rendah ni sebab dia ikut ayah dia berpindah ke felda lain. well....kitaorang kan anak pegawai felda so berpindah randah la ke mana2 je kalau order keluar. kalau tak silap masa tu aku darjah 4 dan dia darjah 5 so boleh imagine berapa puluh tahun dah tak jumpa kan. nama kwn lama tu tut tut tut oiiiiiiiiiiiiiiiiiii geram sgt ni tau. tp sedih gak le sbb orang tak sudi nak tegur kita. kata hubby ku dia sporting je setakat nak bertegur sapa tu kan.

tapi aku pun ye lah setakat tengok muka dia kat fb je so mana le nak ingat kalau jumpa in real kan. tapi kalau ikutnya unfair pun ada sebab dia kenal aku tapi aku tak kenal dia. jadi moral of the story....kengkawan lama sila tegur aku wokeh

Ahad, 6 Mac 2011

its my bday & a flower bouquet from hubby


a flower bouquet delivered by florist shop from my hubby



so sweet....


today is my birthday. yg ke berapa? owh mana yg tau tu tau lah ye hehehe mls le nak reveal my actual age. tq utk suami ku, bonda tercinta, siblings, anak2, ramfc, relatives, ex schoolmates tak kira sek men or sek ren, fb frens, former ofismate for a lovely bday wish....really appreciate it.

dan tengahari tadi dpt flower bouquet dari my hubby. ni mesti dia buat keje masa balik rumah ari tu kejap kan hehehe tq abg. walau kejauhan ingat gak dia hari besar isteri dia ni kan. banyak yang aku doa tp biarlah ianya rahsia dan satu yg belum aku dapat ialah zuriat sendiri. walau sudah mempunyai anak2 lain tp itu jugaklah yang aku tunggu2. semoga dimakbulkan allah kan

Sabtu, 5 Mac 2011

advance bday wish...


antara yg awal bg bday wish ialah my former ofismate iaitu yanti. dia wish kat fb pd hari rabu 2/3/11. tqvm yanti. ada gak org ingat bday aku kan.

confession.....ni kan my 1st experience as a wife then tiba lak my birthday tp suami ku tak de. ingatkan being a wife dpt le together2 even makan kek je ke tp aduhai hampehs rasanya. selagi tak abis duty dia kat prk kerdau tu so aku duk layan rasa je sorg2. sayu tau. mujur gak le ada call, sms dari suami ku.....advance wish katanya hehehe.

touching tul dpt sms cam ni.....dalam kesibukan tu ingat gak dia kat aku kan. terima kasih encik suami ku. kepulangan mu ku nanti....cewah....pengsannnnnnn



hahahaha jgn orang kata aku gila glemer ke apa lak. eh tak boleh ke. alangkan org bercouple then clash pun copy paste apa sms dari partner dia so ni lak yg dah sah kan kan (artis tetttttt.... riot jap dulu kan)

Rabu, 2 Mac 2011

blog walking

ok katanya bz kan hehehe tapi ada gak masa untuk blog walking ke some blog yg sempat diterjah. ada berbagai jenis blog yang aku jumpa yang boleh dibuat analisa. dan kata orang pena yang menari lebih tajam daripada sebilah pedang dan kata2 or tulisan tu mencerminkan siapa diri kita kan..... emmm wallahualam betul ke tidak. so no need to mention which blog i've visited and my summary are as follows.

analisa:-
1) blogger yg suka menceritakan tempat2 yg dia pergi. dgn nice scenery, food, xtvties etc.
2) blogger yg menitipkan kisah hidup keluh kesahnya or mgkn itu umpama diari hidup dialah kan.
3) blogger yg menceritakan sunyi hidup tanpa seseorang yg telah tiada disisi...sadis baca ayat2nya.
4) blogger yg dgn beraninya menghentam certain pihak or parties whether they involved or not or just passing by.
5) blogger yg so arrogant with what they have (actually they have to work hard to get what they want and it's good to know itu hasil drpd titik peluh dorg sendiri without being 'spedo' from other parties)
6) blogger yg publish kisah cinta diorang.
7) blog monitored by someone who called 'admin' for certain people hehehe contohnya mcm RAMFC...yuhhuuuu ni kelab pencinta naskhah karya novelis thriller no. 1 in msia. siapa lagi kalau bkn abg ramlee awang murshid
8) etc etc etc

soooooooooo apa pulak pendapat korang pasal my blog.
1) tak suka baca?
2) tak suka komen?
3) tak suka any entry published out?
4) tak suka bertandang?
5) menyampah dgn ayat2 aku?

tak pe...its ok. itulah kelemahan aku....sukar nak memuaskan hati semua orang kerana aku cuba jadi diri sendiri. kalau ada yg rasa menyampah segala bagai tu aku mintak maaf dulu dari korang. menulis or kata org keluarkan entry blog ni part of my free time, its not represent who am i....half of it tu mungkinlah hahaha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails