Pengikut

Rabu, 13 Julai 2011

merisik @ kuala terengganu

hari sabtu 9.7.2011 yang lepas, pagi2 lagi kami sekeluarga memulakan perjalanan ke kuala terengganu dengan disertai oleh johan. pergi sana buat apa? alah ni ha nak jadi agen perisik bagi pihak johan hehehe tak adalah. yang sebenarnya kami ni pergi berkenalan dengan bakal besan johan atau merisik lebih kurang.

bang....nak lalu ikut jalan pantai ke jalan kampung

u rasa

kalau ikut jalan kampung jabor-jerangau kita jimat 1 jam dari ikut pantai tu

ok lah, kita ikut jalan kampung lah ye


begitulah lebih kurang tanya encik asben sebab dia yang kena memandu kan. sebelum tu, suami ku dah pesan dari adik dia kat melaka supaya dibelikan bakul cina untuk diletakkan ole2 dari pihak lelaki (kami le tu). ada 3 tingkat mangkuk tu jadi semuanya berisilah dengan buah tangan. penginapan kami diatur oleh makwe johan iaitu sabrina di primula beach resort (tapi bayar sendiri tau).


aku bawak bebudak bermain di gigi air selepas check-in. hari tak panas sangat jadi sesuailah tu kan. masa ni en asben dan johan ke bandar sebab ada benda yang tak abis2 lagi nak dibelinya. nasib le aku ni mengandung jadi tak le penat sangat nak ke hulu ke hilir mengekor dorang hahaha

hah tembam tak aku kwang3.....kat belakang tu lah primula beach resort, yang kaler kekuningan

pertemuan dengan bakal besan. kami dijemput untuk makan malam sekali. mak aih....sedap betul hidangan malam tu, memang kena dengan selera kami. terkejut gak sebab en asben yang tekak dia cerewet tu boleh terima makanan orang kuala terengganu hehehe. bincang elok2 ye... boleh bincang bila nak bertunang dan seterusnya. mak aih.... nak terima menantu dah rupanya aku ea....

umi dan elin yang suka berposing hehehe

ok nak balik dah. terima kasih ye. hah yang baju kurung hijau tu lah sabrina, bakal menantu kami

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails