Pengikut

Jumaat, 16 Ogos 2013

raya 2013

uwaaaa raya aidilfitri 2013 yang lepas umi tak dapat beraya dengan ma. sebabnya anak menantu umi nak beraya dengan kita orang lak, ye lah dah tahun lepas dorang beraya dengan besan umi kan. so tahun ni turn umi lak beraya dengan menantu.

umi dah bercuti awal sejak dari hari isnin tu dan fuyooooo penatnya mengemas rumah tak sudah2. rupanya lagi penat tau jadi full time housewife ni sebab tengok itu nak buat tengok ini nak sentuh. saat paling best bila dapat tidur fuyoooooooooo best sesangat i tell u hokey.

tahun ni hubby umi kata tak nak bagi umi penat tapi dia suruh umi masakkan rendang ayam je, menu lain macam opor ayam dan rendang daging tu dia dah order dari kak mek la kan sape lagi hehehe. rebus ketupat segera, suami umi peminat setia ketupat tradisional ha tu keje dia lah.

as usual kalau kat kuantan ni time nak raya mesti ada pasar tani purposely untuk mencari barangan untuk raya macam daging fresh, ayam, kelongsong ketupat tu etcetc. kami pun apa lagi bertiga dengan raisha tolak dia naik stroller ha meredah laluan pagi rabu tu. balik tu terus buat persediaan. apa yang boleh dimasak terus ha hubby umi buatlah then yang lain simpan untuk umi buat rendang pada malam raya selepas buka puasa tu. johan sabrina elin katanya bertolak lepas bukak puasa dari kl tu.

pagi raya lepas bergaya sakan zoom sana zoom sini eh tetiba hubby umi suruh upload pic kat dalam fb. ya allah bang oit, tadi tak cakap so i tak pakai tudung pun. ok no hal, nanti umi edit baik punya kan hahaha.

so jom layan pic raya yang edited by adik umi iaitu elly

ayah duk tunggu anak2 nak pergi solat raya tu tapi raisha sibuk nak kerjakan kuih raya kat atas meja tu.....pagi sangat kan so raisha belum mandi lagi

best fren nina yang datang beraya iaitu damia

bujangs beraya....maklum le cuti dibekukan, anak isteri masing2 dah post ke kampung so pagi tu sebilangannya menyerbu rumah kami

2 beradik sedondon. memula umi nak ambik gak baju cam ni tapi bila difikir yang umi dah banyak baju kurung so tukar ke dress

baju ni semua jb mari. sedondon gak kan

hah what happened sayang. why your look is like that

pic edited by adik umi. original pic akan diframekan besar2 kat rumah ni

 3 beradik sedondon kan

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails