sejak melahirkan si raisha dulu tu or to be more specific sejak dia berada di dalam kandungan yang umi duk bawak ke hulu ke hilir tu ha rasa cam tak sabar nak tengok dia depan mata setiap masa. lepas habis pantang 2 bulan kena masuk kerja tu kan, rasa ringan je mulut nak cakap kat hubby nak jadi isteri sepenuh masa tapi ye lah sayang lak dah kerja lama kan.
kepada ibu2 di luar sana umi mintak tolonglah jaga sendiri baby kita tu. tak sayang ke bila anak dah lahir lepas tu bagi orang jaga tak kiralah kita ambik dia weekend ke sebulan sekali ke. korang tak rasa kerinduan yang menebal giler ke bila baby tak de disisi eh. memang la korang boleh tidur lena, tak bangun malam buat susu untuk baby, tak perlu berjaga sampai pukul 2 3 pagi untuk tidurkan baby tapi ya ampun itukan satu pengalaman yang sukar untuk kita dapat kalau bukan bergelar ibu hokey. yang paling best korang tak miss ke bau baby kat dalam rumah tu. omg..... cuma ingatlah jangan marah kat anak2 kita nanti andai masa tua nanti pun kita akan dihantar ke rumah orang2 tua. sebab apa ha tanyalah diri sendiri.
lepas tu korang boleh ke miss saat2 menyusukan baby tu mata bertentang mata sambil bercakap dengan dia kan. tenung mata baby tu, imagine bila dia besar nanti apa dia akan jadi, imagine dia akan hidup dengan dunianya sendiri seandainya kita dah tiada di dunia ini. sedih tau. kalau baik keadaan dia kita senang hati tapi andai sebaliknya ooooo umi tak boleh bayangkan anak2 umi berada di dalam kesusahan.
one of the mum-baby's bonding ialah semasa kita mandikan dia....ya allah tautan ibu anak tu akan semakin erat. lepas tu sapukan losyen dengan urutan yang sesuai fuhhhh nikmat betul time tu. umi dah biasa buat semua tu sambil bercakap2 dengan dia dan umi dapat merasakan yang raisha umi sangat memahami apa yang umi bualkan dengan dia.
tak rasa sedih ke disaat baby demam kita tiada disisinya. cuba kita masuk ke dalam diri baby tu yang dalam keadaan tak sihat mesti dia nak berada di dalam dakapan seorang ibu, bukan pengasuh yang hanya mengharapkan duit dari kita. setakat manalah yang pengasuh tu betul2 menjaga baby kita sebagaimana diharapkan, ye lah bukan baby dia pun kan. belakang kita macam2 dia boleh buat tak endah ke apa. (nak menitik air mata saat ni)
kita sanggup bayar mahal untuk suruh orang jaga anak kita tapi itulah pengalaman termahal yang kita ada untuk seorang ibu. biar susah sekarang sebab kita tau dari didikan kita tu lah macam mana anak kita akan menjadi seseorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan