Pengikut

Khamis, 15 Ogos 2013

tidak selalu bernasib baik

aah yer. umi ni kalau bab berkawan memang nasib jarang menyebelahi umi. try baca rentetan cerita ni eh.

kisah 1
umi ke sebuah negeri itu masa pertunangan anak sulung. orang kata ambik kesempatan la kan nak jumpa kawan lama. ye lah duk tengok kat fb kata dia ada kat negeri tu ha excited giler hokey nak jumpa kawan ni. masa tu seingat umi la yang umi sms dia kata nak jumpa or call gitulah lebih kurang tapi jawapannya dia berada di tempat lain. ok fullstop, tak de jodoh nak jumpa

kisah 2
sebelum pergi lagi ke negeri itu untuk majlis perkahwinan anak sulung umi, so umi tulis kat wall fb dia kata nak jumpa. dia reply kut kata miss me gak. tapi bila sampai kat sana sms call semua tak jawab. umi dah hangin masa tu. ye lah kita ni semangat nak jumpa orang tapi orang macam hampeh je nak jumpa kan. hangin tau. lastly risik punya risik end up dapat tau yang dia tengah problem dengan ex hubby dia. ooooo patut la kepala ting tong eh kang tak terlayan kawan lama ni dengan nak fikir marriage problem tu kan. ok tak pe lah umi balik dengan perasaan merajuk bagai sebab orang tak hingin nak jumpa umi. mengadu kat hubby tau so hubby kata lepas ni tak payah dah nak jumpa kawan2 lama. lepas balik tu tengok dia komen kat fb kata sori sebab dia sibuk uweeekkkk

kisah 3
ada lak sorang kawan lama gak ni wasap kata nak jumpa dengan kengkawan yang lain. ok orang mintak nak jumpa makanya tak kan nak menghampakan dia kan. pergi jugaklah walaupun masa tu dah tak berapa sedap hati.....entahlah. dah jumpa kami je perempuan yang 4 lagi ialah suami2 orang. ha pungpangpungpang tetiba dia tunjuk pic kat phone dia katanya dia jumpa minah tu masa pergi kat negeri tu. wah siap capture bff tu. umi pun cakap la oooo nak dia jumpa awak dengan saya dia tak nak jumpa dengan alasan sibuk. si kawan ni muka dah semacam hahaha kannnnn. lepas tu ada sorang kawan lelaki ni cakap oooo dia kawin lain dah ke. umi tau dah tapi saje nak tengok apa alasan kawan perempuan tu. guess what....dia boleh nak coverina potong line tu. wah ingat umi budak kecik ke oit, i know everything le. lepas incident tu umi dah malas nak join dia berborak. ye lah muka dah blur tapi dengan orang lelaki boleh cakap lembut giler uwekkkk.

kisah 4
umi balik rumah bonda, nak jumpa gak kawan. katanya siap nak datang rumah bonda umi lah tapi nak hado kau. umi siap buat masakan nak menjamu orang tapi tak payah membazir, kita bagi famili makan lagi afdal. on the nak balik umi try call mana tau kut boleh jumpa. guess what againnnnnnnnnnn telefon off hokey. kalau korang boleh tak hangin ke. sebab all this while duk wasap la fb la dari phone tu boleh pulak. the next day boleh wasap umi katanya line kat rumah dia tak de uweeeekkk. oit abis selama ni u online dari mana. agak2 le nak kelentong pun.

balik rumah mengadu kat my lovely hubby tu dia kata sudah2 la jumpa kawan lama yang tak membawa keuntungan tu, kawan je dengan orang sekeliling ni. ok perintah dijunjung untuk ke syurga gitu hubby hahaha.

pelik yang teramat pelik kan. umi beria2 nak jumpa orang tapi orang tak nak jumpa umi. ingatkan masa dulu kala je nak kawan pilih2, rupa2nya dah tua bangka ni pun ada gak attitude gitu eh. kat fb beria la tapi soooo fake la fren. tak nak peningkan kepala serabut kepala hotak ni, ha kan umi dah remove dorang. mula2nya ingat nak kesian la kat dia sebab bercerai then remarried tapi lepas tu tak de nak kesian dah....

dah la korang. umi dah malas nak melayan hipokrit bagai tu. korang hidup la dengan apa sikap yang korang rasa boleh hidup tu eh. jangan kacau umi dah as i also will do the same to you alls.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails