Pengikut

Jumaat, 26 Ogos 2011

selamat hari raya aidilfitri

selamat hari raya aidilfitri
diucapkan kepada semua pengunjung yang sudi bertandang ke blog ni
dan juga yang sudi membaca 'notes' di mukabuku

sebagai manusia biasa (aku sayang pada mu he3)
....oppsss ada kena pelangkung dengan en asben ni....
ku pohon 1000x kemaafan andai ada salah silap
ye lah kekadang bila menulis tu ikut gak perasaan yang entah apa2 ni kan
jadi diharapkan sudilah kiranya memaafkan diri kerdil ini

untuk pengetahuan korang, ini raya pertama ku bergelar isteri
tahun lepas beraya masa dimengorat dan mengorat ha3
rasanya tahun ni tak banyak yang aku boleh menolong di dapur
keadaan yang sarat ni tak memungkinkan segalanya
jadiiiiiiiiiiiiiiiii kerja aku makan hasil tangan ma ke, suami ku je lah


p/s: sori jackie....i telah menggunakan picture yang u send kat outlook untuk membuat tampalan di sini

Rabu, 24 Ogos 2011

26th weeks of pregnancy

thank god...it's 26th already. this morning i went for my usual pregnancy check-up kan, ye lah dah appointmentnya ari ni.

banyak berat awak naik ni

apa tak banyak naiknya misi, setakat ari ni memang tak leh puasa lagi. dah try 1st day tapi yang kat dalam ni duk meragam je. tak pe lah nanti saya ganti pose (hehehe)

eh apesal perut awak keras ni

entahlah misi. saya pun tak tau. dari malam tadi lagi dia buat hal. nak tidur pun susah.

ok, kita ambik darah hb (kat jari) dan cucuk kat bahu.

alamak cucuk lagi ke misi....sakit la

tapi memang sakit la cucuk kat bahu ni, lenguh tau. karang tak payah masak

hah sakit...ish tak boleh ni. suami saya balik dari outstation hari ni, kena gak masak sikit walau tak banyak mana

actually kan...malam tadi aku baca novel karya terbaru aisya sofea, uda dan dara. pas tu si dara miscarriage lak. aduhai tak sangka lak aku terbawak2 dalam tidur pasal ni. bangun pagi tadi terus check perut aku hehehe alhamdulillah baby aku selamat.

ok, nanti lepas raya awak datang lagi ye untuk minum air gula

ye lah misi (so far aku tak de penyakit kencing manis tapi disebabkan sejarah mak aku yang ada penyakit 3 serangkai tu jadi nak tak nak kena minum gak le)

yang peliknya baby aku ni kan....masa duk menunggu turn dipanggil misi eh elok je dia duk menendang aku kiri kanan. lepas tu bila misi panggil dia duk diam, sampaikan misi pun pelik apesal tak bergerak lagi ni. aku citer la yang sekarang baby aku sakan duk gerak. nakal eh baby umi ni.....ayahhhhhhhhh tengok baby ni ha

Selasa, 23 Ogos 2011

buka puasa with colleagues

yessssssssssssss.....i purposely broke the record for having a buka puasa with my colleagues. all this while kan aku buka puasa dengan my famili je. follow function hubby aku ke hotel sana hotel sini, dewan sana dewan sini.

last friday 19.9.2011, aku angkut suami dan anak2 ke swiss-garden hotel kuantan sebab ofis aku ada buat anjuran buka puasa. ni pun dengan izin suami tapi ada syarat iaitu dia nak join gak hahaha jomlah bang.... i thought this time tak de lah aku merasa berbuka puasa dengan colleague kan tapi rupanya ada lagi kesempatan tu.


bukak puasa di bawah khemah besar....ginilah gayanya. walaupun ada kipas tapi panas gak. tu semua dah bermandi peluh bagai.


korang tengok yang cantik je lah eh hehehe abaikan je lah muka tembam aku tu


alamak....tembamnya aku kwang3


lelong2... coz dia perasan comel hahaha jokelah joey ni


my ofismate


my ofismate lagi


lagiiiiiiiiiiiiiiiii my ofismate


yey....kami keluarga merah pada hari tu....striking apa kan. ignore je lah muka berpeluh sakan tu....mmg panas giler


(entry tertunda) kenduri kawin di mutiara hotel jb

hahaha ni satu lagi entry tertunda. apa punya pemalas la kan. ish bukan la.... kekangan masa tu (kononnya).

kalau tak silap (tengok....aku sendiri pun dah lupa tarikhnya hahaha) majlis kenduri kawin ni berlaku bulan 7 lepas. actually ni majlis kawin anak abang ipar aku iaitu abg salleh (businessman kat jb tu)....kiranya anak sedara aku la kan. yang lelaki tu lah anak sedara aku. dah selamat ari tu berlangsung kat mutiara hotel. kitaorang pun dapat stay kat situ 1 nite.

layanlah pics kat bawah ni eh....


selamat pengantin baru buat amy n marsha. semoga berkekalan ke akhir hayat


hah tengok tu. makanan diarak dengan tandu ke apa nama ntah.


ni big family of my BIL, abg salleh n kak normah.


sweet...


tetiba kitaorang disuruh duduk kat meja pengantin. oleh sebab nina tak de orang jaga so dia pun diheret ke depan gak. sebelah kiri hubby tu ialah nephew dia n kakak sulungnya iaitu kak long saadiah.

Isnin, 22 Ogos 2011

attention please

ok aku tak tau sejak bila ianya berlaku. tapi aku dapat notification from email yahoo katanya aku sibuk duk hai orang tu duk hai orang ni kat facebook...

tolongggggggggggggggggg.... aku dah berapa hari tak online fb. ni pun ari jumaat atau sabtu lepas kononnya nak upload le pics bukak puasa dengan ofismate kat swiss-garden hotel tapi mak aih website fb tu entah ke mana2 peginya. check punya check rupa2nya fb aku dah kena virus.

pada korang yang reply tu ni aku nak bagi tau itu bukan kerja aku ek....so ignore je lah. idok le aku nak hai sana hai sini kan hehehe. so penyudahnya aku sendiri pun dah tak leh bukak fb tu... abih cam no. hahaha agaknya memang dia suruh aku berehat kut dari duk on9 je kan....

Jumaat, 12 Ogos 2011

anak ku dah bergerak

eh korang boring, menyampah, benci, tak suka baca pasal my pregnancy ke. ala abis nak buat cam ner. ni my blog kan. katanya pun moden diary (betul tak wording aku guna ni eh) so semua stori mory around me haruslah aku tulis kan. korang tak suka ke apa ke aku tak boleh buat apa cuma boleh bagi tau silalah angkat jari bawak lari cursor close my blog ni. tapi kalau suka bertandang ke sini you are most welcome.

ni ha nak citer. kan dulu aku cakap tak pernah rasa lagi my baby's movement....eh dah masuk 6 months pregnancy ni baru dia nak gerak tak kira waktu. asal ada peluang je mesti aku dapat rasa tendangan my baby ni. sakit gak le. especially kalau night time. ha time nak tidur tu punyalah seksa tau. pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena, tidur menelentang pun lagi le tak kena. hehehe pandai lak baby aku ni main2 eh.

but one thing yang aku notice about my baby ni kan....bila ayah dia around, usap perut sambil say hello ke apa2 je lah suami ku cakap so pandai lak dia diam. amboi dalam perut pun dah kenal mana satu ayah eh.... baby girl memang cari ayah je ye.

tak kisah le but for me this is one of my sweet memories.....di usia matang ni dapat gak aku merasa semua ni kan. sori....pada yang tak berpeluang untuk menjadi ibu tu, insya allah ganjaran korang tetap ada di sana nanti...amin.

Rabu, 10 Ogos 2011

last 2nd trimester

alhamdulillah....walaupun seksa rasanya dengan sakit bagai ni tapi dah masuk 6 bulan pregnancy ni banyak yang aku tempoh. kira berjaya gak la kan.

1st trimester ok. 2nd trimester hazab nak bawak diri ni ha. eh hazab tak hazab pun ha lepas gak ke chiang mai kan hehehe. nak2 sekarang dalam bulan puasa ha lagi teruk. banyak le aku kena ganti puasa nanti. oit aku bukan sesaja tak nak puasa tau tapi keadaan aku sekarang memang tak boleh wokeh.

iklan jap. baru ni anak dara kami bagi tau yang dia kena attend konvo dalam bulan 10 ni dan mengajak le kami laki bini turut serta. tapi suami ku ni memahami orangnya, ye lah kalau dalam bulan 10 tu pregnancy aku dah 8 bulan la kan.....memboyot abis tu hahaha. jadinya dia kata kami tak dapat le pergi konvo elin.

awin's wish....

.....ialah untuk berbuka puasa di padang depan masjid negeri pahang atau pun lebih dikenali sebagai padang pokok buluh atau pihak majlis perbandaran kuantan bagi no. berapa entah le hehehe sebab kat sini ada banyak padang mpk 1 la 2 la 3 la.

jadinya petang semalam, selasa berangkat le kami anak beranak ke padang. eh kalau korang yang tak tau kan.....pernah keluar dalam surat khabar pasal orang2 kuantan berbuka puasa di padang ni tau. memang meriah happening i tell you.

alahai nina posing ek....lupa lak nak snap gambar awin yang seronok duduk kat atas padang ni


sebelum tu kita kena la berebut membeli juadah di bazar ramadhan pokok buluh tu. emmm suami aku dah kompelin sebab makanan yang dia dapat dah le tak sedap, mahal lak tu. katanya apa2 pun bukak puasa kat rumah jugak yang sedap. ye lah bang....ari ni je ye tu pun sebab awin nak makan. aku sempat beli ikan terubuk goreng rm10 dengan mi sup.....hampeh je rasanya.

suami ku dengan pakaian pejabat hahaha jangan cakap apa sebab lepas je bukak puasa ni dia kena terus ke ipk sebab ada mesyuarat, report bagai kena buat pasal kes minah saleh yang kena bunuh di pulau tioman tu. katanya jabatan siasatan jenayah kan hehehe jadinya kena kerja lebih masa le


ha tengok. ramainya umat kan


penuh padang dengan lautan manusia berbuka puasa tau



eh lupa lak yang sebenarnya aku terrrrrrrrrrbukak cerita dengan anak2 pasal pakcik ee dorang weekend baru ni (masa dia nak balik ke paka) jadi dia bukak puasa lah dengan kawan2 dia kat padang tu. jadi bila awin dengar kemeriahan tu dia pun nak ikut samalah.

Selasa, 9 Ogos 2011

eat right for your blood type - success

yey tepuk tangan untuk diri sendiri. sebab apa? sebabnya aku dah berjaya mengawal makanan mengikut kumpulan darah. baca kat eat right for your blood type . no chicken, no crab, no prawn etc etc etc.

bazar ramadhan dah aku jejaki tapi alhamdulillah memang tak terliur langsung la tengok ayam golek macam2 tu. giler apa nak makan kalau dah tulis avoid, food like a poison. suami aku yang ke rompin baru2 ni pun ada bawak balik ketam, udang bagai tu tapi takat tengok je lah. so kalau makan gak memang le cari nahas kan. bukan apa....orang kata prevention is better than cure wokeh.

aku nak hidup lama dan insya allah nak sihat tanpa menyusahkan orang2 sekeliling. ye lah kang dah sakit tak ke menyusahkan orang nak jaga kita.

Isnin, 8 Ogos 2011

puasa dengan anak2

hujung minggu pertama puasa dipenuhi dengan makan bersama anak2 dan bakal menantu. sori ma sebab sehingga saat ini tak dapat lagi nak berbuka puasa di rumah hehehe harap ma faham tanggungjawab anaknya sekarang.

tengah hari sabtu kan aku sibuk membeli belah barangan keperluan baby yang bakal lahir ni, jadinya petang tu suami ku mengajak kami semua termasuk bakal menantu berbuka di luar..... ala hotel biasa je hehehe. makin besar famili kami kan. sori, lupa pulak nak bawak kamera.

ahad semalam kami berbuka puasa di rumah sahaja. masakan sendiri ada la jugak tapi yang selebihnya beli di bazar ramadhan. oleh sebab baby nak makan (ke uminya ni hehehe) maka terbang gak rm18 untuk seekor ikan terubuk bakar. nasib baik kena selera ku jadi halallah duit yang aku bayar tu kan. tu ikan kesukaan ku dari zaman dolu kala....

persiapan menyambut orang baru


ya allah.....penat giler sabtu baru ni. ye lah dalam pada orang duk berasak2 nak bershopping raya, aku lak pergi menyibuk nak membeli kelengkapan untuk baby ku ini. hah panjang berjela kan senarai tu....macam tu jugaklah 'sedekah jariah' aku kat parkson, ecm.

ni baru kesesakan kat kuantan, belum lagi kat tempat lain terutamanya kl kan. memula aku dan suami plan nak pergi shopping kat kl tapi dengan keadaan aku yang sarat, tak berapa sihat, bulan puasa lagi....jadinya aku ambik keputusan shopping kat kuantan je lah. lagipun bukannya tak ada mall kat sini kan....east coast mall, megamall, kuantan parade....ha pilih je lah. lepas tu kedai yang menjual barangan baby pun bersepah kat sini.

aku tak sangka la pulak dengan main tarik2 je barangan baby tu omg dah lebih bajet tu. tapi bila balik rumah tengok alamak sikit lak jadinya kena tambah lagilah. emmm yang tu nanti2lah bila aku larat aku pergi shopping semula. mahal gak rupanya barangan baby ni eh. tapi tak pe lah....orang kata yang pertama kan hehehe jadi tak kisah le berabis sikit pun.

Khamis, 4 Ogos 2011

it's a girl

mula2 aku tak nak pergi scan. ye lah lepas banyak kali pergi check-up puan misi duk tanya dah rasa ke belum pergerakan baby dalam perut ni. ala puan misi ni pun....kan ni pengalaman pertama aku jadinya manalah aku tau masa bila baby ni bergerak atau aku yang tak perasan bila dia gerak kan.

lepas tengok muka puan misi tu semacam je, jadi aku pun pergi buat le buat check-up lepas kerja. pssssttt kalau ikutkan suami ku tak bagi scan baby ni sebab katanya takut ada jangkitan lain daripada ubat sapu tu dan dia kata biarlah jantina baby tu jadi kejutan hahahaha. tak boleh betul la suami ku itu kan....kata puan misi scan tu tak semestinya nak tengok jantina baby je tapi nak tau betul atau tidak jangkaan pembesaran baby dengan tarikh akhir haid kita.

jadi dengan semangat wajanya terkedek2 la mak buyung ni ke klinik. yey alhamdulillah doktor kata pembesaran baby sama dengan tarikh yang aku bagi. insya allah dijangka bersalin akhir bulan november 2011 nanti. mula tu tak nak gak tau jantina baby tapi doktor kata awak sorang je lah tau tapi tak payah bagi tau suami hahaha mana boleh doktor oit. dapat le aku melihat dan merasa pengalaman pertama kali melihat baby ku hasil cinta kami di skrin.

aku tak tau perasaan bakal ibu atau ibu2 yang lain. tapi bagi aku saat itu punyalah syahdu abis. siap aku menitiskan air mata depan doktor. sayang suami ku tak dapat bersama kerana tuntutan kerja. jadi aku kongsi pengalaman tu kat rumah je. melihat hasil cinta yang membenihkan sesuatu tu ya allah syukurnya aku rasa. biarlah orang kata lewat untuk menjadi ibu tapi sekurang2nya aku dapat merasa pengalaman ini semua.

suami yang paling gembira kerana dia memang kepingin baby girl. walaupun itu jangkaan doktor tapi aku tak kisah seandainya yang lahir nanti apa jantina kerana bagiku dia lahir sihat sempurna cukup sifat anugerah ilahi adalah satu bonus. hahaha aku dah selalu panggil baby ku dengan nama yang akan diberikan tapi dia asyik tidur je (ni mesti sebab aku selalu makan ubat).

telah ku hebahkan kepada ma, adik2, anak2 yang sedia ada tentang baby girl ini.

walau aku rasa tak larat dah tapi aku gagahkan diri demi hasil cinta kami ini. eh korang tau tak. aku ni baru nak pergi beli barangan baby (tak nak warna pink sebab dah bosan tengok warna tu hehehe) tapi yang kelakarnya set jamu bersalin aku dah beli tau. hari tu sesaja nak survey barut dekat butik sendayu tinggi eh alang2 dah ada kat situ jadinya beli teruslah jamunya. ok apa sebab dia dah jadikan pil....dan boleh diambil mengikut tempoh hari kita berpantang. makcik ofis ni kata dulu dia punyalah hazab sebab jamu semua dalam bentuk serbuk yang kena dibancuh.

baby girl.....semoga semua selamat ye nanti. tak sabar nak tunggu akhir bulan november.

Rabu, 3 Ogos 2011

ramadhan sebagai isteri

salam ramadhan

dah masuk 3 hari kita berpuasa kan hehehe tapi jangan ditanya samada aku berpuasa atau tidak. almaklum lah aku kan berbadan dua ni jadi mood tak larat dan baby asyik mintak makanan je kerjanya.

cepat je masa berlalu kan. bulan puasa tahun lepas aku masih lagi bergelar 'solo' gitu tapi masuk bulan puasa tahun ni dah tukar status jadi seorang isteri dan ibu pulak. pengalaman? oleh sebab baru ni aku masuk hospital (segala anggota badan tak stabil lagi) dan kebetulan anak dara ku ada di rumah, jadi dialah yang menolong sedikit sebanyak meringankan tugas kat rumah. terima kasih elin. bangun sahur pukul 4.30 pagi (wah awalnya.....dulu kala sedap tidur lagi kan hahaha). bolehlah masak yang simple je asalkan suami ku dan anak2 dapat mengenyangkan perut.

tapi rasanya menjadi mak buyung ni kita perlukan tidur yang cukup kan jadinya sekarang aku memang tak cukup tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Selasa, 2 Ogos 2011

warded jap

ari khamis 28/7-30/7/11 baru ni kan....aku kena tahan kat wad. sebab apa? sebab badan lemah sangat. pelik kan. dah nak masuk 6 bulan baru lemah2 badan. emmm ni le gayanya kalau tak cukup rehat........asyik berjalan ke hulu ke hilir.

1. kata doctor aku ILI....ish tak kan sebab aku citer salah sorang ahli trip yang balik dari chiang mai ari tu kena tahan jap kat airport so dorang main angguk je. dah dekat 2 minggu doctor oit. demam aku dah kebah le

2. setiap kali makan mesti aku muntah balik. pelik orang dengar kan. patutnya masa 1st trimester jadi gini hehehe dah 'matang' so kehamilan pun ikut dan je

3. batuk tak henti2. adoi abis sakit pinggang dibuatnya

4. pas tu ada katanya ada jangkitan kuman kat paru2

so kesan dari semua tu ha merasa la aku masuk air 3 botol. nasib baik ada elin kat rumah boleh tolong jaga adik2 dia. pulak tu awin pun batuk demam je. kesian lak suami ku terpaksa berulang tengok keadaan aku dan anak2 kat rumah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails