Pengikut

Ahad, 26 April 2009

panasnya.........

Sejak kebelakangan ini cuaca begitu panas sekali yang amat tidak selesa sekali terutama sekali pada ku yang ada penyakit migrain ini. Aku cuba untuk membuat kerja rumah, berkurung di dalam bilik yang berhawa dingin tetapi malangnya tetap tidak memberi apa-apa perubahan.

Oleh itu selepas solat zohor tadi, aku mengajak sahabatku untuk keluar berjalan-jalan. Sambil mengenakan make-up di bilik sebelah (bilik berhawa dingin hanya di bilik ku) cuaca memang panas sehingga berpeluh-peluh walau kipas berpusing di siling. Selepas itu, kami bergerak ke East Coast Mall untuk lepak santai tetapi ramai pulak orang hari ini. Cuci mata di Parkson sambil sempat lagi menyambar sehelai baju, pusing-pusing di Carrefour dan akhirnya kami menghilangkan penat dahaga dengan membeli ais krim Baskin Robbin.

Sempat lagi mataku dan mata sahabatku terpandang seorang apek tua yang syok melayari internet di tempat makan Baskin Robbin tu dengan laptopnya. Ok lah kan tapi yang membuat kami tersenyum ialah dia berbual secara alam maya di Yahoo Messenger. Mataku sempat terpandang yang dia tidak menggunakan perantara bahasa cina tetapi mungkin samada bahasa melayu atau bahasa inggeris. Lucunya di fikiran kami ialah tidak mungkin si apek itu memberitahu umur sebenar dia........ kami bercakap dari pengalaman menggunakan laman sembang tersebut kerana kami tidak pernah berjumpa orang yang bercakap jujur. Mungkinkah dia memberitahu umurnya sebaya kami untuk memikat hati teman sembangnya hehehe.

Selepas menghabiskan ais krim dan menambah dosa kering dengan gelagat apek tersebut, kami bergerak di sekitar lobi. Ternampak sekumpulan manusia yang mempromosikan kesedaran tentang penyakit autisme dan di kerusi cantik itu kelihatan penyanyi 80an yang menjadi duta penyakit autisme iaitu Dato' Khatijah Hashim.

Dingin sikit la badan ini bila keluar mencuci mata di petang hari minggu ini tetapi balik rumah mata letih pulak. Pesan orang-orang tua tidak elok tidur di petang hari tetapi apa nak buat, mengantuk sangat ni dan dengan bilik dah sejuk dek penghawa dingin itu apa lagi terus terbongkang tido selepas mengerjakan solat asar tadi.

Demikianlah sedikit catatan di hari minggu yang panas.

Maaf pada apek tua tersebut (bersangka baik lah sesama manusia hehehehehe)

3 ulasan:

Abang Long berkata...

Salam hormat wahai Adinda Ilaktn.

Elle Darling kata Ilakantin ... apalah punya adik macam tu ?

Cuci mata pun badan boleh sejuk ? Itu perempuan. Kalau lelaki ... cuci mata, badan kami bertambah panas ... hahahahaha .... (kali ini tinggalkan jejak tanpa sebarang tapisan).

illaieylla berkata...

wsalam abg long....

bkn elle yg ckp tp mst dia ceritakan yg abg ram ingat ktn tu stand for kantin heheheh

ye lah, lain org lain caranya abg long. jahat tau......

-Ain-Dak In- berkata...

^_*..
hehehehe...
mmg panas cerita akk..
ayo apek..
berapa umo???
25 kah???
wooo.....
itu macam ka???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails