di pintu masuk ke canopy walkway
di hadapan pondok org asli. sape nak tiru style rambut mcm org kat blkg tu
dlm perjalanan ke lata berkoh
sambil menahan rasa gayat tp sempat lg control
Sebelum aku huraikan tajuk di atas, biarlah aku berkongsi rahsia dengan rakan-rakan semua bahawa aku bukanlah orang yang sukakan pengembaraan ke dalam hutan. Ini kerana aku amat takut sekali dengan binatang seperti lintah, pacat, ular, ulat bulu, cacing. Bukan dalam hutan pun kalau terjumpa spesis yang aku sebutkan tadi memang aku menjerit histerialah katakan. Secara jujurnya, sewaktu alam persekolahan dulu sehinggalah sekarang memang aku tidak pernah menyertai mana-mana aktiviti perkhemahan yang memerlukan aku berada di dalam hutan untuk beberapa ketika dan sekejap cuma.
Oleh sebab itu, pada cuti Hari Buruh yang lalu 1/5 sehingga 3/5 ini, aku telah melalui pengalaman yang amat mencabar badan aku sendiri. Sebetulnya kalau ikut jadual kerja ku pada bulan 5 ini aku harus mengambil giliran bekerja pada hari Sabtu 2/5 tetapi panggilan yang diterima pada petang Khamis lalu telah menyebabkan aku terpaksa meminta rakan sekerja untuk mengganti kerja ku. Kak Lily memberitahu bahawa Regional Manager (RM) RHB Bank telah mempelawa dia dan aku untuk menyertai rombongan mereka ke Taman Negara Jerantut (semestinya percutian ini ditanggung sepenuhnya oleh RM RHB, terima kasih Hajjah Fatimah). Aku telah memaklumkan kepada Kak Lily bahawa aku fobia dengan hutan tetapi dia pula malu untuk menolak ajakan tersebut maka kami bersetuju untuk menyertai mereka.
Dengan semangat yang kurang bersedia untuk turut serta kerana memikirkan perasaan takut dan barang-barang untuk bercuti ke Bandung belum disediakan, terpaksa jugalah kami turut serta. Lucunya Jerantut tidak asing bagi ku kerana di sinilah terletak rumah keluarga ku tetapi oleh kerana mengikut rombongan RHB dan sekaligus menumpang kereta RM RHB maka tidak dapatlah aku singgah ke rumah untuk menjenguk orang tua ku. Dan secara jujurnya aku sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke Taman Negara, yang akhirnya aku menunjukkan jalan yang salah kepada RM RHB tersebut iaitu laluan untuk mereka yang menaiki bot. Untuk pelancong (kalau boleh dikatakan pelancong pada orang seperti ku hehehe) yang menaiki kereta boleh melalui jalan masuk ke Felda Padang Piol dan terus lagi hingga penamat jalan ke Taman Negara lebih kurang 1 jam.
Kami menginap di Woodland Resort. Setelah menghilangkan penat aku, RM RHB, anaknya dan Kak Lily sempat meninjau keadaan di sekitar jeti Taman Negara...... itu pun kalau boleh dipanggil jeti. Aku katakan begitu kerana hebahan mengenai Taman Negara ini dibuat hingga ke serata pelosok tanahair dan pelancong luar negara turut datang ke situ tetapi kemudahan yang disediakan amat kurang sekali. Baiklah kita tinggalkan perihal kemudahan asas itu, biarlah orang berkenaan yang menjalankan tanggungjawabnya..... tetapi RM RHB akan mengajukan masalah ini kepada Exco Pelancongan Pahang.... bagi kerja sikit hehehe. Rupa-rupanya kakitangan RHB yang menaiki bot belum sampai lagi ke resort....... mereka hanya sampai lebih kurang pukul 6 ptg. Kata salah seorang daripada mereka....... bot yang dinaiki sepatutnya hanya mengambil masa 2 jam tetapi telah mengambil masa 3 jam kerana pemandu bot yang main-main.
Acara pertama pada hari pertama ialah acara Night Walk iaitu di seberang sungai. Kami berjalan kaki dari resort pada pukul 8.30 malam. Lokasi hutan ini terletak di kawasan Mutiara Resort. Kumpulan kami dibantu oleh pemandu pelancong yang aku sendiri lupa namanya. Seperti yang ku jangka, ternampak juga binatang yang aku geli iaitu ular hijau yang bertenggek di dedaunan dan ulat gonggok besar yang merayap di sebatang pokok. Lupa untuk memberitahu bahawa setiap kamera yang dibawa perlu dibayar permit kamera di kaunter Jabatan Hidupan Liar.
Pagi hari ke-2 pula, seawal pagi lagi kami semua mengambil hidangan pagi. Di sini juga kekalutan berlaku kerana makanan yang disediakan oleh pihak resort tidak mencukupi untuk menampung pelancong yang ramai sehingga menyebabkan ramai yang hilang sabar. Sehingga ada pelancong yang terpaksa masuk ke dapur untuk mengambil nasi lemak dan sambal ikan bilis. Semasa aku ke tandas, Kak Lily memberitahu bahawa ada seseorang telah membuat aduan terus kepada pihak pengurusan resort dengan lantang sekali.
Selepas makan, kami semua berkumpul di jeti untuk acara Jungle Tracking dan Canopy Walkway. Sekali lagi aku terjumpa spesis yang menggelikan iaitu pacat yang merayap di kaki anak salah seorang rombongan kami. Acara Jungle Tracking memang memenatkan. Oleh kerana kumpulan kami yang ke-2 sampai, kami terpaksa menunggu giliran untuk pintu rumah pokok dibuka pada pukul 9 pagi. Kalau ikutkan giliran kami yang kedua tetapi entah mengapa pemandu pelancong kami berurusan dengan penjaga rumah pondok tersebut maka kami boleh naik ke Canopy Walkway daripada kumpulan yang terdahulu. Apa lagi yang boleh aku ceritakan kerana aku memang takut dengan suasana tinggi....... gayat tau. Lupa pula berapa kilometer yang harus kami tempuh. Dengan kaki yang sedikit ketar ini, alhamdulillah selamat juga sampai ke penghujung. Sebelum menaiki bot, kami telah diberi plastik untuk menutup beg dari terkena air kerana kata pemandu pelancong kami akan menyertai acara Rapid Shooting. Memang basah tapi seronok dan cuak sedikit kerana terpaksa melalui beberapa jeram. Selepas itu kami menuju pula ke perkampungan orang asli. Mereka moden sedikit kerana berbaju tidak seperti yang kami gambarkan bahkan mereka boleh berbahasa Melayu.
Balik dari sana, kami mengadap makanan tengahari di restoren terapung. Balik semula ke resort untuk solat jamak dan pada pukul 2.30 petang kami bertolak ke Lata Berkoh dan sangkar ikan air tawar (lupa pula nama ikan tu). Sungguh tidak disangka kerana perjalanan menaiki bot amat menenangkan fikiran, damai rasa di hati. Di sini dengan tidak disangka-sangka pacat telah hinggap di kaki ku........ macam biasa aku menjerit tetapi Kak Lily dengan selambanya cuba menarik pacat tersebut sambil menyuruh aku diam. Aduhai mana boleh diam kalau keadaan macam tu kan. Sekali lagi kami terpaksa melalui perjalanan yang sukar untuk ke Lata Berkoh. Di saat ini kaki aku dah mula keras. Duduk sekejap untuk bergambar dan meninjau keadaan, aku mengajak Kak Lily menuju ke bot. Selepas itu kami berhenti untuk mandi di tempat pembiakan ikan.
Acara di sebelah malam ialah makan malam dan sesi karaoke. Aku tidak boleh duduk lama kerana kaki yang semakin sakit ini telah mengajak Kak Lily balik ke bilik.
Hari ke-3 iaitu hari ini kami telah ponteng acara untuk ke Gua Telinga. Difahamkan pelancong terpaksa merangkak di dalam lubang sempit yang dipenuhi kelawar dan sisa buangannye. RM RHB, anaknya, Kak Lily dan aku tidak mahu menambah sakit dengan menghirup udara kotor tersebut dan kami akhirnya sepakat untuk pulang ke Kuantan di sebelah pagi.
Lihatlah gambar-gambar yang sempat di ambil dan selebihnya di facebook aku.
8 ulasan:
wink wink wink .... ewwwwwww .... cantixxx gilerr suar!!!! mmg mata x leh alih "tenung"!!! xexexexeexe ...
Word kat suar tu HOT kew???? hehe, mmg hot pown! Leh letak "Sexsey tp Alim" tak?? hihihihihi ....
amboi amboi amboi
suka je mata tgk suar tu ek
x pasan la pulak akak HOT ke COOL aduhaiiiii budak ni
oit bnyk le nak gelarkan akak cam tu....... tp x leh lawan keseksian syima pakai sleeveless tu hahahaha
ahahahahahaha~
suar kak illa memang sexy~~~~
:: sempot dada gelaks bagai~ ::
nak gelak benda lak fecca oit
ke nak srh akak tlg carikan 1
korg mmmg
mls kwn dgn korg le, x leh pelik sket huh
huhuhuhuhu~
owh kak illa ku sayang....
color suar tuh hitam, tp corak colorful... tuh yg menonjol sket...
klu pakai suar jeans, kak illa nmpak cm besa je...
len dr yg len... tuh yg nmpak sexy...
jgn amik atey ye kak illa...
huhuhuhuhu~
=)
Sampai rumah periksa dulu ada pacat tak ? Inilah pesan Tokwan kepada kami selepas berkubang dalam bendang.
mana ada la abg long
kalau ada pun mst dah jatuh kat dlm kete honda RM RHB tu hahaha
Rendamkan tubuh dalam air. Mendamaikan.
Catat Ulasan