Pengikut

Ahad, 10 Mei 2009

Bandung oh Bandung........

Di hadapan kedai kek di Husein Sastranegara Airport, Bandung

Terjumpa Dato' Seri Khir Toyo & Datin sewaktu nak balik ke KL

Di 'boarding area' airport

Di salah satu kedai menjual kasut kulit di Cibaduyut

Suasana di Pasar Baru

......yg sebenarnya dragon ball ada 7 biji semuanya (ingat lg dialog citer kartun tu)

di depan Cipedes Apartment


Alhamdulillah.......
Syukur semuanya selamat, perjalanan pergi dan balikku dilindungi oleh Allah swt. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kalau nak diceritakan tentang keletihan, memang aku sangat letih. Bermula daripada 2 minggu lepas kerana mengikuti percutian RHB Bank ke Taman Negara dan minggu lepas pula ronda-ronda ke negara Indonesia iaitu Wilayah Bandung.

Ikutilah coretan perjalanan ku ke Bandung yang turut disertai oleh Kak Lily, Iz, Roza dan Makcik:-

1) Hari pertama 7/5/2009

Bermula dengan menaiki bas Transnasional pada pukul 1 pagi daripada terminal bas di Kuantan, kami meredah perjalanan ke Stesen Bas Pekeliling. Sampai di sana lebih kurang pukul 4.30 pagi, kami terus mendapatkan teksi untuk ke stesen KL Sentral. Oleh kerana awal pagi dan mungkin tiada pihak berkuasa yang menjalankan rondaan, pemandu teksi dengan beraninya menerima penumpang sehingga 5 org dengan 4 orang penumpang di belakang. Kemudian kami menggunakan perkhidmatan bas yang memang disediakan untuk ke LCCT yang memang sedia setiap masa untuk membawa penumpang ke sana.

Sesampainya di LCCT lebih kurang pukul 6 pagi, kami memulakan hari dengan mengerjakan solat subuh sambil memohon keberkatan agar dimudahkan perjalanan kelak. Selepas itu, kami mengambil sarapan di Old Town Kopitiam. Oleh kerana banyak lagi masa sebelum kaunter daftar masuk dibuka, aku sempat meronda di Kedai Bebas Cukai dan sempat juga membeli perfume di situ.

Selepas kaunter daftar masuk dibuka, kami memasuki pula ruang menunggu dan ternyata ramai juga orang Malaysia yang ingin ke Bandung seperti kami dengan berbagai tujuan perjalanan. Perjalanan ke Bandung mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya kami selamat tiba di Husein Sastranegara Airport lebih kurang pukul 12.45 tengahari.

Setibanya di situ, kami disambut oleh Pak Wahyu, yang aku sendiri pun tidak pasti samada beliau adalah pemilik atau pekerja di Cipedes Apartment. Terlupa pula nak beritahu bahawa penginapan kami telah bertukar daripada Setramurni Apartment ke Cipedes kerana tiada bilik kosong di Setramurni. Tetapi Ibu Irma dengan baik hatinya telah menyediakan penginapan 3 bilik yang mana kalau ikutkan kami hanya menempah apartment 2 bilik tetapi yang kami duduki itu hanya dikira dengan kadar sewa untuk 2 bilik sahaja. Kawasan yang kami duduki ini banyak dipenuhi dengan kediaman mewah, tidak seperti yang kami fikirkan.

Selepas berehat untuk beberapa ketika, solat jamak Zohor dan Asar dan menukar jam mengikut waktu Indonesia yang mana mereka lewat 1 jam dari waktu Malaysia; kami menuju ke destinasi pertama iaitu ke Jalan Riau (kalau tidak silap) yang menjual semua barangan daripada Factory Outlet. Sebelum itu, kita kena makan dulu kan..... jeng jeng jeng ini pengalaman pertama ku makan makanan Sunda tetapi kena minta maaf dulu kepada sesiapa keturunan Sunda yang sempat menjengah blog ini....... kami dikejutkan dengan hidangan ayam kampung berserta kepalanya! Semua terpaku menatap hidangan itu yang rupanya adalah 'signature dish' orang Sunda (kembang tekak seketika). Ada yang hanya menjamah sedikit sahaja dan selebihnya makan benda lain iaitu tauhu, sambal, apa lagi nama lauk pun aku dah lupa. Tetapi yang paling best ialah air cendolnya.

Di Factory Outlet, tidak banyak barangan yang menarik minat ku untuk dibeli dan selebihnya aku hanya mencuci mata sahaja. Sewaktu berada di sini, aku tersentuh sedikit kerana melihat ramainya pengemis dan pemuzik jalanan, hinggakan seawal umur 4 tahun pun ada yang telah menjadi pengemis. Tersentap seketika.

Kemudian kami menaiki Angkutan Kota (seakan-akan van sekolah kalau di Msia) untuk ke Cihampelas. Di sini ada sedikit barang yang aku beli seperti kerepek dan baju. Yang paling merimaskan di sini ialah ramainya penjual yang mengekori kami sambil cuba menarik perhatian kami....... memang merimaskan. Hujan lebat juga menyukarkan kami untuk menjenguk ke semua kedai di situ.

Oleh kerana kami tidak mahu terkena untuk kali kedua (teringat kepala ayam) maka kami menyuruh pemandu teksi untuk mencari kedai makan untuk kami bawa balik ke apartmen. Terkedu seketika kerana sewaktu hendak memesan makanan seperti bihun goreng, aku telah ditanya samada mahu makanan tersebut dimasak secara masin atau manis! Dalam hati terfikir juga, buatnya kalau aku memesan makanan tersebut nanti ada yang terlebih masin atau manis tetapi pesan juga bihun manis. Sesampainya di apartment, aku terus mencuba makanan tersebut dan sememangnya manis (teringat pula sesetengah makanan di Kelantan yang manis).

Tidak lama selepas kami sampai ke apartment, pekerja di situ telah menghantar hidangan untuk makanan pagi seperti roti, teh peket, kopi peket, jem, planta dan pisang.

2) Hari ke dua

Memulakan hari ke dua dengan sedikit terkejut kerana seawal jam 6 pagi waktu Indonesia, kedengaran bunyi orang menyanyi seperti lagu semangat. Rupanya terdapat sekumpulan pekerja binaan rumah di situ. Aku sempat mengintai ke luar tingkap, hari sudah cerah jika dibandingkan dengan waktu 6 pagi....... kalau di Malaysia waktu kita ialah pukul 7 pagi.

Selepas menikmati makan pagi, kami memulakan hari ke dua ke Pasar Baru, tempat yang disebut-sebut untuk membeli-belah paling digemari (oleh orang perempuan). Seperti yang dijangka, tempat ini memang 'happening or heavenly'....... semua barangan terdapat di situ. Aku apa lagi ambil kesempatan dengan menawar sehabis mungkin walaupun sudah murah jika dibandingkan dengan mata wang kita. Sempat juga aku membeli tudung dengan berbagai corak, rekaan, kain telekung, baju dan sebagainya. Memang seronoklah membeli-belah di sana yang mana bangunan Pasar Baru ini terdiri daripada 8 tingkat dengan setiap tingkat di penuhi berbagai hasil jualan. Ramai juga muka orang-orang Malaysia yang ku temui.

Banyak juga rekaan tudung dan baju seperti yang kita lihat di kaca televisyen dijual di situ. Antara yang menjadi model tudung ialah pelakon wanita sinetron Isteri Untuk Suamiku yang disiarkan di TV3 sedikit masa dahulu. Di sini, kami berpecah kerana ingin membuat pilihan sendiri. Rupanya dalam masa berpecah di mana 3 orang iaitu aku, Roza, Kak Lily sementara Iz dan Makcik 1 kumpulan; telah berpecah selama 2 jam. Puaslah makcik mencari-mencari kami sehingga terduduk ditangga. Setelah beberapa jam menambah koleksi belian, kami naik ke tingkat atau lantai 6 untuk menikmati makan tengahari. Kali ini kami menikmati masakan Padang (tekak kami boleh terima masakan ini kerana terdapat banyak restoren di Malaysia yang menyajikan hidangan ini). Surau boleh didapati di lantai 8. Semua barangan disini juga amat murah dari serendah RM3 untuk tudung, RM10 untuk telekung dengan beg, RM17 untuk beg tanpa jenama, RM25 untuk blause separas lutut siap dengan labuci manik, RM30 untuk maxi. Di Pasar Baru rupa-rupanya tidak banyak gambar yang sempat di ambil oleh lensa kamera masing-masing. Ini kerana dengan tangan yang penuh barang di kiri kanan, tidak sempat pula hendak bergambar di tengah kesesakan membeli-belah.

Selepas 'menghabiskan duit' dan memenuhkan tangan dengan berbagai beg plastik di Pasar Baru, kami menuju pula ke pusat barangan kulit yang terdapat di Cibaduyut. Sekali lagi kami terperanjat kerana sandal kulit boleh diperolehi serendah RM3 ke atas....... apa lagi ada yang borong sakan la. Di sana juga ada menjual kek brownis dan coklat bakar dan kukus.

Dengan badan yang penat dan tangan yang penuh dengan hasil belian, kami menuju pulang ke apartmen. Kami tidak membeli makanan kerana masing-masing terfikir untuk memesan McDonalds sahaja tetapi malangnya tempahan kami tidak sampai. Akhirnya ada yang makan roti sahaja sebagai hidangan makan malam.
Sebelum tidur, kami mengemaskan beg agar tidak terlebih muatan. Barangan seperti makanan, aku bawa naik ke pesawat sahaja.

Sebelum terlupa, kesesakan di Bandung memang teruk. Walaupun ada lampu isyarat dan polis trafik, tetapi tiada siapa yang mengendahkan. Lucunya keadaan ini seakan sinonim dengan penduduk tempatan. Hon selalu dibunyikan tetapi bukan untuk meluahkan rasa marah tetapi sebaliknya untuk memberitahu bahawa ada kenderaan yang berdekatan. Aku dapat bayangkan kalau situasi ini berlaku di Malaysia, tentu ada yang kena sumpah seranah, maki hamun ataupun bermacam tanda isyarat tangan yang keluar. Juga yang paling menakjubkan walaupun kenderaan bertali arus, percaya atau tidak....... tiada kemalangan yang kelihatan di sana. Pelik kan.

3) Hari ke tiga

Oleh kerana ada yang terkilan tidak dapat membeli seperti yang dikehendaki dan duit perlu dihabiskan, kami bersiap seawal mungkin untuk ke Pasar Baru. Tetapi malangnya menurut Pak Wahyu, perkhidmatan beliau hanyalah untuk mengambil dan menghantar kami ke lapangan terbang sahaja dan kata beliau jarak dari lapangan terbang ke Pasar Baru mengambil masa jika tidak 'macet' (kesesakan lalu lintas). Oleh itu kami berpakat untuk terus ke lapangan terbang dan mungkin jika ada tempat untuk menyimpan barang kami akan mengambil teksi untuk ke Pasar Baru lagi. Tetapi malangnya, di sana tiada tempat dikhususkan untuk menyimpan barang. Jadi kata sepakat diambil untuk terus menunggu sahaja sehingga waktu berlepas.

Ramai betul orang-orang Malaysia yang mengambil kesempatan untuk melancong ke Bandung dengan berbagai tujuan samada kumpulan kecil atau kumpulan besar. Antaranya termasuklah bekas MB Selangor iaitu Dato' Seri Khir Toyo dan Datin yang ke sana kalau tidak silap ada perlawanan golf. Setiap seorang antara kami dikenakan cukai imigresen Indonesia sebanyak RM25 atau RP75,000

Sampai di LCCT lebih kurang jam 3.45 petang dan terus menaiki bas ke KL Sentral. Dengan perut yang lapar, kami singgah untuk makan dan solat jamak di KL Sentral. Tekak aku memang rindukan masakan negara ini, jadi macam-macam benda la aku makan.

Terlupa pula nak beritahu yang pegawai imigresen kita memang baik hati. Siap aku kena temuramah lagi macam-macam. Dalam pada itu aku sedikit terkilan juga la kerana dalam sibuk membeli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan, rupa-rupanya barangan sendiri ada juga yang tidak terbeli. Insya allah, lain kali aku teringin hendak ke sana lagi.

Sekian, wassalam


18 ulasan:

akimsensei berkata...

wah kak illa, cerita la sket bajet kak illa dr kuantan ke bandung sana tu, mana nak tau kot ada yg teringin nak pi kan... hihi..

Tanpa Nama berkata...

naakkk !!!

=)

illaieylla berkata...

nak apa fecca.......

alahai akim nak tau bajet ke. ok lah ringkasannye cam ni:-

1) utk buat dokumen perjalanan sementara ke negara asean. tempoh sah 9 bulan dlm 1 lawatan ialah RM200 utk kump seramai 5-20 org (so bahagilah setiap sorg)

2) tiket kapal terbang(kena selalu survey air asia. ada yg blh dpt murah lg). mcm ktorg + tax mcm2 ialah RM518/pax

3) tiket bas pergi-balik transnasional ktn-kl-ktn RM22/sehala = RM44/pax

4) tambang teksi pekeliling - kl sentral RM15

5) bas merah (x ingat nama) ke lcct RM9/pax

6) tiket bas aerobas dr lcct ke kl sentral RM8/pax

7) teksi limo kl sentral - pekeliling RM15

Jumlah lbh kurang RM625

-Ain-Dak In- berkata...

salam k ila...
uiii....
jumpa khir toyo tu..
eh..
cop..cop..
tu gmbr bawah lg mengancam....
ngan goku tuh....
kamey...kamey ha..
eh..
betul ke??
hehehehehe..
alhamdulillah selamat pergi selamat sampai...

Linda Amri berkata...

Hai, ke tempat orang didahulukan, ke Sabah ni dibelakangkan ye, apa punya rakyat Malaysia daaaa, lagi bangga ke negeri orang banding tempat sendiri :-(

illaieylla berkata...

alamak dah kena sound dgn linda la pulak aduhaiiiiiii

dah kebetulan ada pakej murah so pegi le kan linda. lg pun plan nak ke kundasang tu x gerak lg....

sabar...... insya allah sampai le ktorg ke sabah nnt. jgn org sabar lari sudah le hahahaha

negara ku, tanah air ku
mmg bangga le linda
tgalkan msia bape hari pun dah kemaruk cari makanan kiter

sue onn berkata...

hehehe... bila nak pegi Sabah nie?...gi Bandung lak..kan org Sabah dah majuk...hehehe...hidup Sabah!!! Aramaitee

SAYANG SARAWAK berkata...

best yerrr...dpt g melancong...ceria selalu...

illaieylla berkata...

sue : tu la psl...... bila plan ke kundasang ni.... excited gak nak g jumpa org sabah esp linda tu

syg swak : mmg best pun g bercuti sekali sekala.... blh tgk tmpt org, culture etc

Linda Amri berkata...

hehe yg sebenarnya, aku teringin gak nak gie Bandung tapi oleh krn anak-anak bersekolah, kena tunggulah. hajat di hati tu nak travel satu malaysia dulu sebelum travel negara jiran seterusnya travel ke negara bukan jiran kecuali israel la hehehe...

ehemmm tumpang lalu ya ibu illa... :-)

Unknown berkata...

Kak Illa , nak tanya sikit pasal apartment Cipeds, saya dimaklumkan di sana tiak ada air-con. Pada waktu malam bagaimana dengan keadaan cuaca. Kalau waktualam kena buka tingkap lar. Saya handak bawa anak anak saya , saya nak tahu bagaimana dengan keadaan nyamuk di sana ? Terima Kasih.

illaieylla berkata...

hai michael...

1) kat cipedes apt x de air cond
2) cuaca mmg sejuk nyaman
3) dorg sediakan stand fan je
4) nyamuk tu x perasan la pulak, tp rasanya kureng la kut

selamat bercuti ye

Seri Mas Nurwani berkata...

hi..terjumpa plak blog u ni. boleh tak nak tahu apartment ni jauh tak dari FO JL Riau. dalam walking distance or kite kene naik kenderaan jugak? thanx:)

illaieylla berkata...

hai seri mas...
tq sebab terjumpa blog kita hehehe
ala x pasan lak le FO kat ner tu coz yg dulu tu ktorg g FO yg jln apa ntah lupa lak ngeh3...

seri try la google ye...
hepi journey ok

Nuruljannah BadrulHisham berkata...

kak,tumpang tanya, bila akk booking apartment ni ye?mksd sy, sebulan sebelum ka, 2bulan sebelum ka.. sbb sy ad plan nk menginap di salah satu apartment yg akak sebutkan ni.. tp tak tahu bila masa sesuai nk booking.. blh ke sy walk in sj? tapi takut penuh pulak.. any advice kak? n lg 1, akak ad terpandang tak rate untuk extra tilam? 1 tilam dia charge berapa Rp. ye ?

illaieylla berkata...

hai nurool,

tq sbb sudi singgah ke blog ni. actually akak plan 2 3 bulan before ke sana. siap byr advance utk apartment tu. tapi tak pasti lak kena byr utk extra bed ke apa.

nasihat akak kalau kita travel jgn main redah je....kang nangis dik oit hehehe. so better wat preparation in advance supaya tak kalut kan

Nuruljannah BadrulHisham berkata...

kak, boleh ajar sy nk contact diorng mcmane tak? bila pakai agent diorng mark up harga la.. even dia mark up less than RM20 pun cm tak puas hati..
sy call number yg kat blog tu tak connect la(ke sy tak reti buat international call?just press number yg banyak2 tu je kan?) sy email tak balas pulak..

illaieylla berkata...

hai nurool....tq coz sudi singgah sekali lagi ke sini. hehehe kalau pegi ramai2 blh je main redah tp bwk le buku panduan ke apa kan.

aah grup ktorg dulu memula email dia x reply tp ada keluar no. phone tu yg call je n dia bg feedback la cam ner2 kan.

try lg ek

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails