Dua tiga hari yang lepas, rumah ku diubahsuai lagi. Kali ini bagi menukar pintu baru. Jadi, selama itulah pekerja yang dipertanggungjawabkan telah 'berkampung' di rumah ku.
Dan petang semalam bila siap sepenuhnya, memang keadaan di depan pintu rumah ku kotor dengan kesan tapak kasut dan habuk. Oleh kerana hari telah lewat petang sangat untuk memanggil Bangla bagi membersihkan rumah, jadi aku dengan segala kudrat yang ada telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan tekunnya.
Dan kemuncaknya ialah, malam tadi aku terpaksa tidur awal kerana pinggang ku tidak dapat bertahan untuk duduk lebih lama di atas kerusi. Sakit yang teramat terasa diseluruh perut dan pinggangku ini.
Andai kata (kalau boleh cuba dielakkan) aku 'menyerah' diri kepada doktor mesti sebakul bebelan yang terpaksa aku terima.
Cukuplah bebelan daripada K Lily sahaja yang aku dengar (ma pun tak tau ni.... harap tiada yang memberitahu). Bangun pagi ini pun masih terasa sakit lagi dan yang mampu aku buat ialah makan sup dan ubat sakit urat sahaja.
Emmm akukah yang melawan arus untuk membuat kerja-kerja berat seperti itu kerana kesan pembedahan itu tidak sembuh sepenuhnya dan memang aku sengaja mencari penyakit lain kut.......
Di saat aku menulis ini pun, aku sebenarnya masih lagi terasa kesan kesakitan itu.
....seorang anak, seorang isteri, seorang ibu, seorang kakak. semoga allah merahmati hidup ku sekeluarga
Ahad, 24 Mei 2009
aku ke yg cari penyakit...........
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
alamak apesal lak ada bnyk titik tu.......
ada setting lari ke apa tu
Hahahahaah .... pemilik blog menjadi pengulas yang pertama .... pecah rekod !
Dalam bab IT, TOLONGLAH jangan tanya Abang long .... eh, Abang long ada kirim surat ... posmen tak sampai lagi ke ?
pasal sakit - kesian illa tapi sapa suruh buat keje yang tak sepatutnya dibuat. dah tahu diri tu belum sembuh sepenuhnya mengada pula pegi buat keje yg buat sakit badan? sudahnya - tanggunglah sendiri ye hehe
pasal abg long yg berutus surat ngan illa - dah lama tak mengalami sendiri atau mendengar orang berutus surat sbb maklumlah zaman IT 7 Internet ni, orang lebih suka berutus surat guna email. Bagus juga klu kita boleh kembali spt dulu2 tengok tulisan orang lawa ke tidak, kemas ke tidak lepas tuh bolehlah kita menilai peribadi dan personaliti si penulis surat tersebut, ye tak?
Ehemmmm... abg long ngan illa nih ada apa2 istimewa ka berutus surat ni?
Jgn marah :-)
Salam ceria buat semua...
tu la pslnye abg long....
emm abg long ada pos surat apa, x de pun (rasanya x prnh bg alamat rmah ni)
hehehehe
linda - terpaksa buat la. x kan nak tido dgn rmh kotor. sian lak nak panggil si bangla tu dah ptg ari kan.
mmg antara saya n abg long tiada apa2 pun kecuali pertalian persaudaraan sesama islam.
Maaf, lama x singgah dah bertanya kabar....GC harap illa jaga kesihatan baik2, okay.
Semoga cepat sembuh ^.^
Catat Ulasan