Pengikut

Isnin, 30 April 2012

pil perancang yasmin


nak teruskan ke tak nak...

hari sabtu malam baru2 ni, famili anak saudara suami ku yang bekerja di kelantan datang melawat kami. jadi kesempatan berborak dengan isterinya (umi ni kalau orang ramah so tetiba boleh jadi ramah gak) macam2 la kami borakkan antaranya ialah mengenai pil perancang ni. kak ma dan abg mat (boleh ke anak saudara suami dipanggil abang emmm lantak le janji kita ada perasaan hormat pada orang kan) mereka nasihatkan umi suruh berenti guna pil perancang sebabnya nanti badan naik mendadak dan jeragat keluar.

oh nooooooooo
ok sejak malam tu umi dah stop makan pil perancang sampai ke hari ni.

tetiba ringan mulut lak bagi tau kat ofismate kata umi dah stop makan pil tu dengan alasan kat atas tu la. eh dia kata teruskan je. sebab pil yasmin yang umi guna sekarang ni lain daripada yang hospital bagi yang boleh menyebabkan kesan2 yang dorang sebut tu. ooooooooooo cam tu ke. badan naik tak naik tu atas kita sendiri la kena control kan. yang paling best lepas tu umi google antara khasiatnya ialah boleh menggebukan kulit (patutlah nyah ramai makan ni hehehehe), mencantikkan kulit, mengawal hormon.

kenapa tak nak google sebelum ni. jawapannya ialah bila umi ke farmasi dulu terus umi cakap saya nak beli pil perancang yang baik sekali, harga tak kisah (ceh eksen tu hahahaha, konon sebab nak yang lagi murah dari kos memasukkan implanon tu). kebanyakan ibu2 yang diberi pil perancang oleh hospital tidak diberikan pil yasmin ni, dorang dapat pil biasa yang boleh menyebabkan jeragat atau apa side effect lain tu.

keputusannya....teruskan je lah. serius, kulit umi makin gebus sekarang u ols hehehehe. blackhead sikit2 tu adalah...ala adat le bila dah berusia ni kan mesti ada parut2 itam tu

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails