anakanda berlima,
izinkan umi mencoretkan sesuatu yang boleh dikatakan wasiat secara maya untuk anakanda semua.
johan, elin, awin, nina...
anakanda semua yang dah besar dewasa menjadi harapan umi dan ayah untuk menggalas tanggungjawab seandainya kami tiada lagi di dunia ini nanti. walaupun umi tak mengandungkan dan melahirkan anakanda, tapi kalian dah umi anggap seperti anak sendiri. umi akui memang susah juga nak membentuk awin dan nina dengan acuan umi....yer umi tau korang dah terbiasa dengan didikan cara lama jadi umi kena ambik masa untuk mendidik korang. tegas umi dan ayah sekarang adalah untuk masa depan anakanda semua. sebab dengan ketegasan/disiplinlah semua insan boleh berjaya. jagalah adik2 dengan sebaik mungkin ye. tegas/marah bukan bermakna benci tapi itulah yang akan menjadikan anakanda seseorang nanti. kami tidak mahu dipersalahkan kelak andai anakanda tidak berjaya menjadi seperti orang lain.
nur raisha...
tau tak kelahiran raisha menjadi kebanggaan umi kerana umi tak pernah menyangka dapat memperolehi zuriat sendiri kerana umi ni raisha sedia maklum lambat bertemu jodoh. dan alhamdulillah walau banyak cabaran dengan berkat kesabaran umi memohon petunjuk daripada allah, maka ayah dan umi disatukan jua akhirnya. saat melihat raisha ke dunia adalah satu nikmat yang tak boleh digambarkan. dan sebab itulah andai ada suara2 yang menyatakan bahawa umi boleh melahirkan seorang lagi zuriat tapi dengan pantas umi menolak dan memohon dari allah agar inilah zuriat kami yang terakhir. kenapa ye raisha...sebabnya nanti umi takut kasih sayang tu terbahagi dan raisha umi pinggirkan....tidak sama sekali umi akan bertindak begitu. raisha sedia maklumkan umi dan ayah yang dah terlebih umur berisiko untuk memiliki zuriat lain kan jadinya cukuplah hanya raisha dan abang2 kakak2 yang lain ada disisi kami.
raisha...
semasa umi dalam tempoh berpantang yang orang gelar 'maternity blues' banyak hal yang membuatkan umi sedih dan kongsi dengan ayah/nenek/makcik2 pakcik2 sayang. sedih sangat bila memandang wajah polos raisha yang tidak akan membesar tanpa jagaan kami andai kami dijemput mengadap allah sedikit masa lagi. terbayang andai raisha dewasa nanti, sempatkah umi dan ayah (sedang menahan airmata daripada gugur ni) melihat raisha di persandingan, diijabkabulkan bersama sang arjuna pilihan hati. dan sempatkah kami melihat raisha membesar menjadi remaja sunti yang dikejar remaja lelaki di luar sana sayang (masih membayangkan aura figura raisha menjadi gadis sunti).
raisha...
andainya ayah dan umi dijemput ke alam yang kekal abadi itu, pandai2lah membawa diri ye sayang. jangan menyusahkan orang (owh sebaknya ni), sentiasa bermanis mulut dengan abang2, kakak2, pakcik makcik semua...insya allah mereka akan menjaga raisha dengan sebaiknya sebagaimana umi telah membesarkan mereka tanpa keluh kesah dulu. umi harap segala perbuatan baik dan pengorbanan umi terhadap keluarga akan dibalas sebaiknya melalui raisha ye sayang...
anakanda berlima...
umi tiada harta (kecuali ayah) untuk diwariskan kepada anakanda tetapi segala ilmu keibubapaan yang umi tau itulah yang bakal umi tinggalkan buat kalian. semoga anakanda berlima hidup rukun aman damai tanpa mengira lahirnya anakanda daripada bonda yang mana. jangan ada pilih kasih kerana umi tidak membeza2kan anakanda dalam didikan kasih sayang seharian. seandainya pakcik ali membaca entri ini, mohon dikhabarkan kepada anakanda sekalian betapa sayangnya umi dan ayah kepada anakanda.
anakanda....andai ada salah silap umi dan ayah...dapatlah anakanda maafkan dan sedekahkanlah al-fatihah di pusara kami nanti.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan