Pengikut

Jumaat, 27 April 2012

our little princess-new babysitter


BABYSITTER eh bukan babysister...
fuh penat umi duk betulkan spesis tu yang duk ngulang babysister dekat beratus kali. dan umi pun duk beribu kali betulkan. tapi dah jenis duk mengunyah word tu je so payah le dia nak terima pembetulan orang lain kan...lantak le deme hehehehe.

former babysitter raisha cakap dia dah terlampau ramai budak nak dijaga, so sebab tu lah kena cari babysitter lain untuk jaga our princess tu. masa dekat2 nak masuk kerja lepas habis pantang dulu suami yang carikan babysitter tu. finally terjumpa isteri anggota dia so kecek punya kecek dia kata bolehlah jaga untuk sementara. iklan jap...masa memula join police society ni pelik gak la kalau suami duk sebut tu anggota, ni isteri anggota .... blur jap. dalam hati apesal la tak cakap isteri polis ke, tu polis ke tapi dah lama2 jadi biasa dah kan.

bila dah lama2 dengan kak nor tu barulah umi tau rupa2nya orang bayar murah je eh kat dorang. emm rasa cam tak logik je tapi we all suami isteri ni kesian kat orang and reasonable sikit la dengan penat lelah orang nak jaga anak kita kan. selidik punya selidik rupa2nya kami yang terbanyak membayar babysitter tu hehehe tu bayaran terima kasih namanya sebab mereka dan keluarga mereka sudi menjaga raisha.

new babysitter raisha ni pun kami bayar rate yang sama. si kecik raisha dah kenal orang jadi pagi semalam punyalah dia meraung tak nak dekat kak nani tu aduhaiiiiiiiiiiiiii menitik gak airmata umi nak meninggalkan dia. mengangkut barang2 dari babysitter lama ke babysitter baru adoi cam nak pindah rumah je gayanya...tu baru raisha hehehe belum umi ayah abang kakaknya berbeg2 kalau nak travel.

harapnya babysitter baru ni dapatlah menjaga raisha dengan sebaik mungkin. jap2...umi terdengar dia speaking dengan budak2 kat rumah dia so bolehlah raisha cepat belajar selain daripada umi dan ayah yang duk berspeaking bagai kannnnnnnnnnnnnnnnnn

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails