Pengikut

Isnin, 30 April 2012

pil perancang yasmin


nak teruskan ke tak nak...

hari sabtu malam baru2 ni, famili anak saudara suami ku yang bekerja di kelantan datang melawat kami. jadi kesempatan berborak dengan isterinya (umi ni kalau orang ramah so tetiba boleh jadi ramah gak) macam2 la kami borakkan antaranya ialah mengenai pil perancang ni. kak ma dan abg mat (boleh ke anak saudara suami dipanggil abang emmm lantak le janji kita ada perasaan hormat pada orang kan) mereka nasihatkan umi suruh berenti guna pil perancang sebabnya nanti badan naik mendadak dan jeragat keluar.

oh nooooooooo
ok sejak malam tu umi dah stop makan pil perancang sampai ke hari ni.

tetiba ringan mulut lak bagi tau kat ofismate kata umi dah stop makan pil tu dengan alasan kat atas tu la. eh dia kata teruskan je. sebab pil yasmin yang umi guna sekarang ni lain daripada yang hospital bagi yang boleh menyebabkan kesan2 yang dorang sebut tu. ooooooooooo cam tu ke. badan naik tak naik tu atas kita sendiri la kena control kan. yang paling best lepas tu umi google antara khasiatnya ialah boleh menggebukan kulit (patutlah nyah ramai makan ni hehehehe), mencantikkan kulit, mengawal hormon.

kenapa tak nak google sebelum ni. jawapannya ialah bila umi ke farmasi dulu terus umi cakap saya nak beli pil perancang yang baik sekali, harga tak kisah (ceh eksen tu hahahaha, konon sebab nak yang lagi murah dari kos memasukkan implanon tu). kebanyakan ibu2 yang diberi pil perancang oleh hospital tidak diberikan pil yasmin ni, dorang dapat pil biasa yang boleh menyebabkan jeragat atau apa side effect lain tu.

keputusannya....teruskan je lah. serius, kulit umi makin gebus sekarang u ols hehehehe. blackhead sikit2 tu adalah...ala adat le bila dah berusia ni kan mesti ada parut2 itam tu

House PK: PANAS! LUAHAN HATI SEORANG ANAK POLIS YANG SANGAT ...

House PK: PANAS! LUAHAN HATI SEORANG ANAK POLIS YANG SANGAT ...: Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy... Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap p...

kata mereka BERSIH

bersih la sangat....

ish serius umi ni tak pernah nak buat entry pasal orang nak berpiket ke apa ke demonstrasi ke apa ke tapi bila tengok puak2 tu makin melampau emmm rasa menyampah pun ada.

kalau kita ni sendiri ada perasaan tak puas hati ke apa ke cubalah cari saluran yang betul. kata cerdik pandai. ish tapi betullah sebab tengok keadaan semasa memang gitulah gayanya orang yang perasan cerdik pandai tunjuk perasaan. ada yang perasan kuat je sepanjang masa...orang tganu kata gong, oghe kelate kata gedebe. padahal tong kosong je.

umi bukan penyokong sesebuah pertubuhan baik pembangkang atau kerajaan tapi duk kat tengah2 je (undi rahsia okeh). tapi kesian sangat kat mereka yang jadi pengikut secara membabi buta. orang suruh demo pergi demo tapi kacau bilau yang lebihnya. orang dah bagi kat tempat yang elok untuk demo tak nak lak pergi kat situ sebab apa sebabnya nak menyusahkan semua orang. nak memprovok je tapi yang senang lepas tangan orang2 yang bagi arahan tu.

kesian...jiwa kat dalam ni kalau tak tenang dari sebuah 'kerajaan kecil' iaitu rumah maka bila dah besar perasan bagus gitulah gayanya sehingga menyusahkan orang2 disekeliling.

sori....terlebih sudah hahaha

Sabtu, 28 April 2012

darah muda

malam tadi bersms dengan salah sorang adik umi. mula2 elok la dia kata ma ada buat surprise untuk umi hehehe apa aje lah ma tu kan. tapi dia tak bagi clue, katanya kalau nak tau kena balik. umi ni nak sangat balik menjenguk ma tapi the prob is encik hubby tu keje je abih cam no.

then masuk part yang dia mengadu kata dia ada mintak permission dengan ma nak pergi somewhere dengan kawan2 dia. katanya memang payahlah nak dapat kebenaran tu walaupun dah merajuk bagai. ok mula2 umi tenangkan dia dan sorry sebab kali ni umi tak boleh nak sebelahkan dia dan perlu terangkan kenapa ma tak boleh bagi kebenaran.

adik ku,
kakak mu ini pernah jugak muda dulu, dengan panas barannya lagi. memang banyak yang contra dengan ma yang mempunyai naluri seorang ibu. umi tau memang adik umi tu tak boleh terima pandangan umi malam tadi tapi itu semua untuk kebaikan dia. dulu pun umi memang menentang sehabisnya pandangan, pujukan seorang ibu kononnya untuk memuaskan hati muda ku.

adik ku,
bila umi dah jadi seorang ibu sekarang barulah umi tau relevant apa yang tidak boleh dulu tu. dari pandangan ibu2 dia memandang anak2 masih lagi kecil walaupun anak2 itu boleh dikira remaja sebagaimana dia telah menjaga mengasuh anak2 sejak dari dalam kandungannya lagi. dengan situasi dunia yang penuh pancaroba sekarang lagilah banyak hal yang membuatkan dia takut andai sesuatu terjadi kepada anak2nya. kawan makan kawan, kawan melacurkan kawan, kawan bersekongkol dengan niat tak baik, kawan melarikan kawan, kawan letak ubat dalam minuman etcetcetc ya allah takutnya dunia sekarang....nauzubillah.

jadi dengan naluri seorang ibu yang tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, biarlah dia bertegas sekarang, biarlah anak2nya marah dan merajuk dengannya asalkan tidak terjadi sesuatu yang buruk dikemudian hari yang memungkinkan dia menyesal untuk seumur hidupnya.

memang menjadi remaja hati tengah muda bergelora, semua benda nak cuba, nak lalui. sikit aje yang melaluinya tanpa menempuh rintangan tapi yang lain pasti akan tergelincir kalau tidak diri sendiri tapi orang lain yang akan menjadi penyebab.

untuk seorang adik...renung2kan


apesal keliru ni

ni pic salah satu tempat yang company umi developed



hahahaha memang lately ni kita orang kat ofis asyik gelak je. pasal apa....jeng jeng jeng

conversation via tel - kat mana ni blablabla saya ada baca/tengok banner pasal tempat ni blablabla berapa harga sebilik blablabla ada breakfast tak 

walk-in visitor - pakcik baru sampai dari blablabla konvoi dengan anak2 ni, tapi dorang tak sampai lagi. boleh tengok reservation atas nama blablabla sebab kalau boleh pakcik dengan makcik nak check-in dulu ni


ya ampunnnnnnnnnnn....memang tempat kita orang ni boleh buat orang confuse ke eh. ololololo sian ye. ni tapak pembinaan untuk servis apartment so belum lagi boleh terima orang nak check-in ke even ada breakfast bagai hahaha. rasanya dorang confuse dengan corporate logo company la ni kan. well....dah semua subsidiaries under one management so kena la guna logo yang sama. 

tak pe...at least ada gak bahan untuk kita orang mengendurkan urat2 muka yang stress wat keje kan aduhaiiiiiiiiiii

Jumaat, 27 April 2012

our little princess-new babysitter


BABYSITTER eh bukan babysister...
fuh penat umi duk betulkan spesis tu yang duk ngulang babysister dekat beratus kali. dan umi pun duk beribu kali betulkan. tapi dah jenis duk mengunyah word tu je so payah le dia nak terima pembetulan orang lain kan...lantak le deme hehehehe.

former babysitter raisha cakap dia dah terlampau ramai budak nak dijaga, so sebab tu lah kena cari babysitter lain untuk jaga our princess tu. masa dekat2 nak masuk kerja lepas habis pantang dulu suami yang carikan babysitter tu. finally terjumpa isteri anggota dia so kecek punya kecek dia kata bolehlah jaga untuk sementara. iklan jap...masa memula join police society ni pelik gak la kalau suami duk sebut tu anggota, ni isteri anggota .... blur jap. dalam hati apesal la tak cakap isteri polis ke, tu polis ke tapi dah lama2 jadi biasa dah kan.

bila dah lama2 dengan kak nor tu barulah umi tau rupa2nya orang bayar murah je eh kat dorang. emm rasa cam tak logik je tapi we all suami isteri ni kesian kat orang and reasonable sikit la dengan penat lelah orang nak jaga anak kita kan. selidik punya selidik rupa2nya kami yang terbanyak membayar babysitter tu hehehe tu bayaran terima kasih namanya sebab mereka dan keluarga mereka sudi menjaga raisha.

new babysitter raisha ni pun kami bayar rate yang sama. si kecik raisha dah kenal orang jadi pagi semalam punyalah dia meraung tak nak dekat kak nani tu aduhaiiiiiiiiiiiiii menitik gak airmata umi nak meninggalkan dia. mengangkut barang2 dari babysitter lama ke babysitter baru adoi cam nak pindah rumah je gayanya...tu baru raisha hehehe belum umi ayah abang kakaknya berbeg2 kalau nak travel.

harapnya babysitter baru ni dapatlah menjaga raisha dengan sebaik mungkin. jap2...umi terdengar dia speaking dengan budak2 kat rumah dia so bolehlah raisha cepat belajar selain daripada umi dan ayah yang duk berspeaking bagai kannnnnnnnnnnnnnnnnn

Isnin, 23 April 2012

pesanan kepada anak2 kami

anakanda berlima,
izinkan umi mencoretkan sesuatu yang boleh dikatakan wasiat secara maya untuk anakanda semua.

johan, elin, awin, nina...
anakanda semua yang dah besar dewasa menjadi harapan umi dan ayah untuk menggalas tanggungjawab seandainya kami tiada lagi di dunia ini nanti. walaupun umi tak mengandungkan dan melahirkan anakanda, tapi kalian dah umi anggap seperti anak sendiri. umi akui memang susah juga nak membentuk awin dan nina dengan acuan umi....yer umi tau korang dah terbiasa dengan didikan cara lama jadi umi kena ambik masa untuk mendidik korang. tegas umi dan ayah sekarang adalah untuk masa depan anakanda semua. sebab dengan ketegasan/disiplinlah semua insan boleh berjaya. jagalah adik2 dengan sebaik mungkin ye. tegas/marah bukan bermakna benci tapi itulah yang akan menjadikan anakanda seseorang nanti. kami tidak mahu dipersalahkan kelak andai anakanda tidak berjaya menjadi seperti orang lain.

nur raisha...
tau tak kelahiran raisha menjadi kebanggaan umi kerana umi tak pernah menyangka dapat memperolehi zuriat sendiri kerana umi ni raisha sedia maklum lambat bertemu jodoh. dan alhamdulillah walau banyak cabaran dengan berkat kesabaran umi memohon petunjuk daripada allah, maka ayah dan umi disatukan jua akhirnya. saat melihat raisha ke dunia adalah satu nikmat yang tak boleh digambarkan. dan sebab itulah andai ada suara2 yang menyatakan bahawa umi boleh melahirkan seorang lagi zuriat tapi dengan pantas umi menolak dan memohon dari allah agar inilah zuriat kami yang terakhir. kenapa ye raisha...sebabnya nanti umi takut kasih sayang tu terbahagi dan raisha umi pinggirkan....tidak sama sekali umi akan bertindak begitu. raisha sedia maklumkan umi dan ayah yang dah terlebih umur berisiko untuk memiliki zuriat lain kan jadinya cukuplah hanya raisha dan abang2 kakak2 yang lain ada disisi kami.

raisha...
semasa umi dalam tempoh berpantang yang orang gelar 'maternity blues' banyak hal yang membuatkan umi sedih dan kongsi dengan ayah/nenek/makcik2 pakcik2 sayang. sedih sangat bila memandang wajah polos raisha yang tidak akan membesar tanpa jagaan kami andai kami dijemput mengadap allah sedikit masa lagi. terbayang andai raisha dewasa nanti, sempatkah umi dan ayah (sedang menahan airmata daripada gugur ni) melihat raisha di persandingan, diijabkabulkan bersama sang arjuna pilihan hati. dan sempatkah kami melihat raisha membesar menjadi remaja sunti yang dikejar remaja lelaki di luar sana sayang (masih membayangkan aura figura raisha menjadi gadis sunti).

raisha...
andainya ayah dan umi dijemput ke alam yang kekal abadi itu, pandai2lah membawa diri ye sayang. jangan menyusahkan orang (owh sebaknya ni), sentiasa bermanis mulut dengan abang2, kakak2, pakcik makcik semua...insya allah mereka akan menjaga raisha dengan sebaiknya sebagaimana umi telah membesarkan mereka tanpa keluh kesah dulu. umi harap segala perbuatan baik dan pengorbanan umi terhadap keluarga akan dibalas sebaiknya melalui raisha ye sayang...

anakanda berlima...
umi tiada harta (kecuali ayah) untuk diwariskan kepada anakanda tetapi segala ilmu keibubapaan yang umi tau itulah yang bakal umi tinggalkan buat kalian. semoga anakanda berlima hidup rukun aman damai tanpa mengira lahirnya anakanda daripada bonda yang mana. jangan ada pilih kasih kerana umi tidak membeza2kan anakanda dalam didikan kasih sayang seharian. seandainya pakcik ali membaca entri ini, mohon dikhabarkan kepada anakanda sekalian betapa sayangnya umi dan ayah kepada anakanda.

anakanda....andai ada salah silap umi dan ayah...dapatlah anakanda maafkan dan sedekahkanlah al-fatihah di pusara kami nanti.

Jumaat, 20 April 2012

dia kata...

...dia excellent (kononnnnnnnnnnn)

tapi aduhaiiiiiiiiiii excellentnya menyusahkan semua orang kat ofis ni. ingatkan dah separate ofis boleh la masing2 aman tapi rupa2nya makcik tu duk mengacau gak. kut ye pun makcik tu ngaku dia excellent so boleh tak makcik tu excellent segala2nya....attitude etcetcetc. bila dia dah mengaku dia excellent kan ha during appraisal time tengok markah not up to her standard hehehe hangin ek. suka hati le bos umi tu nak letak berapa. meh sini bagi rasuah kat umi kalau nak tau details point ke hapa ye makcik.

adoi buntu abis semua orang dengan riot disebabkan makcik tu. umi nak citer pun kena karang ayat elok2 ni sebab karang tak pasal2 keluar ayat yang tak sedap. rasanya dia tak pernah kerja company besar cam ni kut (hehehe company sape la tu ek) tu yang dia culture shock kan....kesian pun ada. selama ari ni pun dia duk buat kerja2 akaun sorang2 diri lepas tu tukar bidang hah meraban la kut. tengok organization chart gamaknya ada lagi yang lagi besar pangkat daripada branch manager umi amboi sakan dia duk shoot email ke atas je. small matter pun nak shoot email kat management....mental ke apa dia tu.

orang yang tak de kena mengena pun terlibat sebab macam umi dah jadi orang tengah untuk ofismate mengadu itu ini dan bos kalau dapat tau suruh umi seek advise from hr dept. ramai betul orang yang suka pay attention for a small thing...come on...let it go je lah...kang gila sorang2 sape susah.

dah dah...jangan ganggu umi ni...penat la layan karenah makcik tu. baik umi layan karenah anak2 dan suami yang lagi...fun wokeh. 

Rabu, 18 April 2012

our little princess-ikut muka siapa

cuba perhati betul2 pic kat bawah ni....masa umur raisha 5 bulan ni agak2nya dia ikut muka ayah ke umi eh... masa memula lahir dulu orang kata raisha memang copy paste muka ayah dia pas tu sekarang ada yang kata raisha dah rupa umi lak...mana satu ni sayang...tak pe lah tak kisahlah muka ayah ke umi kan yang penting raisha anak bongsu adik manja famili kita ni kan.




 taraaa menyelit jap dengan spek anna sui ku itu hahaha

beli jamu?


makan jamu? oh tak yah heran sebabnya umi dah mengamalkan pemakanan jamu sejak dari zaman anak dara lagi tapi on off la sebab dulu kala kalau ada extra money baru beli hehehehe.

tapi sejak bergelar wanita ibu ni kena makan jamu selain daripada supplement dan vitamin yang lain tu. jaga badan la konon...kannnnnnnn....isteri sape la tu ek. jamu mak dara gold ni umi beli a few days ago. jangan bimbang sebab jamu ni kena ambik before or after a few hours makan supplement vitamin bagai tu.


Antara khasiat produk Jamu Mak Dara Gold ialah:-

1. Menyuburkan rahim
Tubuh setiap wanita berbeza mengikut individu. Perbezaan ini memerlukan setiap wanita memiliki sistem peranakan yang sihat dan subur, agar kitaran hormon berfungsi dengan lebih lancar. Ia juga memerlukan formulasi khas untuk mengekalkan keseimbangan nya.

2. Mengatasi masalah keputihan
Setiap 1 dari 3 wanita pasti mengalami masalah keputihan tidak kira status bujang atau yang sudah berkahwin. Masalah ini terjadi kesan dari pemakanan dan juga persekitaran wanita itu. Faraj yang sihat memerlukan penjagaan sempurna luar dan dalam.

3. Merapatkan faraj
Wanita sudah berkahwin dan melahirkan, akan mendapati fenomena otot faraj yang longgar sebagai suatu masalah. Bahan-bahan seperti akar serapat dapat membantu mengembalikan ketegangan otot faraj agar dapat merapatkan kembali faraj bermasalah.

4. Menambah nafsu syahwat
Libido rendah atau kurang syahwat merupakan penghalang terbesar bagi mereka yang sudah melahirkan untuk menjalin hubungan intim bersama pasangan. Rangsangan diperlukan dari dalam minda dan luar bagi mengatasi masalah ini.

5. Memberi Tenaga
Kecergasan tubuh wanita menggalakkan kecerdasan minda. Wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri dan bagi mereka yang berkerjaya amat memerlukan tenaga untuk melakukan tugas harian.

6. Membuang toksik dalam badan
Pemakanan seharian, pencemaran alam sekitar dan ketegangan dapat meningkatkan kuantiti toksik dalam sistem tubuh. Proses menyingkirkan toksik amat penting bagi mengelakkan keracunan organ dalaman tubuh, mengurangkan masalah bau badan dan faraj serta melancarkan perjalanan darah.

7. Memperbaiki sistem kitaran haid
Kitaran haid yang teratur adalah penting untuk memastikan keseimbangan hormon Estrogen. Pelbagai kesan akan timbul sekiranya kitaran haid tidak teratur seperti pertambahan berat badan, sukar mendapat kan cahaya mata dan lain-lain.

8. Membakar lemak berlebihan
Lemak berlebihan menyebabkan pertambahan berat badan. Pembakaran lemak berlebihan menggalakkan penurunan berat badan, dapat mengekalkan barat badan yang ideal dan memperkemaskan penampilan.

9. Membuang angin
Angin terhasil daripada pemakanan yang tidak seimbang dan pendedahan pada persekitaran yang kurang sihat. Pembuangan angin berlebihan dapat mengurangkan masalah ketidakselesaan badan.

10. Mengurangkan masalah bau badan
Masalah bau badan adalah normal bagi mereka yang berbadan besar dan sudah melahirkan. Pengamalan pemakanan tambahan dan diet seimbang dapat membantu mengurangkan masalah bau badan.

11. Mengatasi masalah kemaluan berbau
Pengurangan toksik dalam badan sekaligus dapat mengurangkan masalah bau badan dan masalah kemaluan berbau.

12. Mengurangkan kesakitan di bahagian pinggang
Kesakitan di bahagian pinggang merupakan kesan langsung dari gaya hidup aktif dan penggunaan otot pinggang secara eksesif.

13. Mengurangkan masalah lemah tubuh badan terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
Ibu-ibu selepas melahirkan selalunya mengalami masalah lemah tubuh badan. Pemakanan tambahan yang serasi dapat membantu mengurangkan masalah lemah tubuh badan.


** sumber : http://www.jamumakdara.com/jamu_mak_dara.html (tetiba rasa cam spokesperson untuk jamu mak dara lak....alahaiiiiiiiiiiiiiiii)

Selasa, 17 April 2012

training cancelled, problem solved

> minggu lepas....

ela, u fill-up training schedule 2012 for kuantan ni then those yang belum cukup training iso hours tu kena attend before financial year ending june ni


ok nanti i buat and submit to u


alamaks....habis la....cam ner ni. diskas punya diskas dengan hubby so keputusannya samada nana yang kebetulan cuti study tu tapi dia nak balik jerantut jap emmm kena datang balik ke kuantan ni untuk jaga raisha kalau umi pergi training. or else hantar raisha ke jerantut jap.

> isnin 16.4.2012

bang...kita nak balik jerantut ari apa ni. jangan last minit nanti i nak pack baju la macam2


abang ni u busy pulak dengan macam2 event ni. apa kata masa on the way ke kl tu u masuk jerantut jap hantar raisha.


ok lah...


> selasa 17.4.2012

ela, u all tak payah la attend training before financial year ni sebab training bulan depan tu i akan cukupkan hours so not compulsory to attend la untuk schedule jumaat ni. tapi kalau ada orang nak attend jugak tak pe lah


call hubby jap.
banggggggggggggg training cancelled la. settle problem kita kan. i akan attend training yang kat sini je bulan depan


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah (amboi kuat lak hubby umi bersyukur sebab isteri dia tak outstation ek....hahahaha)

kan bagus kalau cakap awal2 so tak payah le kami laki bini pening kepala sape nak jaga raisha kalau umi outstation (eh kalau hubby outstation tak de lak pening gini kan hahaha). kalau waktu bujang dulu kala memang seronok kalau dapat outstation. bukan apa, menyambil la boleh shopping ke apa kan. hehehe sejak ada '2nd handbag' ni payah nak berjalan....teringat tanggungjawab bagai tu.

masa tau kena training kat kl jumaat ni umi dah plan dengan ofismate nak pergi cuci mata (kononnya) kat mall baru iaitu kenanga wholesale city ke apa cam tu lah namanya. according to adik umi yang dah pergi kwc tu dia kata best soping moping kat situ. tu je lah time nak berjalan tanpa 2nd handbag kannnn. tapi seriuslah rasanya tak sanggup nak tinggalkan anak2 (and hubby) kalau tak de something urgent to attend to.

next training mungkin sebelum 2012 berakhir





our little princess-popular ke

popular ke sayang hehehe cukuplah popular di hati famili kita ye...tengkiu auntie mek sebab hadiahkan raisha baju ni...

 girls...kalau nampak kamera suka sangat (ke cam umi tak leh tengok kamera ha3)


 masa ni di awal raisha botak...umur 3 bulan cam tu kut


 sayanggggggggggggggggggggg raisha mmuuaahhsssss



our little princess-5 months


yey nur raisha kami dah berusia 5 bulan tau....makin besar makin banyak ragamnya hehehe biasalah....umi pun dulu masa kecik2 mesti banyak ragam gak kan. 

serius cakap yang umi ni sampai sekarang masih tak percaya dah ada anak darah daging sendiri. eh jangan kata umi lupakan anak2 yang lain tau...no no mereka pun anak2 umi gak cuma yang ni lain sebab umi mengandungkan sendiri wokeh. walau penat balik kerja lepas tu kena melayan si kecik n abang  kakaknya tapi sikit pun tiada istilah mengeluh atas tanggungjawab yang diamanahkan. bahagia? alhamdulillah berkat kesabaran selama ini.

 apesal sayang umi buat muka cam tu...


nur raisha ni terkejut tengok kamera kut sampai jadi bulat mata tu hahaha


 ke mata baby umi memang bulat kut


 raisha...mak achik kata raisha dah gaya rupa umi dah...betul ke


buuuuuuuuuuuuuuulat mata ek 

meniarap...cak!!!!!!!!! 
tak sabar nak balik kiss raisha....tungguuuuuuuu


*** anak ayah ni memang pantang nampak ayahnya...dia akan jadi gedik sekali hehehe

Jumaat, 13 April 2012

farewell dinner for mr pm

alhamdulillah kekenyangan hehehe sekali sekala makan tak hengat dunia. kali ni kita orang organize farewell dinner untuk our mr pm aka project manager iaitu mr desmond tew. esok jumaat ialah last day dia and he will leave us for good....cewah for good aje hahaha. 

iklan jap. ada sorang customer syarikat umi bekerja tu bila dia nak ikut husband dia ke oversea amboi siap bagi reason i'm leaving m'sia for good...huh ayat tak tahan tul. dah le kawin dengan orang sini amboi entah pape lah

lokasi ni kat new horizon restaurant, yang kat depan berjaya megamall tu. suami ku outstation, jadi ku tinggalkan anak2 dengan makcik mereka iaitu nana. sape lagi nak mintak tolong kalau bukan adik sendiri kannnnn.

ok jom layan gambar2 kat bawah ni bersama staf yang sudi menghadirkan diri.

haruslah tuan punya blog duk kat pic teratas hahahaha. tumpang bergambar ye desmond. lupakan muka bulat umi tu ek hehehe


ni ms chong dengan desmond....nak gak menyelit hehehe


antara makanan yang sempat umi snap...jom makannnnnnnnnn


biarkan gentlemen serve food for us. ladies tunggu untuk makan je. kat tengah tu branch manager kita orang


antara my colleague


colleague umi lagi


satu lagi table untuk my colleague


dah habis makan, as usual group foto wokeh...alah flash tak keluar lak...gelap


yey dah clear pic ni...our last pic with mr pm

Isnin, 9 April 2012

shopping kain

bestnya hidup kalau dapat shopping je sepanjang masa kan hehehehe. giler ke apa....jutawan pun boleh muflis kalau duk shoppingggggggggggg je kan. banyak lagi kerja berfaedah yang boleh dibuat.

actually kan umi ni dah lama tak membeli kain ela. serius....sebab lately yang dah berapa tahun tu asyik beli baju kurung dah siap je. masa nak kawin dulu ada la encik suami belikan 4 5 pasang kain sebab katanya lepas kawin pengantin kena pakai baju baru hahahaha ada ke teori cam tu (tu citer 2 tahun lepas eh).

jadinya ari sabtu lepas dan hari ini tergerak la nak ke alamoda or jakel kuantan branch beli beberapa kain ela. ni kebetulan nak sedondon dengan famili untuk kenduri johan nanti la kan. konsep merah gitu. macam biasa niat dari rumah nak beli sepasang je tapi emm bila dah sampai kat sana bajet burst as usual hehehe. tapi nak sedapkan hati kata ni boleh ganti a few baju kurung masa anak dara dulu yang nak di let go kepada adik2 (wah kakak mithali gitu kannnnnnnnnnnnn)

kononnya nak menyahut seruan encik suami yang suka tengok isteri dia berbaju kurung (hahaha isteri mithali gitu eh dengar cakap)...elelele dengan isteri suruh la pakai baju kurung tapi kang mata dia duk jeling yang seksi meksi gak (ish apalah umi ni duk fikir buruk pasal suami sendiri kan....dosye tau...ok jap lagi boleh mintak maaf dengan abang sayang). kain2 kat atas tu untuk wat basahan ke ofis or jalan2 berdekatan kalau diminta oleh encik suami

tu kain untuk umi buat baju masa kenduri dengan liningnya sekali dan kain linen untuk encik suami terlindung lak. sama lak taste dengan encik suami yang suka striking kaler cam merah tu ha


ni kang kalau dah beli banyak2 ada terus wat baju raya kwang3....orait esok kain yang 4 pasang tu boleh hantar ke tailor. yang untuk kenduri tu kena tunggu tailor lain sebab tailor cina tu dia kureng sket bab2 lining ni

Khamis, 5 April 2012

dapat kebenaran untuk...

...makannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

bang...i rasalah kan sejak i makan pil perancang ni selera makan lain macam je. abis skirt, kain baju kurang, seluar dah ketat


u ni...dah kawin badan memang le naik. macam mana nak kurus macam zaman dulu. makan je lah


tapi artis tu boleh je kurus wlpun dorang dah kawin

hehehehe dan2 je jadikan artis sebagai contoh...tak tahan betullah kan. eh sori ampun bebanyak. entri ni tak de kena mengena or nak mengutuk ke menghina orang2 berbadan besar it's just about me, myself yang appetite kus semangat. walaupun sekarang duk ganti puasa tapi bila bukak puasa tu macam orang mengidam je nak makan macam2.

bila dengar hubby cakap macam tu jadi dia pun tak kisah la kan kalau umi berbadan besar kannnnnn. terdengar bisikan kata agaknya kalau umi kurus mesti hubby tak secure hehehe maklum le takut ada orang ngorat isteri dia lak...ok korang boleh gelak guling2 ye sebab umi perasan jap kwang3.

menjaga kesihatan tu penting kan. so boleh nak makan banyak tapi takut lak memudaratkan segalanya. dengan nak beli baju size baru lagi, dengan nak sedekah baju2 lama (owh sayangnya) kat adik2 umi emmm dilema gak kan. umi dengan kerjanya mesti kena presentable all the time. cam tu gak bila kat rumah...mesti berdandan untuk tatapan suami kan. karang hubby cakap je tak kisah tapi mata dia kang duk pandang yang kurus jelita gak hampehs....mau lebam badan dia kena cubit nanti (kalau dia buat le hehehehe)

*** 2 hari lepas dah order blueberi cheese tart and coklat moist kukus....ya ampun sedapnyeeeeeeeeeee. sape kat kuantan boleh order dengan zaidah .... nanti akak order lagi ye zaidah. lepas zaidah balik anak2 n umi ngap terus hehehe nasib baik tinggalkan sikit untuk hubby

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails