Pengikut

Ahad, 26 April 2009

panasnya.........

Sejak kebelakangan ini cuaca begitu panas sekali yang amat tidak selesa sekali terutama sekali pada ku yang ada penyakit migrain ini. Aku cuba untuk membuat kerja rumah, berkurung di dalam bilik yang berhawa dingin tetapi malangnya tetap tidak memberi apa-apa perubahan.

Oleh itu selepas solat zohor tadi, aku mengajak sahabatku untuk keluar berjalan-jalan. Sambil mengenakan make-up di bilik sebelah (bilik berhawa dingin hanya di bilik ku) cuaca memang panas sehingga berpeluh-peluh walau kipas berpusing di siling. Selepas itu, kami bergerak ke East Coast Mall untuk lepak santai tetapi ramai pulak orang hari ini. Cuci mata di Parkson sambil sempat lagi menyambar sehelai baju, pusing-pusing di Carrefour dan akhirnya kami menghilangkan penat dahaga dengan membeli ais krim Baskin Robbin.

Sempat lagi mataku dan mata sahabatku terpandang seorang apek tua yang syok melayari internet di tempat makan Baskin Robbin tu dengan laptopnya. Ok lah kan tapi yang membuat kami tersenyum ialah dia berbual secara alam maya di Yahoo Messenger. Mataku sempat terpandang yang dia tidak menggunakan perantara bahasa cina tetapi mungkin samada bahasa melayu atau bahasa inggeris. Lucunya di fikiran kami ialah tidak mungkin si apek itu memberitahu umur sebenar dia........ kami bercakap dari pengalaman menggunakan laman sembang tersebut kerana kami tidak pernah berjumpa orang yang bercakap jujur. Mungkinkah dia memberitahu umurnya sebaya kami untuk memikat hati teman sembangnya hehehe.

Selepas menghabiskan ais krim dan menambah dosa kering dengan gelagat apek tersebut, kami bergerak di sekitar lobi. Ternampak sekumpulan manusia yang mempromosikan kesedaran tentang penyakit autisme dan di kerusi cantik itu kelihatan penyanyi 80an yang menjadi duta penyakit autisme iaitu Dato' Khatijah Hashim.

Dingin sikit la badan ini bila keluar mencuci mata di petang hari minggu ini tetapi balik rumah mata letih pulak. Pesan orang-orang tua tidak elok tidur di petang hari tetapi apa nak buat, mengantuk sangat ni dan dengan bilik dah sejuk dek penghawa dingin itu apa lagi terus terbongkang tido selepas mengerjakan solat asar tadi.

Demikianlah sedikit catatan di hari minggu yang panas.

Maaf pada apek tua tersebut (bersangka baik lah sesama manusia hehehehehe)

Khamis, 23 April 2009

Berbezakah kita.......





MENGAPA KITA BERBEZA??????



KENAPA!!!!!


BERBEZA SANGATKAH KITA?????

cinta kau dan aku - siti rosmizah


kisah yg penuh dgn citer2 yg berlegar di ruang lingkup kehidupan kita.
hasad dengki, kasih sayang, tamak haloba, tawa, menangis........

jatuh cinta pandang pertama, kawin, cerai........
mmg menyakitkan...

wlpun aku benci dgn watak2 farah n suraya tp itulah nasi
tambah dlm kehidupan kita.

farish hakimi + farisya........
aku dibuai perasaan kala dorg di lamun kasih sayang
hehehehehe kena ada feels tu

Isnin, 20 April 2009

setiap jumaat - norhayati berahim



oleh kerana frust x dpt nak gi ke pwtc so aku pun beli gak le 2 buah novel kat popular ktn ni. salah 1 yg aku beli ialah setiap jumaat, karya norhayati berahim. beliau antara novelis yg aku minat dgn hasil penulisannya selain drpd abg ram.


jasmine....... watak utama dlm citer ni......
> seorg pelajar pintar sejak di bangku sekolah
> meminati citer ultraman
> berasal dr family yg susah...... ibu yg bnyk mengeluarkan kudrat utk membesarkan anak2nya
> ayah...... pembaca meter air dan kononnya buat part time guard di sblh mlm
> anak ke 2 dr 5 beradik
> tamat spm, dia melanjutkan pelajaran ke jepun dlm bidang kejuruteraan elektronik (rasanya hehehe)
> di jepun, bercinta dgn jabar..... rakyat msia, 1 universiti tp lain course
> tp akhirnya jabar tinggalkan dia coz berpaling tadah dgn roommate dia iaitu daun
> dlm masa belajar tu gak, ayah dia meninggal dan setahun lps tu mendapat khabar ibunya berkahwin lain
> sbg anak jasmine rasa ibunya dah berpaling tadah dr kasih sayang arwah bapanya..... dendam dgn ibunya
> walau dah abis study, tp jasmine masih terus duduk kat jepun dan bekerja sbg tourist guide
> selalu bertemu seseorg di hadapan masjid pd hari jumaat...... org tu di gelar ultraman dan jasmine sbg masako


tengku sufian aka ku pian
> anak org kaya dr keturunan tengku
> 3 beradik...... 2 perempuan, ku pian lelaki tunggal
> sukakan architecture, pandai melukis
> bijak tp selalu di kongkong oleh ayah terutama dlm kehidupan seharian
> sudah 3 org perempuan yg cuba dikenalkan kpd ahli keluarga tp ditolak oleh si ayah dgn alasan perempuan tu semua hny gilerkan wang ringgit mereka
> menjadi harapan si ayah utk menyambung legasi bisnes keluarga
> bosan kerana segala gerak geri dikongkong oleh ayah, ku pian telah membawa diri ke jepun
> selalu lepak di hadapan masjid (x ingat dah nama tmpt) sambil membawa peralatan lukisan
> terjumpa dgn perempuan melayu yg membawa pelancong, berkenalan tanpa memperkenalkan diri, nombor telephone...... hny diberitahu nama sbg ultraman
> mula menyenangi 'masako'nya
> menjadi angau slps ketiadaan 'masako' yg telah pulang ke msia


kesimpulannya.....
> norhayati berahim bg sy tidak prnh gagal utk menarik sy menghabiskan bacaan
> isu yg dikupas meliputi semua lingkup......
> suka menyentuh kehidupan seharian
> bila di sentuh bab percintaan, mcm dibawa sekali ke dlm penceritaan tu
> so korg baca la citer seterusnya......... tangkap syahdu hehehe

Khamis, 16 April 2009

sepetang di angkasapuri, kl



jumpa lg kali ni........
aduhaiiiiii penatnya....... bkn penat drive tau tp penat tido kwang3......
ari rabu 15.4.09 semlm, aku, ofismate roza n kak lily travel ke kl utk my ofis course kat hartamas ofis. gerak dlm pukul 1.00 lbh, cadangnye nak gerak awal tp kantoi jap coz gm dr hq sampai hehehe. so respect le kat dia sket kan, duk la kejap tp hati ni dah meronta2 nak kuar dr ofis.
kali ni ofismate aku nak bwk viva dia.... alhamdulillah perjalanan ke kl tu x panas sgt, redup gak le tp x ujan. tempat pertama yg aku tuju ialah ke angkasapuri, coz ari selasa tu aku dah call abg ram mintak permission nak jumpa dia utk mintak autograf. ye lah, geng lain blh jumpa penulis kesayangan tu masa book fair, tp aku x dpt nak join kan. so dgn cari ni je lah aku blh jumpa utk mintak signature.
sesampainya kat angkasapuri, abg ram srh jumpa dia kat kantin. dia siap belanja ktorg kat situ.... perut tgh lapar so apa lg mcm org mengantuk di sorongkan bantal la kan. mkn2 sambil borak mcm2 isu. kak lily n roza sesekali menyampuk n tersengih. ooppss lupa nak ckp..... aku dah bg tau elle ajak dia jumpa abg ram gak. tp elle dtg lmbt sket, maklum le keje kan.
lps mkn sambil tgu elle, abg ram abiskan menandatangani semua novel yg aku bawak sambil bercerita. katanya dia nak balik kul 5.30pm tp x blh coz bos dia panggil mtg. aku, kak lily, roza yg blm solat jamak zohor n asar ikut je abg ram bwk ktorg ronda2 wisma tv.... tu yg siap bergmbr hehehehe. oleh kerana abg ram nak attend mtg, so ktorg pun mintak diri n tx coz belanja ktorg mkn.
nak solat jamak kat masjid angkasapuri pagar dah tutup so apalagi elle ajak le gi solat kat rmh dia. hahaha dah 2 kali jumpa elle, so ni 1st time aku jejak kaki ke rmh dia. ina, kakak elle siap buat air lg. apa lg, minum lg hehehe. kat rmh elle pun x leh lama coz ktorg x check in kat swiss inn lg (tmpt biasa kalau atas urusan keje...... free..... nak duk kat guest house hartamas dah fully book).
ok aku rasa cukup le catatan ku utk kali ni. nak mandi dulu ye.........

Khamis, 9 April 2009

kuiz lagi........


mia took the Anda ni perempuan spesis apa? quiz and the result is

anda pemalu, bersopan santun, dan sentiasa berusaha menjadi orang yang bersederhana (chewahh).
apa pun yang anda buat anda akan ikut adat dan aturan. ke mana anda pergi orang akan tertarik dengan
ke-originalan anda. walaupun ada yang mengatakan anda kolot dan tak up to dated, tu adalah pilihan anda dan anda suka begitu. teruskan usaha menjadi lebih baik.
**ehem3...........

Isnin, 6 April 2009

kuiz suka2......

ni la kuiz yg aku sesaja join utk isi masa lapang kat facebook......
joke pun ada hehehehe


1. mia just took the Pekerjaan anda yang sepatutnya. quiz and got the result: Model..
Model: Anda perasan andalah yang lawa,cute dan Hensem.Anda sering menelek cermin dan bersiap berjam jam lama utk ke sesuatu tempat.

2. mia just took the What does your birthday mean? quiz and got the result: You're Principled..
You're Principled: You are a natural leader who is able to stand up when no one else can.Strong and powerful, you tend to overshadow those around you.

Your soul reflects: Gratitude, comfort, and true love
Your gemstone: Tourmaline
Your flower: Cosmos
Your colors: White and yellow

3. mia took the What type of shoe defines you? quiz and the result is You are defined by Stripper Heels
You like to tease and intise your viewers, you like to be the center of attention and will use your overt sexuality to make sure that happens. You don't care whether men or woman watch you as long as all eyes are on you. It's your show and it's always your 15 minutes of fame!

4. mia just took the Personaliti Politik Malaysia quiz and got the result: Anda adalah pejuang tradisi..
Anda adalah pejuang tradisi: Anda tidak boleh melihat kekejaman dan kezaliman terutama melibatkan anak dara,anda akan mengambil tindakan tegas terhadap kemungkaran di depan anda....AWAS.....LEBEMB BIJIK MATA......anda tabah menghadapi COBAAN.....kelemahan anda ialah anda berfikiran kolot dan masih mengamalkan jampi serapah dan anda lebih rela bersilat menghadapi musuh yang bersenjata......HAI MAMBANG TANAH,MAMBANG API,MAMBANG AIR,MAMBANG DATANG DARI GUNUNG SI MAMBANG,BERDAMPING DIKAU DENGAN KU WAHAI SI MAMBANG......COBAAN........

5. mia just took the "How is your life?" quiz and the result is You live for love..
Your life is based on wanting to experience love or loving someone. You live to love and love to live. You have your worst of times and you have your best.. you sit and wait for that someone to complete you.

6. mia completed the quiz "What should your major be?" with the result Business.
You are very practical and place a priority on making at least a decent living, if not becoming extremely wealthy. You enjoy group projects and telling other people what to do. You're good with computers and don't mind spending hours upon hours in a cubicle on your summer internship, but at 5 pm you are out and off to party hard. You are excellent at making connections and people are impressed by your smooth tact, not to mention how you look in a suit. You have lots of innovative ideas and are a natural salesperson

7. mia took the karakter dalam upin ipin?? quiz and the result is ehsan
berperangai ala2 bossy siket.. suke nak lead orang.. kalau join game nak jadik juri je... ish3.. exercise sikit ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails