Pengikut

Isnin, 15 Julai 2013

jom buat passport

passport my love expired
passport awin expired
passport nina also expired
kena buat passport baru untuk raisha
passport umi akan expire next year so ok lagi la tu

nasib baiklah ada utc kat kuantan ni maka tak payahlah kami suami isteri yang kacak jelita ni (uweeekkkk perasan giler hahaha) ambik cuti purposely untuk renew dan buat passport bagai tu. so semalam hari ahad maka berduyun2lah kami ke sana.

kami ke sana dalam pukul 12 lebih, cari parking bung bang bung bang 12.30 baru naik ke imigresen. snap2 pic my love, awin, nina then dorg tutup pukul 1. ok keluar pergi snap picture raisha lak sebab kat imigresen tu tak boleh buat pic baby, sistem dia tak boleh adjust muka kecik sangat katanya. tapi dengan syarat baby kena pakai baju hitam, nampak dahi dan telinga.

problem lak sebabnya umi tak pakaikan raisha baju hitam dan hair clip pun tak de dalam handbag tu. yang ada cuma getah hah ikat je lah eh asalkan nampak segala dahi telinga tu sayang. tokei tu pun kata boleh edit baju so settled, cuma tokei tu takut si kecik raisha tak boleh duduk diam masa nak snap pic dia tu.


hello.....tokei u sudah silap maaaa. u tengok i punya anak ok saje duduk tegak tengok u. ya betul la umi pun surprise.....dengan mata tak berkelip dia duduk tegak tak de nak pusing kepala sana sini then siap.

lepas tu balik semula ke imigresen pukul 2 baru boleh buat passport raisha. lepas bayar segala tu ingatkan boleh dapat terus passport my love n raisha tapi ada problem dengan mesin dorg ke apa gitulah so kena ambik hari lain.

hahahaha jangan ditanya kenapa kami berebut2 nak buat passport ni, sebabnya in shaa allah nanti nak pergi melawat kubur arwah kat jb tu so kalau plan baik my love kata nak masuk ke singapore....kalau jadilah kannnn

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails