Pengikut

Rabu, 3 Julai 2013

dinner time @burger bakar abang burn

yey setelah beberapa lama duk usha fb burger bakar abang burn ni ha finally we take a chance to taste it. 

eh jap, sebelum dapat makan burger ni ada kisahnya tau. memula masa weekend tu kan hubby umi balik so lunchnya kami makan besar le. then petang tu sebelum bola final fa ke apa tu start umi ajak le en hubby. dia ok je tapi last minit cancel sebab lauk pauk banyak lagi, sayang la membazir kang sape nak makan kan. masa ni umi dah merajuk uwaaaaa tak dapat makan.

lepas tu ahad lak plan nak makan lagi tapi lunch tu umi masak lebih gak. so postponed lagi.

isninnya umi usha fb sebab ada yang kata burger bakar abang burn dah bukak kat area mcd indera mahkota lah pas tu ada yang kata kat jungle lah. lepas tu ada satu lagi burger bakar kat depan megamall tu tutup lak hari isnin. dengan elin puasanya so umi bawak anak2 usha kat area mcd tu tapi tak de. so sebab kesiankan elin yang puasa tu kami pun dinner kat radix chicken je. lepas makan umi usha kat jungle eh betul la dah bukak.

then janji selasa lepas solat n elin pun minum air je kat rumah kami bergegas ke burger bakar abang burn kat jungle, indera mahkota.

hasilnya setelah menunggu nak makan burger bakar fuhhhh memang terbaiklah. dah selamat menyusuri tekak ini. elin order meatball, burger apa ke nama ntah untuk dia dan nina. memang pure daging betullah meat ball tu tanpa ada tepung ke apa. sedap giler weh korang.

umi lak order supremo chicken alahaiiiiiiiiiiiiiiii heaven i tell u guys. si kecik raisha tu duk berkongsi makan dengan kami. kejap2 nak minum ais adui part ni tak tahan, kang batuk sayang oiiiiiiiiii.

THIS IS DARUL MAKMUR ATMOSPHERE
suka suka suka

pegi cari tempat duduk, tengok no. meja then baru boleh order tau. hahaha umi tak ingat no. meja tapi main cakap tu ha anak dara akak baru order tadi

best kan yummy yummy...elin dah kenyang dengan meatball tu so burger dibungkus makan kat rumah. termasuklah bungkuskan untuk awin yang pergi tuisyen tu 

amboi pandainya anak umi posing eh. geramnya nak gomol dia. ha tu burger umi. kalau sesapa rasa nak makan pergi le cari. eh nanti umi nak pergi lagi lah bawak encik suami n awin tu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails