Pengikut

Selasa, 30 Julai 2013

journey to jb-singapore 26-28/7/13

it's a must bila tiba ramadhan untuk kami anak beranak balik ke jb sebab my love nak menziarahi kubur arwah isteri dan arwah anaknya. kesian bila melihat muka my love dan anak2 yang kehilangan their love ones sobsobsob.

tapi umi tak kisah sebab umi tau erti kehilangan. bila mati kita tau kuburnya di mana tapi yang hilang entah ke mana tanpa kubur tu lagi sedih uwaaaaa.

ok as usual kalau balik jb even my hubby tu ada 3 bijik rumah kat sana tapi semuanya disewakan so merempatlah kami anak beranak kat hotel yang berdekatan. kali ni kami pilih lak m suites hotel yang facing selat tebrau tu. best gak stay kat situ sebab dekat sangat dengan gerai ikan bakar kat sungai chat tu yang menjadi feveret kami kalau ke sana or to be more specific gerai tu namanya tip top. ha memang tip top lah ikan bakarnya.

jumaat - 26.7.2013


sesampai je kat skudai terus call colleague yang keje kat branch johor iaitu piza untuk mengambil sedikit maruku dari dia. piza ni memang tokei roti la biskut la fuhhhh terliur kalau tengok dia upload picture kat fb.

lepas check-in rehat segala bagai tu kami bergerak ke kubur. then it a must for my love untuk jumpa share partner dia hehehe sape lagi kalau bukan abg salleh tu. kebetulan pulak di bulan puasa ni abg salleh bukak booth depan restoran dia fulamak banyaknya lauk dan jeng3.....nasik ambeng pun ada. wah tekak umi ni dah jadi tekak orang selatan gitu hahaha of courselah sebab kawin pun dengan orang sana kan. tengok my love duk rancang sembang macam tak reti nak stop so aku mintak izin nak ke bazar ramadhan bandar baru uda untuk membeli juadah tradisi johor sebelum berbuka puasa di restoran abg salleh. opppsss umi tak berani drive kat jb ni so elin la yang menjadi drivernya.


dah siap makan kami bergerak pula ke plaza angsana. wah kat sini macam one stop centrelah, semua ada. shopping le apa lagi. kain baju kuih raya part of it beli kat sini. kata suami ku kuih raya kat sini sedap ha memang punnnnnnn. tema raya kami tahun ni ialah merah tau ok....i like. nina n raisha same pattern gitu. wah so comel la anak2 umi kannnnnn.

ok badan dah penat so jom balik hotel zzzzzzzzz

sabtu - 27.7.2013


lepas bersahur di hotel, zzzz kejap then semua bersiap nak ke singapore. my love drive. pergi money changer dulu then masuk ke lane imigresen msia. wah kat sini smooth je. lepas tu masa nak sampai ke imigresen singapore, my love terpaksa stop untuk membeli pass parking gitu kut. ha kat sini hazab bermula. sebabnya pegawai tu check roadtax tengok2 ya ampun road tax expired bulan 6 dulu. cik hitam tu 24 jam duk dengan umi so rasa bersalah pun ada sebab tak buat reminder untuk renew road tax tapi nasib baiklah suami ku tak membebel.



kata pegawai imigresen tu kami kena patah balik, tak boleh masuk singapore so merasalah jugak diescort sampai ke pagar sempadan tu hehehehe apa nak buat. masa ni mood dah tak de tapi my love sabarkan katanya dia dah call kawannya pinjam kereta. park kereta kat hotel then naik nissan teana ke singapore semula. kalau ikutkan umi malas dah nak ke sana tapi my love kata dah alang2 buat passport semua so ikut je lah.


ha kat sini raisha buat hal tau. sebabnya dia takut nak berjalan hah ni mesti takut tengok crowd ramai kut so kerjanya berdukung je lah. my love ada ambik dia tapi sekejap je then dia suruh umi dukung semula. adoi badan tu dah le kus semangat end up abis lenguh kedua2 lengan umi ni.


oleh kerana dah kesuntukan masa, so tak sempatlah nak ke universal studio spore, tempat patung singa tu dan hotel yang ada floating swimming pool tu. kami cuma ke orchard road n geylang je. bukak puasa kat sana, shopping sikit2 dan balik johor singgah makan ikan bakar kat sungai chat.





emmm tapi kan tapi kannnn orang spore jangan marah umi eh sebabnya umi rasa selain daripada tarikan tu bagi umi biasa2 je lah spore tu. kalau suruh pergi sekali lagi memang umi tak pergi dah.

ahad - 28.7.2013
jom balik kuantan. memula plan nak drop by kat johor premium outlet tu tapi semua macam dah tak de mood so balik terus la eh. 

 





iftar with kiddos @hyatt hotel

emmm yer...bukak puasa dengan kiddos je sebab hari tu my love outstation soal orang salah dan follow up with iftar kat ipd jerantut. amboi best ye my love dapat balik menjenguk ma sekejap. uwaaa umi ni belum ada kesempatan lagi berbuka puasa dengan ma...ampunkan anakanda ye ma.....

here goes the conversation before we are allowed for iftar kat hyatt tu

umi: bang....tekak i ni kan dah 2 3 hari rasa nak makan nasik lemak untuk bukak puasa
hubby: ish apa la u ni, mana ada orang makan nasik lemak masa bukak puasa
umi: ada la. abang je yang tak nak. so masa abang pergi jerantut nanti i buat nasik lemak eh
hubby: tak payah la susah2, ambik duit ni pergi makan kat zenith
umi: hah zenith. tak nak lah. rm95++ tu mahal sangat dan rasa tak berbaloi dengan i yang makan seciput je ni. tapi kalau abang nak belanja sangat ha apa kata abang sponsor we all kat hyatt je, lagi pun dekat dengan rumah kita kan
hubby: ok nanti i tinggalkan duit

so berangkat le kami 4 beranak ke hyatt petang tu. amboi suka sangat kiddos tu makan non stop. raisha pun reti makan gak hahaha cam ner lak tak berisi badan tu kan. umi bagi tau kat awin nina yang ayah dorang pesan suruh makan banyak2, dah kenyang baru balik. so bila masing2 kata dah tak boleh masuk nak muntah bagai ha barulah umi bawak dorang balik.

psstttt - ada hikmah atas segala2nya. sebab nafkah zahir batin semua tak kurang diberikan my love tu....rasa bertuah sangat....alhamdulillah








Selasa, 23 Julai 2013

iftar with colleague @vistana hotel

hah lama peram story baru nak keluar eh. biasa le, time rajin tu laju je ketuk kibod tapi bila kemalasan melanda hah duk diam2 wokeh.

normally bila bulan puasa menjelma kami staff di kuantan branch akan berbuka puasa di hotel adik beradik kami iaitu swiss-garden hotel resort & spa, kuantan tapi entah kenapa tahun ni bos umi merajuk dengan management hotel tu yang duk request macam2 untuk apartment baru tu nanti so kami tukar selera ke vistana hotel lak. eh tak kisahlah bos, janji tradisi makan beramai2 tu diteruskan.

umi lak a few days before dah mintak izin dengan my love sebab yakin elin ada kat rumah dan boleh manage adik2 dia especially raisha yang menyibuk nak berbuka puasa sama2. so my love beri keizinan tapi pagi sahur tu elin cakap dengan ayah dia nak balik kl sebab nak ambik offer letter dari company yang dia akan bekerja tu. opppss cam ner ni, umi takut raisha mengacau ayah dia kan tapi my love kata dia ok. ha petang tu gak diorang bukak puasa kat kfc teluk chempedak.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sedih gak bila my love mengadu katanya sepanjang makan kat kfc tu raisha duk cari umi je....kejap kejap umi umi. alahai kesiannya sayang ye. sedih umi tak de eh.




Rabu, 17 Julai 2013

baked makaroni

ha dah cakap dah
kalau angin rajin datang memang nak memasak je lah. dan lagi satu faktor kalau ada orang tengok2kan raisha tu terus berasap dapur umi. 3 4 hari lepas elin balik so boleh le umi buat apa yang patut. hari bila entah umi masak dalca tapi ya ampun....lepas beranak ni umi tak boleh makan terung dan segala yang sejuk sewaktu dengannya sebab malam tu terus kaki cramp

dan semalam umi masak baked makaroni. tapi macam lain sikit resipi yang umi tengok tu emmm tak pe lah lain kali umi modify la. tapi raisha cuma boleh makan makaroni je sebabnya daging tu pedas sket rasa rempah kari yang kuat. baked makaroni sedap dimakan bersama sos lingam. korang try la sos lain tapi rasanya tak sedap

Isnin, 15 Julai 2013

jom buat passport

passport my love expired
passport awin expired
passport nina also expired
kena buat passport baru untuk raisha
passport umi akan expire next year so ok lagi la tu

nasib baiklah ada utc kat kuantan ni maka tak payahlah kami suami isteri yang kacak jelita ni (uweeekkkk perasan giler hahaha) ambik cuti purposely untuk renew dan buat passport bagai tu. so semalam hari ahad maka berduyun2lah kami ke sana.

kami ke sana dalam pukul 12 lebih, cari parking bung bang bung bang 12.30 baru naik ke imigresen. snap2 pic my love, awin, nina then dorg tutup pukul 1. ok keluar pergi snap picture raisha lak sebab kat imigresen tu tak boleh buat pic baby, sistem dia tak boleh adjust muka kecik sangat katanya. tapi dengan syarat baby kena pakai baju hitam, nampak dahi dan telinga.

problem lak sebabnya umi tak pakaikan raisha baju hitam dan hair clip pun tak de dalam handbag tu. yang ada cuma getah hah ikat je lah eh asalkan nampak segala dahi telinga tu sayang. tokei tu pun kata boleh edit baju so settled, cuma tokei tu takut si kecik raisha tak boleh duduk diam masa nak snap pic dia tu.


hello.....tokei u sudah silap maaaa. u tengok i punya anak ok saje duduk tegak tengok u. ya betul la umi pun surprise.....dengan mata tak berkelip dia duduk tegak tak de nak pusing kepala sana sini then siap.

lepas tu balik semula ke imigresen pukul 2 baru boleh buat passport raisha. lepas bayar segala tu ingatkan boleh dapat terus passport my love n raisha tapi ada problem dengan mesin dorg ke apa gitulah so kena ambik hari lain.

hahahaha jangan ditanya kenapa kami berebut2 nak buat passport ni, sebabnya in shaa allah nanti nak pergi melawat kubur arwah kat jb tu so kalau plan baik my love kata nak masuk ke singapore....kalau jadilah kannnn

kek coklat pisang kukus

hey rasanya umi jarang post pasal makanan kat blog ni kan.....tak de masalah pun tapi entahlah ye kenapa hahaha umi pun tak de jawapan

well masakan biasa hasil air tangan umi dan suami dah selamat kami nikmati setiap hari tanpa rasa jemu, itulah pengikat rasa kasih sayang kami. cuma hari sabtu baru2 ni umi teringin pulak nak buat kek....hahaha tetiba encik cik rajin sudah datang so apalagi kukus grill panggang kukus grill panggang la kita kannnnn. hahaha tak de maknanya nak grill panggang kek tu cuma umi kukus je.

resipi umi tak ingat cilok dari blog mana (ya ampun tuan punya blog, sila maafkan umi ye) tapi korang cari sendirilah resepi kek coklat pisang kukus ni. actually nama asalnya ialah muffin coklat pisang kukus tapi umi tak beli cup muffin tu dan terus umi masukkan semua adunan ke dalam loyang dan taraaaaa inilah hasilnya. ha gebus macam umi tak kwang3. sape yang kenal umi mesti tau yang umi ni a bit greedy gitu hahaha makanya jadilah 2 bijik kek pada hari itu untuk santapan berbuka puasa.....


sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa hasil buatan sendiri daripada duk membeli je benda yang simple macam ni yang boleh dibuat bila2 masa kan. lepas tu bersedekah kepada jiran tetangga bagi dorang rasa kek buatan umi tu.

Rabu, 10 Julai 2013

3rd year berpuasa

yey yey
this is my 3rd year berpuasa as a wife and as a mother.....alhamdulillah

seriously aku still tak percaya dengan apa yang aku ada sekarang. dulu2 hidup bujang yang penuh kelam kabutnya ya ampun....rasa cam nak mati je. tapi allah tu maha pengasih maha pendengar segala rayuan insan hina dina ni kan....terima kasih ya allah atas segala aturan mu

ok dah jangan sedih....tu cerita lama. kita harus move on dengan hidup baru yang lebih diberkati kan.

puasa kali ni bersama dengan si kecik tu. hah nasib baik sahur tadi dia tak bangun....selamatttttttttt dari kekacauan raisha hahahaha. malam tadi suami dan anak2 dah mengerjakan solat terawih tapi sayang umi bercuti lak emmm. tak pe lah, lagi pun raisha kecik lagi nanti dah besar kita pergi berterawih sama2 dengan ayah abang kakak ye sayang raisha. then pahala yang dibuat kat rumah tu pun dah berkali ganda hehehe dan2 je

ok lah selamat berpuasa semua ye

Khamis, 4 Julai 2013

kelam kabut....

yerrrrrrrrrrrr sangat kelam kabut bila my love hubby outstation.

my love tu oustation since last week selasa tapi dia ada balik kejap last weekend. luckily masa tu elin ada untuk membantu umi ni.

lepas tu petang ahad tu my love oustation lagi sampailah ke hari ni tak balik2 uwaaaaaaaa abg oiiiiii cepatlah balikkkkkkkkkkkkk. elin pun dah balik ke kl petang rabu semalam so penat berganda2 ni. pagi nak hantar anak2 ke sekolah, tengahari keluar jap ambik dorg balik dari sekolah. pagi tu hazab tau sebabnya umi berangkut dengan raisha yang masih tidur untuk hantar abang kakaknya ke sekolah.

malam lak kalau rajin masak la simple2 je, kalau malas ha main order je. lepas tu buat kerja rumah lagiiiiiiiiiiii. eh umi tak boleh la kalau tak de my love ni. badan pun dah lembik rasa nak demam je ni.

bang....cepat la abiskan course tu....i need u hokey 

Rabu, 3 Julai 2013

dinner time @burger bakar abang burn

yey setelah beberapa lama duk usha fb burger bakar abang burn ni ha finally we take a chance to taste it. 

eh jap, sebelum dapat makan burger ni ada kisahnya tau. memula masa weekend tu kan hubby umi balik so lunchnya kami makan besar le. then petang tu sebelum bola final fa ke apa tu start umi ajak le en hubby. dia ok je tapi last minit cancel sebab lauk pauk banyak lagi, sayang la membazir kang sape nak makan kan. masa ni umi dah merajuk uwaaaaa tak dapat makan.

lepas tu ahad lak plan nak makan lagi tapi lunch tu umi masak lebih gak. so postponed lagi.

isninnya umi usha fb sebab ada yang kata burger bakar abang burn dah bukak kat area mcd indera mahkota lah pas tu ada yang kata kat jungle lah. lepas tu ada satu lagi burger bakar kat depan megamall tu tutup lak hari isnin. dengan elin puasanya so umi bawak anak2 usha kat area mcd tu tapi tak de. so sebab kesiankan elin yang puasa tu kami pun dinner kat radix chicken je. lepas makan umi usha kat jungle eh betul la dah bukak.

then janji selasa lepas solat n elin pun minum air je kat rumah kami bergegas ke burger bakar abang burn kat jungle, indera mahkota.

hasilnya setelah menunggu nak makan burger bakar fuhhhh memang terbaiklah. dah selamat menyusuri tekak ini. elin order meatball, burger apa ke nama ntah untuk dia dan nina. memang pure daging betullah meat ball tu tanpa ada tepung ke apa. sedap giler weh korang.

umi lak order supremo chicken alahaiiiiiiiiiiiiiiii heaven i tell u guys. si kecik raisha tu duk berkongsi makan dengan kami. kejap2 nak minum ais adui part ni tak tahan, kang batuk sayang oiiiiiiiiii.

THIS IS DARUL MAKMUR ATMOSPHERE
suka suka suka

pegi cari tempat duduk, tengok no. meja then baru boleh order tau. hahaha umi tak ingat no. meja tapi main cakap tu ha anak dara akak baru order tadi

best kan yummy yummy...elin dah kenyang dengan meatball tu so burger dibungkus makan kat rumah. termasuklah bungkuskan untuk awin yang pergi tuisyen tu 

amboi pandainya anak umi posing eh. geramnya nak gomol dia. ha tu burger umi. kalau sesapa rasa nak makan pergi le cari. eh nanti umi nak pergi lagi lah bawak encik suami n awin tu.

farewell lunch for ms lee

makan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
aah kat ofis ni kejenya maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakan je so hasilnya tengok la badan staff kat sini keh3.

no la, actually inilah ialah farewell lunch for our sales executive, ms lee yang nak resign 3.7.2013 ari ni le. lokasi ni kat sara thai kitchen, balok. tak tau kat mana ha pergi tanya pakcik google.

the best part is umi bawak balik menu suruh bos pilih tapi dia leave it to me so amik nak, semua umi pilih ikut my taste hahaha. tapi yang bayar bos umi le

lah....tolong snap pic akak ni.
dan2 terus berlakon gitu hahaha cam ner la raisha not good in acting, mana tumpahnya kuah kannnnn

smile....yang kecik molek tu la ms lee

semua tak sabar nak ngap tu

walaupun bolat ah tak kisah nak snap gak

weh tengok sini sebelum makan

ha rebut2

yang tshirt putih tu kontraktor yang join makan gak. enson ni ok sebab rajin belanja ktorg, jap itu jap ini dengan tiket wayangnya

tunggu2....kang kita ngap ye


internship student treat us breakfast

ragam pekerja ni kalau tak bekerja mesti makan, kalau tak makan mesti bekerja. eh korang tak de norma hidup cam tu sebagai pekerja ke. oh no no no....kang tension stress tau hahaha so baik ikut cara umi tapi jangan badan macam umi udah le eh.

emmm kalau tak silap hari jumaat lepas kut 28.6.2013 tu internship student kat sini belanja sempena dia nak habis training nanti. actually it will be ended by early august ni tapi ye lah time tu jatuh bulan puasa so tak boleh le nak makan2 kan. jadinya adik kita tu request nak belanja in advance lak....eh 
akak suka tau dik hahaha.

ok inilah adik internship kita iaitu efa. arwah ayah dia pun polis gak. umi tu dah basuh tangan tapi teringat as usual belum bergambar ha apa lagi layannnnnn

ni la the only malay girls or ibu2 kat ofis ni termasuk makcik tu ha. memasing ada good and bad time so dah faham karektor masing2 kan. kalau duk diam tak bertegur sape dengan orang ha ada la tu yang terjadi so jangan tegur kwang3 termasuklah umi sendiri ni ha kannnn

antara juadah yang telah dikenduri perut oleh jaws kat sini hehehe termasuk le umi ni hokey

kat belakang tu ialah despatch baru. eh ktorg ni asyik bertukar despatch je kan. well, they left us for good gitu hahaha. first despatch tu dulu katanya tak tahan dengan politik n tekanan kerja. alahai dik, ko pergi mana2 pun sama je semua ada tu. despatch kedua lak masuk keje gomen.

malay guys tshirt merah tu ialah hadi, baru join under project dept. yang lain tu muka lama


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails