Pengikut

Isnin, 12 April 2010

ahli keluarga baru

alhamdulillah.....


syukur kepada maha pencipta kerana dari rasa cinta sesama insan yang mengikut sunah dengan cara yang halal ((teringat lak ayat laksamana sunan untuk sang ratu....sudikah kau menjadi yang halal bagi diri ku.......alamak macam keliru lak.... ayat ni untuk sang ratu ke haryani ek emmm)) maka kedua-dua adik ku telah menambah zuriat mereka dan memberikan cucu baru untuk ibu ku dan anak-anak sedara kepada ku.


adik ke-2 ku hafizah telah selamat melahirkan anak ke-3 nya melalui proses pembedahan pada 2.4.2010 baru-baru ini. seorang bayi lelaki yang comel sungguh, cukup sempurna sifatnya, tetapi bayi tersebut tidak cukup bulan. kalau tak silap aku, kandungan tersebut baru berusia 8 bulan tetapi pembedahan terpaksa dilakukan kerana adik ku telah tumpah darah untuk kali yang ke-3 di rumahnya. tetapi lucu pun ada jugak kalau teringatkan semasa di awal kehamilan adik ku itu, kerana anak sulungnya zahra telah memberontak sakan bila mendapat tahu yang kandungan tersebut ialah lelaki... i don't want baby boy, i want baby girl. jadi, apalah daya adik ku dan suaminya pada waktu itu untuk memujuk kecuali dengan menjanjikan bahawa zahra akan diberikan baby girl untuk adik yang kemudian. hai....macam-macam kan. bayi lelaki ke-3 tersebut telah diberi nama ZAYED. untuk waktu ini, aku tidak berkesempatan lagi untuk menjenguk dan melihat zayed ni. tunggu ye ZAYED....nanti UMI LA pergi ziarah dan bagi hadiah.


kemudian pada 9.4.2010 yang lalu, adik ku yang ke-4 iaitu khairul nizam telah memberikan ku anak sedara yang juga lelaki yang diberi nama KHALISH IRFAN. betapa besarnya bayi adik ku ini, 3.4kg. teringat pulak zaman masa nijam dilahirkan dulu kerana dia pun besar gak, sekitar 4kg. adik ipar ku, aidai terpaksa melalui proses vacuum kerana bayinya tidak mahu keluar....ish betapa ngerinya bila aku dapat tau proses tersebut yang amat menyakitkan. sampaikan adik ku nijam menangis kerana tidak dapat melihat azab seksa yang ditanggung isterinya.

kini, keluarga kami bertambah besar dengan kehadiran orang-orang baru di dalam keluarga. ini bermakna aku sudah mengumpul 5 orang anak saudara yang comel cerdik sekali. alamak....tahun ni duit raya kena lebih la hahahaha

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails