Pengikut

Khamis, 22 April 2010

roza nak pergi dah...

ada pertemuan, ada perpisahan....ada permulaan, ada pengakhiran. cam tu lah putaran hidup kita kan.


short brief sket psl roza ni. aku kenal dia sekitar thn 2002 or 2003 cam tu lah masa keje kat 1 tempat yg menyebabkan kami sama2 melalui saat suka duka, prnh tau menangis sama2. roza di bhgn akaun dan aku all rounder.... jap jd pa, jap jd secretary, jap jd administrator....


then kami terpisah jap, pas tu thn 2008 kami berjumpa balik bila roza mintak nak keje dgn company yg aku keje skrg. tp skrg alahai roza nak tinggalkan aku n kawan2 kat sini lagi....biarlah demi masa depan dia kan. roza sepanjang yg aku kenal dr dulu hingga kini dah 100% berubah. dulu dia jenis yg takut or mgkn hormat la dgn superior, tp skrg dia dah makin confident utk berdepan dgn pelbagai karenah baik dr bos or colleague, pertahankan apa yg dia rasa betul. tak de perasaan takut yg tak ketahuan tu....heheheh roza roza....last day roza is on 27.4.2010 ni.




inilah roza yg aku kenali dr dulu sampai skrg. hehehe ni pic masa kat tioman...tetiba tingat yg roza takut2 nak snorkeling... ye lah coz dia tak join ktorg training a day before nya.


ni ktorg wat among us utk farewell dinner for roza. sori bos, actually we all merajuk so that's why le u're not invited hehehe mampus aku kalau ada yg bg tau kat bos ni. pic kat dlm east grill, jln beserah tu gelap je so aku tak leh publish kat u all just makanan aku je korg blh tgk ye. mlm tu aku mkn mix grill yg menunya ialah chicken chop + fish chip with black pepper sos. then aku mkn bread pudding with aiskrim....mmg feveret aku le tu. pas tu balik rmh cam biasalah mkn ubat hahaha coz rasa bersalah mkn bnyk sgt


ok yg ni farewell lunch yg bos aku belanja. bos dah ok tp ada lak sorg colleague aku merajuk aduhaiii. ni ktorg mkn kat new horizon garden restaurant, kat depan berjaya megamall. antara menunya ialah siakap with 3 taste, kerapu masak sweet sour, lemon chicken, chicken with nestum, kerabu mangga, japanese beancurd, black pepper beaf, butter prawn, udang masak apa lak lg 1 ayoo lupa lak, tomyam....tu je kut hehehe
aku rekomen korg dtg mkn kat sini coz kalau ikut tekak aku mmg sedap le tp hehehe tau le tekak korg kang mkn kata tak sedap lak kan. utk mkn ni bos aku dah bg menu siap2 tp sampai kat sana aku pilih set utk mkn 10-12 org dgn harga RM197.00++ with big portion then yg lain tu aku n colleague tambah sket utk medium portion lak


selamat tinggal roza....semoga kat tmpt baru nanti jgn lupakan ktorg dah le esp akak ni....ayooo sob sob sob sedih tau.... roza leave us for her better career enhancement, wish u gud luck. nnt calling2 le ok

Selasa, 20 April 2010

kakak ooooo kakak....

kali ni aku nak citer psl koleksi anak sedara ku, si yasmeen amani ((gambar dia kat sblh ni, kat bwh kotak karpet chatting)). dulu masa dia kecik ktorg panggil dia baby tp bila dah sah yg dia akan dpt adik tak lama lg jd ktorg semua dah panggil dia kakak.

skrg rmh yg aku duk sekali dgn famili adik ku dah sesak giler....ada pertambahan 3 famili baru lak ni. fuhhhh mmg tak tau nak wat cam ner dah.....sesak sgt. dr sebesar2 neneknya sampai sekecik2 cucu semua ada kat rmh ni hehehehe. kalau nak tido pun kakak bwk setengah famili tu sbg peneman tidonya. kat sofa panjang tu pun dah penuh dgn bermcm2 patung kakak. aku tau yg malaikat mmg tak masuk rmh yg penuh dgn patung2 cam tu tp tu kalau utk hiasan kan. ni patung2 semua nya anak sedara aku wat main....di lanyak nye mcm2 lah.

tp kakak yg manja ni dah jd makin cerdik. semua benda dia dah pandai sebut. dia mmg cpt pick up. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii dlm ramai2 bapak sedara n mak sedara yg dia ada....cuma sorg je yg kakak admire. kalau nmpk je remaja lelaki yg ensem2, baik kat tv ke, nmpk kat jalanan ke terus dia ckp....cik ee, cik ee.... adoi minat benar ye kakak kat pakcik ee. wei ee....awak jampi serapah apa kat kakak ni hehehehe.



ni feveret kakak yg paling utama
selain cd citer upin ipin, dia mmg suka mengumpul karektor citer tu
wlpun bkn kakak yg mintak tp sbg mak sedara yg prihatin so aku ada beli gak karektor yg kecik kiri kanan tu masa g jln2 ke ayer hitam dulu


ni famili barney
kakak pun ada cd barney yg pelbagai tu. daddy n mami nye dah tau kesukaan anaknya so abis 1 famili barney ada kat rmh ni. dr sebesar tu yg blh kita tekan ada muzik ((lupa lak cam ner lagunya hehehehe) then sampai le ke seliparnya pun kakak ada. cucu barney yg ketot tu pun duk menyelit gak


ni lak famili sponge bob square pant kakak. tp oleh kerana kakak pelat lg so sebutan utk spongebob dah jd cam ni....ashhhherrrbobbobbob.
ada lenggok tau kalau kakak sebut nama tu, pas tu siap dgn kepala badan nye sekali bergoyang

Selasa, 13 April 2010

jiran aku

choppp....ni bkn rmh aku ok.... ni rmh kat kejiranan tmpt aku bekerja. maklumlah aku kan keje dgn pemaju perumahan, jd bnyk le type rmh kat area ni. berbaloi2 tau beli rmh kat sini coz dkt dgn istana tengku mahkota phg.... errr sian kat tengku mahkota dgn tengku puan coz ada lak yg memandai mengaku jd anak angkat dorg aduhaiiiiii dunia....mcm2 hal kan. siap blh guna nama tuan muda tu masa kat plkn
aku prnh la terbaca kat paper mana ntah psl ada mat saleh n minah saleh komen why msian not greet their neighbour. mat saleh n minah saleh tu ckp msian ni sombong dgn jiran tetangga la, sombong dgn pekerja bawahan la tp welcome sgt dgn mat saleh minah saleh ni. katanya lg, msian ni asal je nmpk yg spesis kulit putih pucat tu ha cpt le kita jd peramah bagai. katanya lg, msian x greet mat2 indon, minah2 indon, bangla yg keje sbg servant tu, keje sbg buruh kasar tu kita layan cam sampah je. well, i've got no komen on that. they can speak everything they want....mcm le dorg bgs sgt kan.
ni aku nak stori mori psl neighbour aku. last time aku kan duk kat tmpt lain, tp since 3rd quarter last year aku dah move out n stay with my sis....suka sgt coz dpt le aku main dgn anak sedara aku yasmeen amani tu. dah bnyk tmpt aku stay n experience dgn attitude jiran2 tetangga ni. ok kita lupakan kisah lalu. ni kisah skrg.... alah bkn baru pun cuma last few months happened.
mcm2 kerenah tau.... dgn lelakinya lain kisah, dgn ppuannye lain kisah, dgn bangsa lain bnyk kisah. ayooo penat otak aku dgn attitude dorg ni. psl aku parking kete yg x de kena mengena dgn dorg pun blh jd isu. ayooo apek... kalau ikut aku ari tu, cam nak wat sesuatu di luar kawalan aku je. tp bila fikir balik, lantak le dia nak kecoh sorg2... bkn aku park kete kat dpn pagar rmh dia pun.
yg full time hse wife pun lain lak citernya. mmg le suka bersidai kat dpn rmh, berkumpul ramai2. kdg2 tingin gak aku nak beramah mesra n join dorg....tp bila fikir balik tak kose lah aku. aku tau dorg selalu pandang2 kat aku ((err cantik menarik ke aku ni...ke takut aku kacau laki dorg.... ish kalau itu lah ada dlm pale dorg, mmg senget le otaknya....wlpun aku single mingle tp aku tak kacau laki korg ok)). bila aku sedar dorg duk pandang tu, so aku pun senyum lah, tp yg aku benci ialah dorg ignore je senyuman manis aku ni. org kata la kan... kalau kita tak mengata org tu, so mst dorg akan balas balik senyuman kita. tp ni tak, bila aku tak pandang eh dorg pandang aku lak. tak pe lah, aku tak kose nak join u all. baik aku baca novel2 aku yg berlambak tu.... kurang sket dosa aku kan.
jiran sblh rmh aku ni 1 hal lg. ari tu aku parking le jap kat dpn rmh adik aku tu.... tp termasuk le sket kat dpn rmh dia. ni spesis bangsa lain. siap ckp...hello, pls remove ur car. mak ai, mengada tul. park kejap tak masuk area dia pun blh ckp cam tu. tp baru ni sedara dia dtg, siap parking btl2 kat dpn rmh adik aku. apa lg aku dgn adik aku pun sound le kuat2 kat dpn rmh....ajuk balik apa dia ckp. hehehe tak lama lps tu, sedara dia pun remove le ketenya. kan....mmg kena ajar cam tu. org dah buat kita, so bls le balik kan ngeh3.
tp kalau nak ikut komen minah n mat saleh tu kan... aku pun tau nak ckp apa. coz kalau cam tu lah jiran tetangga yg kita ada....susah la nak ikut sunah nabi yg kata jiran kita ialah 40 buah rmh.... termasuk yg kat sblh kanan, sblh kiri, depan n blkg. korg fikir apa.... aku ni wat hal sendiri je. pegi balik keje asal tak ganggu dorg sudah. mls nak bercampur kalau dpt jiran2 cam tu. kalau dtg dgn cara baik so aku layan dgn cara baik tp sebaliknya la kan.

Isnin, 12 April 2010

ahli keluarga baru

alhamdulillah.....


syukur kepada maha pencipta kerana dari rasa cinta sesama insan yang mengikut sunah dengan cara yang halal ((teringat lak ayat laksamana sunan untuk sang ratu....sudikah kau menjadi yang halal bagi diri ku.......alamak macam keliru lak.... ayat ni untuk sang ratu ke haryani ek emmm)) maka kedua-dua adik ku telah menambah zuriat mereka dan memberikan cucu baru untuk ibu ku dan anak-anak sedara kepada ku.


adik ke-2 ku hafizah telah selamat melahirkan anak ke-3 nya melalui proses pembedahan pada 2.4.2010 baru-baru ini. seorang bayi lelaki yang comel sungguh, cukup sempurna sifatnya, tetapi bayi tersebut tidak cukup bulan. kalau tak silap aku, kandungan tersebut baru berusia 8 bulan tetapi pembedahan terpaksa dilakukan kerana adik ku telah tumpah darah untuk kali yang ke-3 di rumahnya. tetapi lucu pun ada jugak kalau teringatkan semasa di awal kehamilan adik ku itu, kerana anak sulungnya zahra telah memberontak sakan bila mendapat tahu yang kandungan tersebut ialah lelaki... i don't want baby boy, i want baby girl. jadi, apalah daya adik ku dan suaminya pada waktu itu untuk memujuk kecuali dengan menjanjikan bahawa zahra akan diberikan baby girl untuk adik yang kemudian. hai....macam-macam kan. bayi lelaki ke-3 tersebut telah diberi nama ZAYED. untuk waktu ini, aku tidak berkesempatan lagi untuk menjenguk dan melihat zayed ni. tunggu ye ZAYED....nanti UMI LA pergi ziarah dan bagi hadiah.


kemudian pada 9.4.2010 yang lalu, adik ku yang ke-4 iaitu khairul nizam telah memberikan ku anak sedara yang juga lelaki yang diberi nama KHALISH IRFAN. betapa besarnya bayi adik ku ini, 3.4kg. teringat pulak zaman masa nijam dilahirkan dulu kerana dia pun besar gak, sekitar 4kg. adik ipar ku, aidai terpaksa melalui proses vacuum kerana bayinya tidak mahu keluar....ish betapa ngerinya bila aku dapat tau proses tersebut yang amat menyakitkan. sampaikan adik ku nijam menangis kerana tidak dapat melihat azab seksa yang ditanggung isterinya.

kini, keluarga kami bertambah besar dengan kehadiran orang-orang baru di dalam keluarga. ini bermakna aku sudah mengumpul 5 orang anak saudara yang comel cerdik sekali. alamak....tahun ni duit raya kena lebih la hahahaha

Rabu, 7 April 2010

menyibuk kat pesta buku a/bangsa kl pd 27/3-28/3/10

maaf....kesibukan dan kemalasan telah melanda diri ku, jadi lambat aku nak menceritakan apa yang telah berlaku pada akhir bulan mac yang lalu.


ceritanya begini ye....beberapa minggu sebelum itu, ajk ramlee awang murshid fan club dan beberapa orang ahli yang semuanya mesra alam dengan diketuai oleh farid (zonanvilla) telah merancang untuk mengadakan aktiviti ketika kami berkumpul di pwtc pada tarikh 27-28/3 yang lalu. antaranya ialah mesyuarat tahunan, perasmian novel cinta sufi dan 9 nyawa, sesi lepak la, karaoke la tetapi oleh kerana keterbatasan waktu jadi ada beberapa agenda sahaja yang berjaya dilaksanakan.


peluang untuk berkumpul sesama ahli ramfc di pesta buku kali ini memang aku tidak akan lepaskan. walau jauh perjalanannya, namun aku redah jua perjalanan dengan menginap di 'hotel pak din', pantai dalam (hehehe rumah elle le tu). 2 hari aku berkampung di pwtc bersama-sama geng sekepala, sama minat karya novelis yang sama, minat membaca dan tidak lupa juga aku menghabiskan duit dengan membeli beberapa novel kegemaran ku sebagai stok untuk beberapa bulan mendatang.


pelancaran novel 9 nyawa dan cinta sufi
abg ram dikelilingi oleh 'bodyguard' en norden aka eyman haikal, puan firdaus dan saudara mielong, pengerusi ramfc yang berangan nak jadi sunan hehehehe jangan marah ye


barisan serikandi (ye ke) ramfc bersama abg ram
dari kiri ialah anna aidanna, sayidah sabiah, fiza lawyer ramfc, abg ram, aku, sue onn dan cik pengasas ramfc, elle syeila. hari pertama makan tengahari di garden cafe, the mall


wah mantap gitu hehehehe
aku dan fiza dipilih untuk membaca fragmen novel 9 nyawa. aku tu sebenarnya debaran giler tapi tak tau lah pulak fiza yang nampak rilex je kan


sempat lagi kita orang menyelit untuk bergambar. masa ni sebelum aku naik ke pentas untuk bacaan fragmen. bertudung hitam ialah fyena, di belakang ialah amarul dan akim


hari kedua makan tengahari di secret recipe, the mall. sekali lagi terima kasih ye abg ram kerana sudi belanja kami.
dari kiri: abg web, eina, sayidah sabiah, farid, sue onn, elle, fiza, akim
duduk: fyena, amarul, anna aidanna, aku


suasana di dalam secret recipe. yang baju berbelang itu ialah encik fotographer iaitu raden suchi


lepak time hehehe suasana di luar pintu masuk dewan tun hussein onn, pwtc.
alaf21 diletakkan bersama-sama kumpulan karangkraf. terselit juga di situ ialah edan dan akak sempoi morrok ((alamak betul tak nama ni ye))

kami bergambar kenangan dengan peminat hasil karya abg ram....sori kak, ala lupa lak tanya nama. merasa gak la glemer kan sebab ada orang sudi nak bergambar dengan kami. kanan sekali ialah saudara pilot.

kanak-kanak (kanak-kanak lagi ke hehehe) riang ramfc


lupa lak....sebenarnya dah berbulan aku menahan keinginan untuk membeli buku2 dan novel2 kegemaran kerana semata2 nak menyelit di kesesakan lautan manusia kat pwtc. kalau tidak silap aku, seminggu atau 2 minggu sebelum pesta buku di pwtc, rangkaian kedai buku popular telah mengadakan jualan murah, kalau di kuantan telah diadakan di ruang legar di berjaya megamall....ku tahan je keinginan tu. tapi akhirnya, segala yang ku pendamkan itu dah berbayar dengan beratusan ringgit ku habiskan hehehe berbaloi2.

sahabat ramfc....kenangan bersama korang tidak akan aku lupakan. pertemuan demi pertemuan telah merapatkan ikatan silaturrahim antara kita. pada yang pertama kali bersua muka tu, mungkin ada yang terasa malu tapi pada yang mesra alam tu....selamat berkenalan. mohon maaf andai ada salah silap selama kita berkampung di pwtc tempoh hari. rindunya kat korg semua.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails