Pengikut

Rabu, 27 Mei 2009

anak2 yg mama rindui.........

yujin junior the beast

sunan

mia sara

yujin - ibu

junsang - bapak





inilah rupa anak2 ku....
tp anak2 ku x fotogenik........ mcm mamanya jugak hehehehe
baru 3 hari anak2 ku tiada, terasa sunyi semcm je rmh ni
anak2ku terpaksa diberikan kpd org lain utk dijaga
lately ni aku x blh nak beri full komitmen utk jaga dorg
tp aku x risau kerana org yg menjaga anak2ku mmg baik dan menjaga dgn
penuh kasih sayang iaitu Naib Yg Dipertua Kadi Daerah Pekan
(dulu ustaz ni ialah Imam Besar Masjid Negeri, Kuantan)

insya allah, kalau ada masa mama akan pegi melawat anak2 ye....


tp junsang ada lg di rmh... dia cerdik sbb k lily dah pesan pg ahad tu kata dia dah
x leh duk kat rmh ni lg so apa lg seharian dia menghilangkan diri

Ahad, 24 Mei 2009

aku ke yg cari penyakit...........

Dua tiga hari yang lepas, rumah ku diubahsuai lagi. Kali ini bagi menukar pintu baru. Jadi, selama itulah pekerja yang dipertanggungjawabkan telah 'berkampung' di rumah ku.

Dan petang semalam bila siap sepenuhnya, memang keadaan di depan pintu rumah ku kotor dengan kesan tapak kasut dan habuk. Oleh kerana hari telah lewat petang sangat untuk memanggil Bangla bagi membersihkan rumah, jadi aku dengan segala kudrat yang ada telah menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan tekunnya.

Dan kemuncaknya ialah, malam tadi aku terpaksa tidur awal kerana pinggang ku tidak dapat bertahan untuk duduk lebih lama di atas kerusi. Sakit yang teramat terasa diseluruh perut dan pinggangku ini.

Andai kata (kalau boleh cuba dielakkan) aku 'menyerah' diri kepada doktor mesti sebakul bebelan yang terpaksa aku terima.

Cukuplah bebelan daripada K Lily sahaja yang aku dengar (ma pun tak tau ni.... harap tiada yang memberitahu). Bangun pagi ini pun masih terasa sakit lagi dan yang mampu aku buat ialah makan sup dan ubat sakit urat sahaja.

Emmm akukah yang melawan arus untuk membuat kerja-kerja berat seperti itu kerana kesan pembedahan itu tidak sembuh sepenuhnya dan memang aku sengaja mencari penyakit lain kut.......

Di saat aku menulis ini pun, aku sebenarnya masih lagi terasa kesan kesakitan itu.

Khamis, 21 Mei 2009

hepi bday EE

21.5.1985

Selamat hari ulang tahun kelahiran

buat adikku, Ahmad Syukri aka EE

yang ke 24.

Dalam menjalani kehidupan menuju

kedewasaan ini, harapan semoga dilindungi Allah selalu


Sabtu, 16 Mei 2009

pokok tumbang la pulak



((Baca ala-ala berita kat TV ye))
Satu kejadian hujan dan ribut kuat telah melanda bandar Kuantan pada petang 6/5/09,
yang mana jarang sekali berlaku di bandar ini.
Kejadian ini berlaku ketika penghuni rumah tersebut keluar bekerja dan pada petangnya
beliau terkejut melihat keadaan pagar rumahnya yang hampir roboh itu
(ehem aku la tu wei)
Dalam keadaan kelam kabut itu, beliau sempat menghubungi Kak Lily agar dapat
membuat panggilan kepada pihak majlis perbandaran tetapi malangnya jawapan
yang diterima adalah mereka kekurangan kakitangan kerana sibuk dengan kerja-
kerja untuk membersihkan pokok-pokok tumbang di kawasan bandar
(emmm rumah ku juga di kawasan bandar kan..... pelik)
Apatah lagi ditambah dengan keadaan tuan rumah tersebut hendak bercuti ke
luar negara, maka dibiarkan begitu sahaja sehingga rakan sekerja yang mengambilnya pada
pukul 12 tengah malam pun terkejut dengan keadaan tersebut.
Cuma yang menjadi nasib baik ialah ketika kejadian, kedua-dua kereta tiada di garaj
kerana diguna untuk ke tempat kerja.
Yang menjadi jurucakap di atas ialah jiran tuan rumah.

Ahad, 10 Mei 2009

Bandung oh Bandung........

Di hadapan kedai kek di Husein Sastranegara Airport, Bandung

Terjumpa Dato' Seri Khir Toyo & Datin sewaktu nak balik ke KL

Di 'boarding area' airport

Di salah satu kedai menjual kasut kulit di Cibaduyut

Suasana di Pasar Baru

......yg sebenarnya dragon ball ada 7 biji semuanya (ingat lg dialog citer kartun tu)

di depan Cipedes Apartment


Alhamdulillah.......
Syukur semuanya selamat, perjalanan pergi dan balikku dilindungi oleh Allah swt. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kalau nak diceritakan tentang keletihan, memang aku sangat letih. Bermula daripada 2 minggu lepas kerana mengikuti percutian RHB Bank ke Taman Negara dan minggu lepas pula ronda-ronda ke negara Indonesia iaitu Wilayah Bandung.

Ikutilah coretan perjalanan ku ke Bandung yang turut disertai oleh Kak Lily, Iz, Roza dan Makcik:-

1) Hari pertama 7/5/2009

Bermula dengan menaiki bas Transnasional pada pukul 1 pagi daripada terminal bas di Kuantan, kami meredah perjalanan ke Stesen Bas Pekeliling. Sampai di sana lebih kurang pukul 4.30 pagi, kami terus mendapatkan teksi untuk ke stesen KL Sentral. Oleh kerana awal pagi dan mungkin tiada pihak berkuasa yang menjalankan rondaan, pemandu teksi dengan beraninya menerima penumpang sehingga 5 org dengan 4 orang penumpang di belakang. Kemudian kami menggunakan perkhidmatan bas yang memang disediakan untuk ke LCCT yang memang sedia setiap masa untuk membawa penumpang ke sana.

Sesampainya di LCCT lebih kurang pukul 6 pagi, kami memulakan hari dengan mengerjakan solat subuh sambil memohon keberkatan agar dimudahkan perjalanan kelak. Selepas itu, kami mengambil sarapan di Old Town Kopitiam. Oleh kerana banyak lagi masa sebelum kaunter daftar masuk dibuka, aku sempat meronda di Kedai Bebas Cukai dan sempat juga membeli perfume di situ.

Selepas kaunter daftar masuk dibuka, kami memasuki pula ruang menunggu dan ternyata ramai juga orang Malaysia yang ingin ke Bandung seperti kami dengan berbagai tujuan perjalanan. Perjalanan ke Bandung mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya kami selamat tiba di Husein Sastranegara Airport lebih kurang pukul 12.45 tengahari.

Setibanya di situ, kami disambut oleh Pak Wahyu, yang aku sendiri pun tidak pasti samada beliau adalah pemilik atau pekerja di Cipedes Apartment. Terlupa pula nak beritahu bahawa penginapan kami telah bertukar daripada Setramurni Apartment ke Cipedes kerana tiada bilik kosong di Setramurni. Tetapi Ibu Irma dengan baik hatinya telah menyediakan penginapan 3 bilik yang mana kalau ikutkan kami hanya menempah apartment 2 bilik tetapi yang kami duduki itu hanya dikira dengan kadar sewa untuk 2 bilik sahaja. Kawasan yang kami duduki ini banyak dipenuhi dengan kediaman mewah, tidak seperti yang kami fikirkan.

Selepas berehat untuk beberapa ketika, solat jamak Zohor dan Asar dan menukar jam mengikut waktu Indonesia yang mana mereka lewat 1 jam dari waktu Malaysia; kami menuju ke destinasi pertama iaitu ke Jalan Riau (kalau tidak silap) yang menjual semua barangan daripada Factory Outlet. Sebelum itu, kita kena makan dulu kan..... jeng jeng jeng ini pengalaman pertama ku makan makanan Sunda tetapi kena minta maaf dulu kepada sesiapa keturunan Sunda yang sempat menjengah blog ini....... kami dikejutkan dengan hidangan ayam kampung berserta kepalanya! Semua terpaku menatap hidangan itu yang rupanya adalah 'signature dish' orang Sunda (kembang tekak seketika). Ada yang hanya menjamah sedikit sahaja dan selebihnya makan benda lain iaitu tauhu, sambal, apa lagi nama lauk pun aku dah lupa. Tetapi yang paling best ialah air cendolnya.

Di Factory Outlet, tidak banyak barangan yang menarik minat ku untuk dibeli dan selebihnya aku hanya mencuci mata sahaja. Sewaktu berada di sini, aku tersentuh sedikit kerana melihat ramainya pengemis dan pemuzik jalanan, hinggakan seawal umur 4 tahun pun ada yang telah menjadi pengemis. Tersentap seketika.

Kemudian kami menaiki Angkutan Kota (seakan-akan van sekolah kalau di Msia) untuk ke Cihampelas. Di sini ada sedikit barang yang aku beli seperti kerepek dan baju. Yang paling merimaskan di sini ialah ramainya penjual yang mengekori kami sambil cuba menarik perhatian kami....... memang merimaskan. Hujan lebat juga menyukarkan kami untuk menjenguk ke semua kedai di situ.

Oleh kerana kami tidak mahu terkena untuk kali kedua (teringat kepala ayam) maka kami menyuruh pemandu teksi untuk mencari kedai makan untuk kami bawa balik ke apartmen. Terkedu seketika kerana sewaktu hendak memesan makanan seperti bihun goreng, aku telah ditanya samada mahu makanan tersebut dimasak secara masin atau manis! Dalam hati terfikir juga, buatnya kalau aku memesan makanan tersebut nanti ada yang terlebih masin atau manis tetapi pesan juga bihun manis. Sesampainya di apartment, aku terus mencuba makanan tersebut dan sememangnya manis (teringat pula sesetengah makanan di Kelantan yang manis).

Tidak lama selepas kami sampai ke apartment, pekerja di situ telah menghantar hidangan untuk makanan pagi seperti roti, teh peket, kopi peket, jem, planta dan pisang.

2) Hari ke dua

Memulakan hari ke dua dengan sedikit terkejut kerana seawal jam 6 pagi waktu Indonesia, kedengaran bunyi orang menyanyi seperti lagu semangat. Rupanya terdapat sekumpulan pekerja binaan rumah di situ. Aku sempat mengintai ke luar tingkap, hari sudah cerah jika dibandingkan dengan waktu 6 pagi....... kalau di Malaysia waktu kita ialah pukul 7 pagi.

Selepas menikmati makan pagi, kami memulakan hari ke dua ke Pasar Baru, tempat yang disebut-sebut untuk membeli-belah paling digemari (oleh orang perempuan). Seperti yang dijangka, tempat ini memang 'happening or heavenly'....... semua barangan terdapat di situ. Aku apa lagi ambil kesempatan dengan menawar sehabis mungkin walaupun sudah murah jika dibandingkan dengan mata wang kita. Sempat juga aku membeli tudung dengan berbagai corak, rekaan, kain telekung, baju dan sebagainya. Memang seronoklah membeli-belah di sana yang mana bangunan Pasar Baru ini terdiri daripada 8 tingkat dengan setiap tingkat di penuhi berbagai hasil jualan. Ramai juga muka orang-orang Malaysia yang ku temui.

Banyak juga rekaan tudung dan baju seperti yang kita lihat di kaca televisyen dijual di situ. Antara yang menjadi model tudung ialah pelakon wanita sinetron Isteri Untuk Suamiku yang disiarkan di TV3 sedikit masa dahulu. Di sini, kami berpecah kerana ingin membuat pilihan sendiri. Rupanya dalam masa berpecah di mana 3 orang iaitu aku, Roza, Kak Lily sementara Iz dan Makcik 1 kumpulan; telah berpecah selama 2 jam. Puaslah makcik mencari-mencari kami sehingga terduduk ditangga. Setelah beberapa jam menambah koleksi belian, kami naik ke tingkat atau lantai 6 untuk menikmati makan tengahari. Kali ini kami menikmati masakan Padang (tekak kami boleh terima masakan ini kerana terdapat banyak restoren di Malaysia yang menyajikan hidangan ini). Surau boleh didapati di lantai 8. Semua barangan disini juga amat murah dari serendah RM3 untuk tudung, RM10 untuk telekung dengan beg, RM17 untuk beg tanpa jenama, RM25 untuk blause separas lutut siap dengan labuci manik, RM30 untuk maxi. Di Pasar Baru rupa-rupanya tidak banyak gambar yang sempat di ambil oleh lensa kamera masing-masing. Ini kerana dengan tangan yang penuh barang di kiri kanan, tidak sempat pula hendak bergambar di tengah kesesakan membeli-belah.

Selepas 'menghabiskan duit' dan memenuhkan tangan dengan berbagai beg plastik di Pasar Baru, kami menuju pula ke pusat barangan kulit yang terdapat di Cibaduyut. Sekali lagi kami terperanjat kerana sandal kulit boleh diperolehi serendah RM3 ke atas....... apa lagi ada yang borong sakan la. Di sana juga ada menjual kek brownis dan coklat bakar dan kukus.

Dengan badan yang penat dan tangan yang penuh dengan hasil belian, kami menuju pulang ke apartmen. Kami tidak membeli makanan kerana masing-masing terfikir untuk memesan McDonalds sahaja tetapi malangnya tempahan kami tidak sampai. Akhirnya ada yang makan roti sahaja sebagai hidangan makan malam.
Sebelum tidur, kami mengemaskan beg agar tidak terlebih muatan. Barangan seperti makanan, aku bawa naik ke pesawat sahaja.

Sebelum terlupa, kesesakan di Bandung memang teruk. Walaupun ada lampu isyarat dan polis trafik, tetapi tiada siapa yang mengendahkan. Lucunya keadaan ini seakan sinonim dengan penduduk tempatan. Hon selalu dibunyikan tetapi bukan untuk meluahkan rasa marah tetapi sebaliknya untuk memberitahu bahawa ada kenderaan yang berdekatan. Aku dapat bayangkan kalau situasi ini berlaku di Malaysia, tentu ada yang kena sumpah seranah, maki hamun ataupun bermacam tanda isyarat tangan yang keluar. Juga yang paling menakjubkan walaupun kenderaan bertali arus, percaya atau tidak....... tiada kemalangan yang kelihatan di sana. Pelik kan.

3) Hari ke tiga

Oleh kerana ada yang terkilan tidak dapat membeli seperti yang dikehendaki dan duit perlu dihabiskan, kami bersiap seawal mungkin untuk ke Pasar Baru. Tetapi malangnya menurut Pak Wahyu, perkhidmatan beliau hanyalah untuk mengambil dan menghantar kami ke lapangan terbang sahaja dan kata beliau jarak dari lapangan terbang ke Pasar Baru mengambil masa jika tidak 'macet' (kesesakan lalu lintas). Oleh itu kami berpakat untuk terus ke lapangan terbang dan mungkin jika ada tempat untuk menyimpan barang kami akan mengambil teksi untuk ke Pasar Baru lagi. Tetapi malangnya, di sana tiada tempat dikhususkan untuk menyimpan barang. Jadi kata sepakat diambil untuk terus menunggu sahaja sehingga waktu berlepas.

Ramai betul orang-orang Malaysia yang mengambil kesempatan untuk melancong ke Bandung dengan berbagai tujuan samada kumpulan kecil atau kumpulan besar. Antaranya termasuklah bekas MB Selangor iaitu Dato' Seri Khir Toyo dan Datin yang ke sana kalau tidak silap ada perlawanan golf. Setiap seorang antara kami dikenakan cukai imigresen Indonesia sebanyak RM25 atau RP75,000

Sampai di LCCT lebih kurang jam 3.45 petang dan terus menaiki bas ke KL Sentral. Dengan perut yang lapar, kami singgah untuk makan dan solat jamak di KL Sentral. Tekak aku memang rindukan masakan negara ini, jadi macam-macam benda la aku makan.

Terlupa pula nak beritahu yang pegawai imigresen kita memang baik hati. Siap aku kena temuramah lagi macam-macam. Dalam pada itu aku sedikit terkilan juga la kerana dalam sibuk membeli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan, rupa-rupanya barangan sendiri ada juga yang tidak terbeli. Insya allah, lain kali aku teringin hendak ke sana lagi.

Sekian, wassalam


Ahad, 3 Mei 2009

percutian ke taman negara, jerantut, pahang

tu sedara sape tu...... korg jgn x ngaku asal usul lak tau, sian dorg nak buat jejak kasih tu



di pintu masuk ke canopy walkway



di hadapan pondok org asli. sape nak tiru style rambut mcm org kat blkg tu



dlm perjalanan ke lata berkoh


sambil menahan rasa gayat tp sempat lg control


selamat dtg ke woodland resort




Sebelum aku huraikan tajuk di atas, biarlah aku berkongsi rahsia dengan rakan-rakan semua bahawa aku bukanlah orang yang sukakan pengembaraan ke dalam hutan. Ini kerana aku amat takut sekali dengan binatang seperti lintah, pacat, ular, ulat bulu, cacing. Bukan dalam hutan pun kalau terjumpa spesis yang aku sebutkan tadi memang aku menjerit histerialah katakan. Secara jujurnya, sewaktu alam persekolahan dulu sehinggalah sekarang memang aku tidak pernah menyertai mana-mana aktiviti perkhemahan yang memerlukan aku berada di dalam hutan untuk beberapa ketika dan sekejap cuma.

Oleh sebab itu, pada cuti Hari Buruh yang lalu 1/5 sehingga 3/5 ini, aku telah melalui pengalaman yang amat mencabar badan aku sendiri. Sebetulnya kalau ikut jadual kerja ku pada bulan 5 ini aku harus mengambil giliran bekerja pada hari Sabtu 2/5 tetapi panggilan yang diterima pada petang Khamis lalu telah menyebabkan aku terpaksa meminta rakan sekerja untuk mengganti kerja ku. Kak Lily memberitahu bahawa Regional Manager (RM) RHB Bank telah mempelawa dia dan aku untuk menyertai rombongan mereka ke Taman Negara Jerantut (semestinya percutian ini ditanggung sepenuhnya oleh RM RHB, terima kasih Hajjah Fatimah). Aku telah memaklumkan kepada Kak Lily bahawa aku fobia dengan hutan tetapi dia pula malu untuk menolak ajakan tersebut maka kami bersetuju untuk menyertai mereka.

Dengan semangat yang kurang bersedia untuk turut serta kerana memikirkan perasaan takut dan barang-barang untuk bercuti ke Bandung belum disediakan, terpaksa jugalah kami turut serta. Lucunya Jerantut tidak asing bagi ku kerana di sinilah terletak rumah keluarga ku tetapi oleh kerana mengikut rombongan RHB dan sekaligus menumpang kereta RM RHB maka tidak dapatlah aku singgah ke rumah untuk menjenguk orang tua ku. Dan secara jujurnya aku sendiri belum pernah menjejakkan kaki ke Taman Negara, yang akhirnya aku menunjukkan jalan yang salah kepada RM RHB tersebut iaitu laluan untuk mereka yang menaiki bot. Untuk pelancong (kalau boleh dikatakan pelancong pada orang seperti ku hehehe) yang menaiki kereta boleh melalui jalan masuk ke Felda Padang Piol dan terus lagi hingga penamat jalan ke Taman Negara lebih kurang 1 jam.

Kami menginap di Woodland Resort. Setelah menghilangkan penat aku, RM RHB, anaknya dan Kak Lily sempat meninjau keadaan di sekitar jeti Taman Negara...... itu pun kalau boleh dipanggil jeti. Aku katakan begitu kerana hebahan mengenai Taman Negara ini dibuat hingga ke serata pelosok tanahair dan pelancong luar negara turut datang ke situ tetapi kemudahan yang disediakan amat kurang sekali. Baiklah kita tinggalkan perihal kemudahan asas itu, biarlah orang berkenaan yang menjalankan tanggungjawabnya..... tetapi RM RHB akan mengajukan masalah ini kepada Exco Pelancongan Pahang.... bagi kerja sikit hehehe. Rupa-rupanya kakitangan RHB yang menaiki bot belum sampai lagi ke resort....... mereka hanya sampai lebih kurang pukul 6 ptg. Kata salah seorang daripada mereka....... bot yang dinaiki sepatutnya hanya mengambil masa 2 jam tetapi telah mengambil masa 3 jam kerana pemandu bot yang main-main.

Acara pertama pada hari pertama ialah acara Night Walk iaitu di seberang sungai. Kami berjalan kaki dari resort pada pukul 8.30 malam. Lokasi hutan ini terletak di kawasan Mutiara Resort. Kumpulan kami dibantu oleh pemandu pelancong yang aku sendiri lupa namanya. Seperti yang ku jangka, ternampak juga binatang yang aku geli iaitu ular hijau yang bertenggek di dedaunan dan ulat gonggok besar yang merayap di sebatang pokok. Lupa untuk memberitahu bahawa setiap kamera yang dibawa perlu dibayar permit kamera di kaunter Jabatan Hidupan Liar.

Pagi hari ke-2 pula, seawal pagi lagi kami semua mengambil hidangan pagi. Di sini juga kekalutan berlaku kerana makanan yang disediakan oleh pihak resort tidak mencukupi untuk menampung pelancong yang ramai sehingga menyebabkan ramai yang hilang sabar. Sehingga ada pelancong yang terpaksa masuk ke dapur untuk mengambil nasi lemak dan sambal ikan bilis. Semasa aku ke tandas, Kak Lily memberitahu bahawa ada seseorang telah membuat aduan terus kepada pihak pengurusan resort dengan lantang sekali.

Selepas makan, kami semua berkumpul di jeti untuk acara Jungle Tracking dan Canopy Walkway. Sekali lagi aku terjumpa spesis yang menggelikan iaitu pacat yang merayap di kaki anak salah seorang rombongan kami. Acara Jungle Tracking memang memenatkan. Oleh kerana kumpulan kami yang ke-2 sampai, kami terpaksa menunggu giliran untuk pintu rumah pokok dibuka pada pukul 9 pagi. Kalau ikutkan giliran kami yang kedua tetapi entah mengapa pemandu pelancong kami berurusan dengan penjaga rumah pondok tersebut maka kami boleh naik ke Canopy Walkway daripada kumpulan yang terdahulu. Apa lagi yang boleh aku ceritakan kerana aku memang takut dengan suasana tinggi....... gayat tau. Lupa pula berapa kilometer yang harus kami tempuh. Dengan kaki yang sedikit ketar ini, alhamdulillah selamat juga sampai ke penghujung. Sebelum menaiki bot, kami telah diberi plastik untuk menutup beg dari terkena air kerana kata pemandu pelancong kami akan menyertai acara Rapid Shooting. Memang basah tapi seronok dan cuak sedikit kerana terpaksa melalui beberapa jeram. Selepas itu kami menuju pula ke perkampungan orang asli. Mereka moden sedikit kerana berbaju tidak seperti yang kami gambarkan bahkan mereka boleh berbahasa Melayu.

Balik dari sana, kami mengadap makanan tengahari di restoren terapung. Balik semula ke resort untuk solat jamak dan pada pukul 2.30 petang kami bertolak ke Lata Berkoh dan sangkar ikan air tawar (lupa pula nama ikan tu). Sungguh tidak disangka kerana perjalanan menaiki bot amat menenangkan fikiran, damai rasa di hati. Di sini dengan tidak disangka-sangka pacat telah hinggap di kaki ku........ macam biasa aku menjerit tetapi Kak Lily dengan selambanya cuba menarik pacat tersebut sambil menyuruh aku diam. Aduhai mana boleh diam kalau keadaan macam tu kan. Sekali lagi kami terpaksa melalui perjalanan yang sukar untuk ke Lata Berkoh. Di saat ini kaki aku dah mula keras. Duduk sekejap untuk bergambar dan meninjau keadaan, aku mengajak Kak Lily menuju ke bot. Selepas itu kami berhenti untuk mandi di tempat pembiakan ikan.

Acara di sebelah malam ialah makan malam dan sesi karaoke. Aku tidak boleh duduk lama kerana kaki yang semakin sakit ini telah mengajak Kak Lily balik ke bilik.

Hari ke-3 iaitu hari ini kami telah ponteng acara untuk ke Gua Telinga. Difahamkan pelancong terpaksa merangkak di dalam lubang sempit yang dipenuhi kelawar dan sisa buangannye. RM RHB, anaknya, Kak Lily dan aku tidak mahu menambah sakit dengan menghirup udara kotor tersebut dan kami akhirnya sepakat untuk pulang ke Kuantan di sebelah pagi.

Lihatlah gambar-gambar yang sempat di ambil dan selebihnya di facebook aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails