Pengikut

Jumaat, 14 September 2012

our little princess-9 months


yer...jangan tak percaya. pada hal umi sendiri masih tak percaya yang raisha telah wujud ke dunia selama 9 bulan lebih ini. terima kasih pada mu ya allah. terasa cepat je masa berlalu. tahun lepas di dalam perut inilah ku kendong zuriat itu ke hulu ke hilir hingga paling jauh ke chiangmai sana tu.

dengan usia raisha 9 bulan lebih ni, banyak dah perkembangan dia yang dapat umi lihat. gigi bawah gigi atas dah mula tumbuh banyak....apa lagi menggigit je lah kerjanya. semua benda nak digigit. umi dan hubby risau takut gigi dia tak cantik kan....bila tarik je benda yang dia nak gigit adoi menangis sakan tu.

makanan lain pun umi dah mula bagi sikit2. the best part is bila raisha tengok ayah dia balik amboi dia pun nak join abang kakak dia serbu ayah. dengan lajunya merangkak ke pintu. hubby ku yang tak sempat bukak stokin pun terpaksa melayan kerenah dia dulu hehehe satu pemandangan yang paling best umi tengok.

lasak....ooooo dia memang makin lasak. merangkak ke sana sini, umi gak la yang penat mengejarnya. tangan dia pun cepat je nak capai sesuatu. cepat gak le mengutip barang kat lantai untuk dibawa ke mulutnya adoi takut dengan raisha ni.....

kecomelannya juga makin terserlah hahaha sape lagi nak puji anak sendiri kalau bukan uminya kannnnnnn. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails