Pengikut

Sabtu, 29 September 2012

our little princess-sukanya dia

ala kenape raisha tak menangis. cepat la menangis supaya umi terasa sayu hati nak ke ofis.

adoi betul ke tak umi ni eh....ada ke suruh si kecik tu menangis masa hantar dia ke rumah mama. ye lah selalunya umi tengok anak orang lain event my niece and nephew pun kalau time kena tinggal kat rumah baby sitter dorang tu ha confirm nangislah. tapi raisha ni dia boleh tergedik2 sengih lebar hulur tangan kat mama dia. tak pun mama dia pandai layan or ramai kawan kat situ kan.

sesekali nak gak le tengok raisha menangis kena tinggal kannnnnnnnnnnnn hehehe gitu lak.

raisha ooooo raisha

Jumaat, 28 September 2012

our little princess-rindu ayah

umi tak taulah kalau ada sesapa yg bergelar parents yg sanggup untuk meninggalkan anak2 dia di kampung untuk jangka masa lama atau memang dengan tidak berhati perut tinggal terus dengan sesapa kan. atau lagi sadis meninggalkan anak2 yg masih hijau mentah tu di rumah anak2 yatim. ish mintak simpang le kan.

si kecik umi ni aduhaiiiiiiiiiii menitik gak air mata ni bila ayahnya outstation dah beberapa hari dan dia tak lekang dari mulut tu duk tanya ayah....aba...aba...

cakap ayah work pun dia akan tanya lagi berkali2. hehehe tetiba umi teringat iklan burung murai tu ha gitulah umi kena menjawabnya. kesian betul tengok keadaan raisha beberapa hari ni....nampak sangat kerinduan tu. umi pun nak tak nak kena la buat report beberapa kali kat suami ku itu dan akhirnya insya allah petang atau malam ini dia akan sampai ke rumah.



ok sayang....dah jangan rindu2 lagi eh
insya allah nanti ayah balik yeyey
errrr sebenarnya umi awin nina pun rindu gak kat ayah tau

Sabtu, 22 September 2012

our little princess-tengok kaki dia

cantiknya posture anak umi ni....tegak betul cara duduk dia kan. hehehe sapelah yang mengajarnye tu eh. si kecik ni kalau diajar ha memang kusyuk dia tapi tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii lepas tu dia akan menggigit kulit buku atau tepi buku tu adoi yang tu part paling tak tahannya.

 ah bah cah deh blablabla
abcdefg....sambil menyanyi

mak aih kaki bersilang tu...tak jatuh lak tu kan
eeeee geram la tengok kaki raisha ni. umi selalu gigit tau
bila la boleh beli kasut dan tengok dia berlari2 anak

Jumaat, 21 September 2012

our little princess-confuse umi


ini budak kan sudah buat umi banyak confuse la. sekarang dia dah banyak mulut nak cuba bercakap itu ini. kadang2 umi macam terdengar dia menjerit panggil abangggggggggggg kat ayah dia. atau pun dia panggil abang awin dia emmm.

atau pun raisha mengajuk umi panggil hubby ish confuse ni. mulut dah start macam bertih goreng tu. semua benda nak ditegur bercakapnya. macam mana lajunya tangan dia ha cam tu lah lajunya mulut dia.

our little princess-dapat walker

amboiiiiiiiiiiiiiii bestnya sakit2 dapat hadiah dari ayah ye sayang. weekend petang tu lah hubby ajak pergi kedai beli walker hehehe ini ajakan yang entah ke berapa. sebabnya sebelum ni umi melarang keras beli walker ni...ramai komen kata benda alah ni bahaya untuk baby.

sementelah pulak sekarang ni raisha amatlah lasak, kejap berdesup ke sana, kejap berdesup ke sini aduhaiiiiiiiii penat semua orang nak angkat dia suruh duduk diam2. tu belum tambah lagi semua benda dia nak rasa masuk mulut....adoi abis cam ner tak batuk muntahnya kannnnnnnnnn.

 ok duk diam2 posing, umi nak snap pic ni
suka eh dapat walker dari ayah

 manisnya senyuman raisha

amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii pandai umi cari angle, cantik posing tu

Khamis, 20 September 2012

2 beradik sakit

pagi sabtu ke ahad baru ni lupa laks, nina dan raisha batuk muntah. jadinya pukul 1 pagi lebih kurang tu hubby umi bawak ke kuantan medical centre untuk mendapatkan rawatan. takut kan sebab tetiba 2 beradik jadi lembik, padahal makan ok je. 

berangkutlah kami pagi2 buta tu ke klinik. kesian kan tengok budak2 sakit...lembik je. hah sekali pergi klinik ambik dekat 2 ratus gak le bilnya hehehe.

dan hasilnya melarat2 lak sakit mereka, umi pun hari selasa sambung cuti untuk jaga dorang.

ni ubat nina sebekas, ubat raisha sebekas

Sabtu, 15 September 2012

open house or open ofis

hari rabu lepas kami kat ofis ni buat open ofis...dgn makanannya dimasak oleh makcik dari ofis satu lagi. kami ibu2 kat ofis baru ni semua dah tak free nak memasak pagi2 maklum le komitmen pada keluarga kena dahulukan cewahhhhhh ayat. aah la...all lady's are taken. tinggal beberapa guys je yg solo. sebab tu kalau tengok yang taken tu oh mai badan semua kus semangat hehehehe (termasuklah tuan tanah kedaung ni).

ni antara beberapa yg sempat disnap pic nya. layan je lah.

 elelelele nak wat peace kat saya eh zaini. 
joseph menten macho lak

 tq makcik sebab buat air utk kita orang ye
makan kat dalam miting room je

tu antara menu pada hari itu

Jumaat, 14 September 2012

our little princess-9 months


yer...jangan tak percaya. pada hal umi sendiri masih tak percaya yang raisha telah wujud ke dunia selama 9 bulan lebih ini. terima kasih pada mu ya allah. terasa cepat je masa berlalu. tahun lepas di dalam perut inilah ku kendong zuriat itu ke hulu ke hilir hingga paling jauh ke chiangmai sana tu.

dengan usia raisha 9 bulan lebih ni, banyak dah perkembangan dia yang dapat umi lihat. gigi bawah gigi atas dah mula tumbuh banyak....apa lagi menggigit je lah kerjanya. semua benda nak digigit. umi dan hubby risau takut gigi dia tak cantik kan....bila tarik je benda yang dia nak gigit adoi menangis sakan tu.

makanan lain pun umi dah mula bagi sikit2. the best part is bila raisha tengok ayah dia balik amboi dia pun nak join abang kakak dia serbu ayah. dengan lajunya merangkak ke pintu. hubby ku yang tak sempat bukak stokin pun terpaksa melayan kerenah dia dulu hehehe satu pemandangan yang paling best umi tengok.

lasak....ooooo dia memang makin lasak. merangkak ke sana sini, umi gak la yang penat mengejarnya. tangan dia pun cepat je nak capai sesuatu. cepat gak le mengutip barang kat lantai untuk dibawa ke mulutnya adoi takut dengan raisha ni.....

kecomelannya juga makin terserlah hahaha sape lagi nak puji anak sendiri kalau bukan uminya kannnnnnn. 

open house mcpf phg

ooooo nak tau apa tu mcpf eh...tu ialah short form for msia crime prevention foundation aka yayasan pencegahan jenayah msia....faham dah...ok gud



pic nina dengan awin je umi sempat snap. sebabnya macam biasa duk kelek si kecik tu kan. suami ku pergi dulu sebab dia kena duty kan dan dengan hujan lebat kami anak beranak duduk kat rumah dulu. dengan umi layan tidur dengan raisha tu fuhh best dapat tidur time hujan kan.

bila hujan dah reda, hubby suruh pergi kat open house tu....adoi dengan keadaan mamai baru bangun tidur so umi tak sempat nak menelek apa yang dipakai oleh anak2.....end up semua kena leter hehehe.

kat sini gak umi sempat ditegur oleh kawan masa sekolah lower 6 dulu....fuyooo kuat ingatan dia kat umi walaupun dengan keadaan umi yang kembang semangkuk ni hahahaha

Khamis, 13 September 2012

open house jsj ipk phg

recently kan jsj ipk phg buat open house raya ni. kami anak beranak pun turut serta la kan....tak banyak pic yang umi dapat snap sebab sibuk duk pegang si kecik ni ha.

 hubby ku memang tak boleh lari daripada memegang mikrofon hahaha
2 lagu berjaya disumbangkan pada malam itu

 anak2 sila beratur ye...
masa ni ialah pemberian duit raya

alamaks...raisha dah tidur eh....jap jap umi nak snap pic sendiri ni


masa kat sini pun umi berjaya mengkontrol nafsu makan....ambil dan makan seadanya. selebihnya buat2 sibuk jaga anak. eh berjaya lah guna cara tu tau....selamat perut dan mulut ni daripada menjamu selera

konvoi ke ipd raub

a few weeks ago (tak boleh nak share the actual date sebab kemalasan nak update blog gini le gayanya) kami famili daripada ipk phg telah berkonvoi ke raub untuk menghadiri perkahwinan seorang pegawai polis di sana. perjalanan ke raub tu melalui highway pantai timur dan exit bentong. sori ma....kami tak lalu ikut jerantut pun.

hahaha yang sebenarnya famili umi ni berkonvoi dari bentong je, sebab kami bergerak lambat dari orang lain. ye lah dah ada anak kecik ni persiapan nak buat tu macam2 so kena tinggal dengan orang le jawabnya kannnnn.

eh umi suka la perjalanan ke raub ni. sebabnya kiri kanan tu penuh dengan gerai buah2an tempatan....siap ada manggis, nangka madu, durian....wah bestnyaaaaaaaaa. umi suruh hubby stop nak beli buah2an tu kan tapi dia kata hala balik sebabnya kami ni dah left out from the group. ok berita terima ye (sedih).

makanan kat kenduri tu sedap dan pengantinnya pun sweet...pengantin perempuan tu doktor. dan mengikut deria ke berapa ntah dari suami ku, dia meramalkan yang pengantin lelaki iaitu polis tu nanti akan jadi somebody....well wallahualam...tengok la nanti rezeki dia cam ner kan.


lepas je kenduri perut (mereka lah...bukan umi eh bcoz umi dah mula dengan mengamalkan pemakanan sihat...kononnya heheheh) semua berkonvoi nak balik. dan masa on the way tu dapat gak umi suruh hubby stop beli nangka madu 2 peket. lepas tu semua stop nak makan ais krim kow po yang femes amos kat bentong tu. sedappppppppp tau.

 inilah sebahagian famili daripada ipk phg. bersongkok lagi hubby ku itu.
yang berbaju coklat (kut...) itu ialah ketua jsj iaitu sac naran or 
better known as tuan naran

 kak tun...boleh tak tolong pegang raisha kejap sebab saya nak ke toilet
umi sorang je ada anak kecik, yang lain semua berhoney moon

yey inilah ais krim kow po, bentong


semasa kami sedap menikmati ais krim ni tetiba kelibat mantan ketua polis pahang menjengah di kedai itu. apa lagi bangun hormat la ek.... ish umi ni selalu terlupa nak snap pic dengan datuk robiah, pada hal masa tu line clear betul...eeee rugilah. ok cakap pada diri sendiri next time

well...macam biasa...kunjungan ke bentong tak kan pulang dengan kosong sebabnya kami dibekalkan dengan durian bentong yang lemak manis berkrim itu. seriuslah, umi memang cukup suka dengan durian bentong...sekali hadap je wokeh. tengkiu pada hamba allah yang telah belanja kami semua pada hari itu

Sabtu, 1 September 2012

nasi dagang ala illa sempena hari kemerdekaan ke55

tengok le bekas kuah tu bersememeh sekali....sebab tu en hubby selalu bising
hehehe keje sape lagi kalau bukan keje anak2


amboi panjangnya tajuk hehehe saja wat gempak. ari bila ntah hubby diskas kata nak buat open house 1/9 tapinya tak jadi sebab banyak kenduri nak kena attend so i've decided to cook it masa cuti merdeka tu lah. 

actually umi dah masak nasik dagang ni a few times gak le. and learned from previous experience that kuah or gulai ikan tongkol tu akan menjadi lagi sedap bila dibiarkan semalaman iaitu malam ni rebus, lepas tu buat gulainya. esok pagi time nak makan tu panaskan je. so benda2 tu akan mesra orang kata kannnnn.

tapi tapi kannnnnnnnn umi terlupa nak cari daun pisang untuk buat alas mengukus so plan tukar guna rice cooker. dan hasilnya....nasik tak berapa nak menjadi. hehehe tapi ok lah setakat makan anak beranak kan, kalau nak bagi kat orang segan lak.

biasalah umi ni kalau masak apa2 mesti akan dilebihkan andddddddddd hahahah guess what... menu tu lah jadi sarapan n menu tu gak le jadi makan tengahari hehehe. eh ok apa, save bajet kannnn (kedekut tul lah...ala sekali sekala je wat gini)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails