Pengikut

Isnin, 12 Mac 2012

kita berpisah kejap ye


jujurnya mood tengah sedih ni....memang cuti sekolah masa untuk bersama anak2 tapi mereka terpaksa kami tinggalkan di rumah bonda tercinta kerana komitmen pada karier (kononnya hahaha).

babysitter si kecik tu mintak izin nak balik kampung menjenguk ibunya jadi nak tak nak kami terpaksa berpisah kejap dengan anak2. plan asalnya umi nak mohon cuti tapi bila mengadu dengan ma so ma kata dia boleh jaga 3 beradik tu fuhhh selesai satu masalahkan.

abang dan kakak si raisha dah biasa berpisah dengan umi jadi kuranglah sikit sedihnya tapi ini kali pertama umi berpisah dengan raisha...sob3 air mata terlalu murah harganya. balik rumah dengan hubby emmm terbau2 je mereka. menangis lagi. dah la dalam perjalanan jerantut-kuantan pun nangis sedih je. hubby sedapkan hati kata tu mak sendiri yang jaga bukan mak mertua ke orang lain ke....owh ye tak ye gak kan...senyap kejap.

masuk bilik tengok baby court raisha...umi nangis lagi...tersentuhnya naluri bila dah jadi ibu ni kan. sensitif betul.

awin, nina, raisha....jaga diri elok2 ye...dengar cakap nenek, pak cik ali, mak teh, mak su.... nanti insya allah petang jumaat umi dan ayah balik then hari sabtu kita pergi johor bahru pulak (nak nangis ni tapi tahan je malu kat kengkawan)

4 ulasan:

KayKhAlif berkata...

Saya mungkin belum dapat selam sampai tahap tu tapi saya fahamlah lagi-lagi si Raisha. Tapi ni boleh dikatakan pengalaman pertama akaklah. Karang dia dah beso, g asrama, masuk u, jangan maintain gini lak kak. Hehe. Ahad lepas saya selamat pergi dan balik Jengka. Singgah Jerantut gak.

illaieylla berkata...

adoi akak ginilah dik.
org kata sebelum kita jadi ibu bapa memang kita boleh tengok tapi bila diri sendiri dah ada pengalaman gitu dengan tanggungjawab bagai ha perasaan tu nanti tak boleh dikawal tau.
la nape tak calling2...ari ahad pagi tu akak ada kat rumah mak akak lagi tau

KayKhAlif berkata...

G majlis kawen kawan. Tak lama pun. Pukul 4 petang sampai, pukul 7 dah balik. Eh, akak kat Kuantan ke Jerantut?

illaieylla berkata...

owh kejap je
akak dah balik kuantan ni
tapi ari jumaat ni nak balik jerantut then insya allah ari sabtu travel ke jb

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails