sumber: encik google
penat betul bila ketiadaan suami di rumah tau. alah masa bujang dulu penat gak kan hehehe tapi itu lain situasi. penat dulu2 balik rumah boleh terus tidur je tapi ini bila ada komitmen ha ambik nak. mengeluh? memang le tapi bila kita nak pahala so redha je lah. time berbuka puasa semalam dapatlah makan macam mak dara melayu terakhir hehehe tapi bila raisha bangun sebelah tangan pegang dia sebelah tangan pegang garpu. nasib le dapat makan gak.
dulu2 umi selalu tengok adik umi tu buat kerja semua cepat2. dalam hati oooo gitu rupanya kalau ada anak kecik ek. sekarang umi lak yang menghadapi situasi cam tu. nak mandi, nak basuh pinggan etc etc semuanya kena dalam keadaan pantas. dalam masa diet ni pun kengkadang teringin gak nak makan nasik dengan lauk pelbagai yang suami masak kan....ok makan pun kena cepat2. tak de masa dah nak menghayati kesedapan lauk pauk tu unless baby tidur.
tapi si raisha tu kalau waktu siang dia tidur kejap2 je, malam baru dia tidur dengan lenanya. nasib baiklah masa makan tu umi tak tersedak ke apa kan. even nak solat pun kena cepat2...ya allah semoga amalan ku diterima.
bang....cepatlah balik. eh sampai sekarang ni umi tak jumpa lagi calon maid...sape nak kerja cepat apply ye. pastinya calon2 akan ditemuduga macam pesalah sebab..... well u know my hubby kwang3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan