sebelum kawin sebelum ada baby memang selalu umi dengar pasal orang kata kalau ada baby rambut kita akan gugur....terutamanya bila baby start main air liur. masa dengar tu alah benda kecik je, nak risau buat apa. umi pun tak tau apa kaitan ada baby dengan rambut gugur tu.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila diri sendiri yang terkena mak aih takutnya tengok. lately ni raisha dah pandai main air liur, ok suka tengok keletah dia. tapi ya ampun...betullah orang2 duk cakap...rambut gugur dengan banyaknya. umi asyik kena menyapu je lantai yang dipenuhi rambut tu.
guna jari pun rambut boleh gugur apatah lagi bila guna sikat. ha tolong.....ngeri. kang botak emm pengsan suami ku tengok. tadi kat paper metro ada iklankan produk tropica bioherb (macam tau2 je umi duk cari produk untuk mengatasi masalah rambut gugur ni kan). so dah transfer duit and pengedar tu akan poskan ari ni atau esok. harap2 produk tu boleh membantu kan.
memang le umi pakai tudung boleh disorokkan tapi yang penting kita nak bagi suami tengok. walaupun bertudung penampilan kena tip top wokeh....luar dalam gitu hahahaha
2 ulasan:
salam, nak tanye awak..mujarab ke produk tu?..saya nak beli tapi taktau ok ke tak..awak beli kat website mana ek??timekasih
wsalam dan terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.
aah alhamdulillah setakat ni saya pakai mmg nmpk hasilnya. memula pakai tu mmg le rajin ikut peraturan bagai tp dah lama sikit ha dah malas hehehe.
sebenarnya saya pun google so terjumpalah.
Catat Ulasan