Pengikut

Isnin, 17 Disember 2012

sunyi je eh

aah sunyi betul blog ni kan.....

actually umi banyak benda nak story tp adoi lately ni sejak my colleague resigned so semua kerja abandoned. umi kena cover 2 office in a day.....can imagine how hectic i am....

pagi kat ofis A, petang kat ofis B...kulu kilir gitulah eh jadi kulikutif ni.... bukan merungut cuma penat je. orang kata jangan merungut, nanti rezeki lari...buat kerja dengan seikhlas hati. ok yeah...i did it. yes being a lone ranger memang ginilah. memang senang jadi lone ranger kan.

nasib baik suami anak2 famili menjadi penawar segalanya....

kepada mereka...umi maafkan salah silap anda

ok jumpa lagi di lain cerita....ada story tapi tunggulah a right time...c ya

Sabtu, 24 November 2012

our little princess-hepi 1st birthday

nur raisha sayang....

mulut umi ni tak lekang2 dari mengucapkan rasa syukur kepada allah for a special gift given by him to me. kelahiran raisha menutup segala kedukaan umi selama ini. banyak air mata umi tumpah selama menuju kedewasaan yang penuh cabaran ni (haipppp jangan fikir yang bukan2 eh). lepas dipertemukan jodoh dengan ayah raisha tu kan umi selalu berdoa cepatlah umi mendapat zuriat. ppsssttt beberapa bulan terawal tu kan bila period umi datang, raisha tau tak umi menangis sakan....sebabnya umi tak sabar nak memperolehi zuriat sendiri.

bukan anak2 yang lain tidak menggembirakan umi tapi umi teringin merasa bagaimana mengandungkan zuriat sendiri. alhamdulillah doa umi diperkenankan allah dan lahirlah kesayangan umi ke dunia ini melalui pembedahan. sakit tak umi? of course la sakit sayang bila kena bedah tu especially bila part kena cucuk dengan ubat bius yang at the same time umi tengah contraction yang maha dahsyat tu kan.

akhirnya kesabaran umi berbaloi sebab lepas tu umi terdengar tangisan dan raisha diletakkan di atas dada umi (masa tu umi tengah ting tong ubat bius lagi) untuk diberikan air susu yang pertama. alhamdulillah syukur sangat dapat menatap zuriat yang umi kandung selama 9 bulan tu. menitis air mata kegembiraan tau (ish cengeng betul la perempuan ni kan....sedih menangis, gembira pun menangis adoi macam2)

proses pembesaran raisha juga tak banyak karenah, cuma for first few months tu raisha suka tidur lambat kadang2 sampai pukul 2 3 pagi baru nak tidur. yang lain2 ok and sebagai baby tu ada masanya umi kena bawak raisha pergi klinik sebab demam batuk selsema gitulah.

mata ini menyaksikan segala perkembangan raisha...dari tidur terlentang, berpusing kiri kanan 360 darjah, merangkak, mengutip benda masuk mulut cuba nak berjalan jatuh aduhaiiiiiiiiiiiiiiii sweet sangat tau sayang.

ada gak kawan2 yang membuat permintaan suruh menambah lagi bilangan umat iaitu bagi raisha adik lelaki pulak yang kononnya kalau lelaki akan mengikut air muka umi. ala tak pe lah, tak kisah la rupa umi ke rupa ayah ke yang penting kasih sayang tak berkurangan kan.

ok rasanya banyak sangat umi nak cerita pasal raisha ni cukuplah di sambutan kelahiran pertama ni umi ingin melihat raisha membesar cergas aktif, menjadi anak solehah, dihindari daripada sakit yang berpanjangan dsb nya yang baik2 untuk NUR RAISHA aka cahaya pemimpin umi ini. sayanggggggggggggggggg raisha

Khamis, 25 Oktober 2012

company trip to south korea-makan2

suka kan dapat makan hehehe apa lagi sejak dua menjak ni dapat approval dari my love yang beri kebenaran untuk umi makan (elleh hubby takut la umi pasang badan tu kannnnnn...sori bang)

makanan kat korea ni kena pandai carilah. kalau rasa tak sesuai dan was2 jangan le makan

hidangan stimboat pun ada disediakan kimchi gak adoi macam2

hidangan daging. umi dah try kimchi and boleh la

ayam masak kicap gitulah....tengok je n makan suun yang besar gedabak tu

ok gak la benda alah ni

alhamdulillah tourist guide bawak rombongan cik kiah ni ke muslim road (gitu kut) untuk menikmati
dinner kat situ. penat gak berjalan turun naik bukit ni

ni lah restorannya....kalau tak silap kepunyaan orang turki

kat pasaraya di dongdaemon kut

hidangan di nami island

Rabu, 24 Oktober 2012

compan trip to south korea-day 5


yeyyyyyyyyyy akhirnya masa untuk balik ke tanahair tercinta gitu....

hari ke 5 kami dah check-out awal2 gitu dari winners hotel kira2 pukul 4.30am waktu korea. lepas tu pergi breakfast n last shopping kat duty free yang jaraknya dalam 15 minit dari incheon airport tu.

pelik la diorang or mungkin kebiasaan kut yang kimchi tu mesti ada pada setiap meja even breakfast wokeh.....

tengoklah macam2 gaya ofismate umi bila saat nak berpisah dengan mr jin sebelum masuk ke perut kapal terbang tu ha.


review:
1. sila pastikan bila ke tandas bawa botol kosong untuk mengisi air. sebabnya kat dalam tandas tu air hanya digunakan untuk mencuci tangan. dalam tu cuma ada toilet paper n bowl. eiii geli bila ingatkan yang mereka tidak membasuh air kencing....

2. bandaraya seoul memang besar, jalan bertingkat2.

3. pulau (tak tau nama) purposely build for airport area.

4. ada antara orang2 korea yang boleh berbahasa inggeris, indonesia, cina, melayu dengan baik.

5. umi n the geng pergi time winter, sejuk yang hamat. so kalau boleh pakailah long joan (gitu kut ejaannya)

6. rasa selamat je berjalan ke mana2 tanpa perasan ada mata mengekori dengan niat tak baik.

7. pastikan stamina kita berada di tahap yang memuaskan sebabnya orang2 korea suka berjalan. macam umi ni semput sikit le hehehe sebab kurang exercise kan

company trip to south korea-day 4

masuk hari ke4 ni banyak tempat harus dilawati. maklumlah hari ini adalah hari terakhir berada di korea kan. pack semua barang check-out dari coop residence untuk ke last destinasi.

kalau ikut itenerary hari last tu kami dibawa ke gyeongbok palace / blue house / national folk museum / amethyst factory / cosmetic outlets / namdaemon / myeodong dan check-in di winners hotel.

alahai umi suka la time ni sebabnya terjumpa bebudak tadika korea ni. jauh dik oi nak berjalan 
masuk ke dalam tu

view ni kat area depan kediaman presiden korea selatan

ooooo jewel in the palace shooting kat national folk museum eh. rindu la tgk changjin memasak
masakan lama korea tu.

serius je muka pakcik guard national folk museum ni....senyum la sket encik oit...
kan senyum tu sedekah hehehe apesal diorang tinggi sangat eh

well u know me....mesti wajibnya ada muka sendiri ni hahaha

kalau sesapa perasan ha istana kediaman sultan ni banyak orang guna untuk berlakon kan.
istana permaisuri kat tempat lain

perasan tak ni....kalau tak silap masa ni lah maharaja duk usha changjin suruh jadi
gundik dia kan. tapi changjin tolak and jadi tabib istana je

hep hep hep...umi dan rombongan cik kiah bertuah dapat menyaksikan upacara
pertukaran shif guard kat national folk museum....siap istiadat bagai tu

Selasa, 23 Oktober 2012

company trip to south korea-day 3

itenerary hari ke3 ialah ke everland theme park dan dongdaemon. 

everland ni kepunyaan samsung kalau tak silap dan ianya theme park ke 10 terbesar di dunia. adoi memang havoc la hari tu sebabnya selain dari rombongan cik kiah kami ni, ada 16 ribu student ntah dari mana datangnya....penuh (oh umi lupa sape entah yg bagi sumber 16 ribu tu).

malam tu umi sempat shopping serba sedikit baju anak2 dan ole2....suka tauuuuuuuuu

ada show parade kat everland....tengok je lah kan

ni kat pintu masuk everland theme park. dah tunggang langgang pic

cantikkan pokok bunga kat belakang tu tapi jangan tertipu sebab pokok buatan je tu

tetiba umi meluru ke depan untuk bergambar dengan penari show ni

masa naik benda alah ni umi sempat snap roller coaster yg menakutkan....sape berani silalah naik

company trip to south korea-day 2

sesudah check out dari kumho resort, kami pagi2 dah keluar untuk memenuhkan itenerary hari ke2. actually kan perjalanan ni penat gak le sebab kena naik bas je nak ke hulu ke hilir.

hari ke dua ni kami a bit busy sebab banyak tempat yang nak dilawati. memula kita pergi ke mount sorak. sebenarnya umi pun dah lupa samada kami ke mount sorak dulu or ke teddy farm dulu. emm tak kisah le mana dulu asalkan ada pic untuk kenangan kan.

lepas tu malamnya kami dibawa shopping di itaewon. dan check-in di coop residence untuk 2 malam.

tetiba ada patung kat mount sorak ni

pic candid dari joseph...sempat je dia

kat belakang tu lah mount sorak. actually ada sejarahnya yang diceritakan oleh mr jin tapi lupa lak

pintu masuk ke teddy bear farm

posing le apa lagi

ni kat ginseng farm. tu le tokei atau ketua kampung kat situ. memang best dapat merasai petani
menanam ginseng dan ada lak ginseng lelaki dan perempuan.

umi suka pic memakai hanbok iaitu pakaian kebangsaan orang2 korea ni.
walaupun kelakar dengan pakaian lelaki tu tapi ok lah kan dapat merasai pengalaman ni

tetiba muncul lak si putih ni kat ginseng farm. apa lagi kena peluk la dia. manja lak tu

hehehe ok tak. bila lagi nak merasa pakai cam tu

ok ginseng siap....sape nak

company trip to south korea-day 1

 percutian kali ini a bit different n so so je sebabnya ialah i miss my family so much because i left them for 5 days 4 nights...especially my baby raisha tu.

oleh kerana sales team dapat buat banyak jualan so our fund is enough to go for other country yang a bit far from msia la kan. unanimously had chosen south korea for this company trip.

we all bertolak dari kuantan dengan menaiki 2 buah van dari travel agent pada pukul 5.00 petang hari isnin, 15.10.2012. our flight to south korea dengan menaiki air asia-x ialah pada pukul 1.00 dinihari, 16.10.2012 gitu. sebelum travel tu kita orang dah survey sikit2 dengan weather segala macam kat sana tu.

itenerary for day 1 ialah ke nami island (ooooooooooo i like it so much sebab kat situlah shooting the best drama from korea i've ever seen iaitu winter sonata). lepas lunch bergambar bagai nak rak dan rasa sayang nak tinggalkan lokasi yang tetiba umi rasa boleh feel je setiap detik kemesraan jun sang n yoo jin tu...fulamak syahdu.

masa on the way ke hotel kumho resort tu kami dibawa ke daephong port. 

inilah antara ofismate yang turut serta dalam rombongan cik kiah ke south korea ari tu.
ada yang bawak partner, tanggung sendiri tu tau. tengok muka masing2 tu semangat
nak berjalan kan. last year umi berjalan bawak perut n kali ni nor pulak yang berjalan 
dengan baby di dalam 

tu ialah mr jin, our tourist guide yg memang pandai cakap bahasa indonesia.
ok la tu kan...memang ramah n pandai buat joke 

grup foto kat nami island....terasa semangat winter sonata gitu 

umi  suka la pic ni, dgn wife joseph

oooo di sinilah mereka mengayuh basikal melayan perasaan
fulamakkkkkkkkk romantik betul 

sila jangan jeles 

ni semua seafood goreng kat port dorang. umi tak beli pun sebab still full

Isnin, 15 Oktober 2012

our little princess-behave eh

pic masa buka puasa di wadi hadramawt, ampang dulu


raisha.....
umi pergi korea kejap je tau. 5 hari 4 malam. lepas tu insya allah ahad ni kita jumpa ok. raisha duduk elok2 ye dengan nenek, mak teh, pakcik ali tu eh. kalau rasa rindu kat ayah ke umi ke nanti umi suruh mak teh call ayah lepas tu buat loud speaker untuk raisha cakap dengan ayah ye.

walaupun kami tak faham bahasa raisha tapi tak kisah la sebab mendengar raisha bercakap tu merupakan satu hiburan bagi kami. umi lak dah dapat no. handphone korea. ntah le kak elin sayang tu dia keje bahagian marketing dan dia bagi free sekali sewa telephone kat korea. yey nanti umi call sayang tau.

umi janji ini last kita berpisah tau sayang...lepas tu kalau nak pegi trip ke mana2 umi akan pastikan kita semua ada bersama.

umi nangis tau masa nak berpisah dengan sayang. sedih tengok raisha di pangkuan mak teh...dan2 tu gak umi nangis....tak malu dah. balik rumah terasa sangat kekosongannya. dengan umi yang biasanya sibuk duk jaga raisha sambil buat kerja tapi emmm janggal la sayang.

walaupun raisha dijaga nenek, mak teh, pakcik ali sekejap tapi sayang jangan lupa tau yang ayah, umi, abg awin, kak nina selalu teringat raisha. terbau2 je rumah tu dengan bauan raisha....bantal raisha semua umi cium.

i love u sayang

Khamis, 11 Oktober 2012

our little princess-jatuh katil pulak


alahai sori la sayang....
siangnya kan umi cuti sebab kepala ting tong tak cukup tidur jaga raisha yang demam tu kan....penat. so dengan nak menguruskan itu ini, malamnya kan kita tidur sekatil. hehehe kononnya umi nak tidur sekejap la sambil menunggu raisha lena then baru boleh angkat masuk ke dalam cot.

dengan umi yang terpongkang tidur tu (sila jangan membayangkan aksi tidur yang bukan2 eh) dan raisha tidur dengan gaya bebasnya sampaikan umi tak sedar ayah keluar untuk appointment kes apa entah malam tadi, tup tup dalam pukul 2 3 pagi gitulah umi tiba2 terdengar ada benda jatuh...mata automatik terbuka dan jeng3 ternampak raisha dah terduduk kat tepi katil sambil menangis.

olololo siannya anak umi....time tu umi nak ketawa pun ada hahahaha kelakar lak. terpaksa memujuk dia bagi susu biarkan dia main games dari handphone umi dengan aba nya....then tidur....

nasib baik tak de patah riuk lebam ke kan

Selasa, 9 Oktober 2012

our little princess-suka handphone

alalala tomeinya anak umi pakai tudung
actually tu bukan tudung tapi inner neck yang umi beli untuk dipakai
masa jenjalan kat korea nanti hehehe


abis la umi ayah dan semua yang ada handphone. sebabnya si kecik raisha tu dah pandai nak main handphone....semua dia nak touch screen. hahaha handphone yang bukan touch screen pun dia nak buat macam tu tapi mana boleh sayang oiiiii. suka tengok jari telunjuk dia yang kecik tu duk melorek2 kat screen telephone eeeee geram jeeeeeeeeeeee.

bukan handphone umi ayah je yang jadi mangsa tapi handphone abg johan, kak elin even kakak ipar ipar dia kak sabrina tu pun abis kena mainnya. ish bebudak sekarang kan....taunya gadget je. tak macam time umi kecik2 dulu abis semua outdoor games dikerjakan.

sayanggggggggggg nanti jangan exercise tangan jari je tau, tu badan urat2 yang lain pun kena exercise gak. raisha kena keluar tengok dan cuba semua outdoor games ok...tu barulah thrill nak membesar kan

Isnin, 8 Oktober 2012

i love u stupid - melur jelita

i love u stupid 
i love u too, stupido
purrrr....rama2 dalam perut dah mengepak

terasa diri umi jadi diva gak wokeh....terbayang jap cam ner isteri polis ni jadi diva gitu hahaha pengsan

baca dgn mata hati, bukan baca untuk cepat nak habis je eh. kak melur jelita....anda berada dalam kelas anda tersendiri walaupun ini baru hasil tangan yang kedua....eh kalau umi termiss novel lain sila bagai tau eh. tebal gila novel ni dalam 1000 muka surat plus plus.... zaman bujang dulu kala umi boleh habiskan bacaan novel dalam masa sehari je wokeh (jangan lak ada yang kata al-quran tak baca...elleh sarkastik la tu kannnnnnnnn). tapi being mak2 ni adoi la payah betul nak menghabiskan bacaan....tak kisah le janji boleh abiskan bacaan.

bila bab iris dan firman berperang mulut kepedasan mak aih rasa geram jeeeeeeeeeeee. agaknya kalau umi kena ayat pedas tu mau kena pangkah 1000 tahun hehehe.

tapi bila bab mereka suap menyuap tu, bertentangan mata mak aihhhhhhhh so sweetttttttttttttt i like 1000 kali.  dan2 gak time nak cari hubby suruh suapkan umi makan....dah selalu dia suap hahaha baik kan 

umi tak pernah ke kemboja tapi seakan2 jiwa di bawa menjelajah ke ceruk kemboja oleh kak mj. terasa jiwa kemanusiaan tu mengalir nak jadi sukarelawan gak.

iris tu walau sediva mana pun (sama la dengan kita2 ni kan).... mesti mengalir air mata gak le bila kematian berlaku di depan mata dan automatik akan berubah 360 darjah gitu kan. 

lagi satu cam best je melukis guna bibir. chop....umi tidak akan sekali2 (kalau beli la) menggunakan lipstik dior itu untuk melukis....mahal tu tau...guna lipstik estee lauder ni pun dah hati2 takut tangan kecik raisha tu menculik dan melukis kat lantai rumah...abis le.

tapi tapiiiiiiiiiiiiiiii walau pun dengan ketebalan gitu, umi tetap rasa tak puas hati sebab tak tau ending iris dan firman tu....adakah mereka berkahwin happily ever after gitu sebab rasanya ending tu tergantung la. kak mj...sila buat sambungan yang lagi meletops pasal mereka....pleaseeeeeeeeeeee

errr abaikanlah umi debab ini....asalkan dapat bergambar dengan hasil karya
kak mj pun jadilah....teringin nak bergambar dengan tuan tanah tu pulak ha3


errrr betulkan kalau umi salah....rasanya macam kat profil belakang tu terbaca kak mj pernah sekolah kat sek men agama naim lilbanat yang femes amous gitu kannnn...oppss kalau salah sori

pssstt korang...pegi beli sendiri eh kalau nak tau lebih2...kang spoil lak mood orang yang belum baca tu. yeyey kak mj dah termasuk dalam list penulis yang akan dibeli naskhahnya....semoga novel belasahan berikutnya akan meletops lagi....

Selasa, 2 Oktober 2012

its our 2nd wedding anniversary


alhamdulillah....hari ini usia perkahwinan kami mencecah 2 tahun (baru..)
semoga allah merahmati alam rumah tangga kami
nak tau tempat 1st dating kami....ha tu lah jelita cafe
2 tahun lepas kami dating kat sini sebab dekat dengan tempat kerja hubby
dan umi lak masa tu ada kerja luar yang nak dibereskan so 
masing2 breakfast kat situlah

terima kasih sekali lagi dan sampai bila2 atas restu ma dan orang yang menyatukan 
kami, pertolongan adik beradik yang telah menjayakan hari bersejarah kami dulu

speechless....dan i love you all

Sabtu, 29 September 2012

our little princess-sukanya dia

ala kenape raisha tak menangis. cepat la menangis supaya umi terasa sayu hati nak ke ofis.

adoi betul ke tak umi ni eh....ada ke suruh si kecik tu menangis masa hantar dia ke rumah mama. ye lah selalunya umi tengok anak orang lain event my niece and nephew pun kalau time kena tinggal kat rumah baby sitter dorang tu ha confirm nangislah. tapi raisha ni dia boleh tergedik2 sengih lebar hulur tangan kat mama dia. tak pun mama dia pandai layan or ramai kawan kat situ kan.

sesekali nak gak le tengok raisha menangis kena tinggal kannnnnnnnnnnnn hehehe gitu lak.

raisha ooooo raisha

Jumaat, 28 September 2012

our little princess-rindu ayah

umi tak taulah kalau ada sesapa yg bergelar parents yg sanggup untuk meninggalkan anak2 dia di kampung untuk jangka masa lama atau memang dengan tidak berhati perut tinggal terus dengan sesapa kan. atau lagi sadis meninggalkan anak2 yg masih hijau mentah tu di rumah anak2 yatim. ish mintak simpang le kan.

si kecik umi ni aduhaiiiiiiiiiii menitik gak air mata ni bila ayahnya outstation dah beberapa hari dan dia tak lekang dari mulut tu duk tanya ayah....aba...aba...

cakap ayah work pun dia akan tanya lagi berkali2. hehehe tetiba umi teringat iklan burung murai tu ha gitulah umi kena menjawabnya. kesian betul tengok keadaan raisha beberapa hari ni....nampak sangat kerinduan tu. umi pun nak tak nak kena la buat report beberapa kali kat suami ku itu dan akhirnya insya allah petang atau malam ini dia akan sampai ke rumah.



ok sayang....dah jangan rindu2 lagi eh
insya allah nanti ayah balik yeyey
errrr sebenarnya umi awin nina pun rindu gak kat ayah tau

Sabtu, 22 September 2012

our little princess-tengok kaki dia

cantiknya posture anak umi ni....tegak betul cara duduk dia kan. hehehe sapelah yang mengajarnye tu eh. si kecik ni kalau diajar ha memang kusyuk dia tapi tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii lepas tu dia akan menggigit kulit buku atau tepi buku tu adoi yang tu part paling tak tahannya.

 ah bah cah deh blablabla
abcdefg....sambil menyanyi

mak aih kaki bersilang tu...tak jatuh lak tu kan
eeeee geram la tengok kaki raisha ni. umi selalu gigit tau
bila la boleh beli kasut dan tengok dia berlari2 anak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails