Pengikut

Khamis, 11 Oktober 2012

our little princess-jatuh katil pulak


alahai sori la sayang....
siangnya kan umi cuti sebab kepala ting tong tak cukup tidur jaga raisha yang demam tu kan....penat. so dengan nak menguruskan itu ini, malamnya kan kita tidur sekatil. hehehe kononnya umi nak tidur sekejap la sambil menunggu raisha lena then baru boleh angkat masuk ke dalam cot.

dengan umi yang terpongkang tidur tu (sila jangan membayangkan aksi tidur yang bukan2 eh) dan raisha tidur dengan gaya bebasnya sampaikan umi tak sedar ayah keluar untuk appointment kes apa entah malam tadi, tup tup dalam pukul 2 3 pagi gitulah umi tiba2 terdengar ada benda jatuh...mata automatik terbuka dan jeng3 ternampak raisha dah terduduk kat tepi katil sambil menangis.

olololo siannya anak umi....time tu umi nak ketawa pun ada hahahaha kelakar lak. terpaksa memujuk dia bagi susu biarkan dia main games dari handphone umi dengan aba nya....then tidur....

nasib baik tak de patah riuk lebam ke kan

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails