yeyyyyyyyyyy akhirnya masa untuk balik ke tanahair tercinta gitu....
hari ke 5 kami dah check-out awal2 gitu dari winners hotel kira2 pukul 4.30am waktu korea. lepas tu pergi breakfast n last shopping kat duty free yang jaraknya dalam 15 minit dari incheon airport tu.
pelik la diorang or mungkin kebiasaan kut yang kimchi tu mesti ada pada setiap meja even breakfast wokeh.....
tengoklah macam2 gaya ofismate umi bila saat nak berpisah dengan mr jin sebelum masuk ke perut kapal terbang tu ha.
review:
1. sila pastikan bila ke tandas bawa botol kosong untuk mengisi air. sebabnya kat dalam tandas tu air hanya digunakan untuk mencuci tangan. dalam tu cuma ada toilet paper n bowl. eiii geli bila ingatkan yang mereka tidak membasuh air kencing....
2. bandaraya seoul memang besar, jalan bertingkat2.
3. pulau (tak tau nama) purposely build for airport area.
4. ada antara orang2 korea yang boleh berbahasa inggeris, indonesia, cina, melayu dengan baik.
5. umi n the geng pergi time winter, sejuk yang hamat. so kalau boleh pakailah long joan (gitu kut ejaannya)
6. rasa selamat je berjalan ke mana2 tanpa perasan ada mata mengekori dengan niat tak baik.
7. pastikan stamina kita berada di tahap yang memuaskan sebabnya orang2 korea suka berjalan. macam umi ni semput sikit le hehehe sebab kurang exercise kan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan