Pengikut

Sabtu, 24 November 2012

our little princess-hepi 1st birthday

nur raisha sayang....

mulut umi ni tak lekang2 dari mengucapkan rasa syukur kepada allah for a special gift given by him to me. kelahiran raisha menutup segala kedukaan umi selama ini. banyak air mata umi tumpah selama menuju kedewasaan yang penuh cabaran ni (haipppp jangan fikir yang bukan2 eh). lepas dipertemukan jodoh dengan ayah raisha tu kan umi selalu berdoa cepatlah umi mendapat zuriat. ppsssttt beberapa bulan terawal tu kan bila period umi datang, raisha tau tak umi menangis sakan....sebabnya umi tak sabar nak memperolehi zuriat sendiri.

bukan anak2 yang lain tidak menggembirakan umi tapi umi teringin merasa bagaimana mengandungkan zuriat sendiri. alhamdulillah doa umi diperkenankan allah dan lahirlah kesayangan umi ke dunia ini melalui pembedahan. sakit tak umi? of course la sakit sayang bila kena bedah tu especially bila part kena cucuk dengan ubat bius yang at the same time umi tengah contraction yang maha dahsyat tu kan.

akhirnya kesabaran umi berbaloi sebab lepas tu umi terdengar tangisan dan raisha diletakkan di atas dada umi (masa tu umi tengah ting tong ubat bius lagi) untuk diberikan air susu yang pertama. alhamdulillah syukur sangat dapat menatap zuriat yang umi kandung selama 9 bulan tu. menitis air mata kegembiraan tau (ish cengeng betul la perempuan ni kan....sedih menangis, gembira pun menangis adoi macam2)

proses pembesaran raisha juga tak banyak karenah, cuma for first few months tu raisha suka tidur lambat kadang2 sampai pukul 2 3 pagi baru nak tidur. yang lain2 ok and sebagai baby tu ada masanya umi kena bawak raisha pergi klinik sebab demam batuk selsema gitulah.

mata ini menyaksikan segala perkembangan raisha...dari tidur terlentang, berpusing kiri kanan 360 darjah, merangkak, mengutip benda masuk mulut cuba nak berjalan jatuh aduhaiiiiiiiiiiiiiiii sweet sangat tau sayang.

ada gak kawan2 yang membuat permintaan suruh menambah lagi bilangan umat iaitu bagi raisha adik lelaki pulak yang kononnya kalau lelaki akan mengikut air muka umi. ala tak pe lah, tak kisah la rupa umi ke rupa ayah ke yang penting kasih sayang tak berkurangan kan.

ok rasanya banyak sangat umi nak cerita pasal raisha ni cukuplah di sambutan kelahiran pertama ni umi ingin melihat raisha membesar cergas aktif, menjadi anak solehah, dihindari daripada sakit yang berpanjangan dsb nya yang baik2 untuk NUR RAISHA aka cahaya pemimpin umi ini. sayanggggggggggggggggg raisha

3 ulasan:

Deena Yahya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Deena Yahya berkata...

salam, comelnya

illaieylla berkata...

wsalam deena...

wsalam...alahai tengkiu ckp anak umi comel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails