Pengikut

Isnin, 10 Oktober 2011

kemalasan melanda

adoi....ni memang malas tahap apa dah. banyak hal yang sepatutnya boleh dikongsi kat sini tapi tu lah semangat menulis dah terbang.

nak cerita pasal majlis pertunangan johan (anak sulung kami) dengan sabrina pun terbantut. ni semua gara2 tak 'charge' bateri kamera sebelum ke kuala terengganu masa cuti hari malaysia baru2 ni. suruh orang snap gambar guna encik samsung galaxy s ku adoi abis blur gambar jadinya. aku sorang je kut yang pandai guna hahaha. mesti korang dapat bayangkan bila mak buyung ni berjalan jauh kan....sakit sana sakit sini. tu belum sakit yang aku cari sendiri. asal suami ku berhenti ke tandas kat mana2 stesen minyak ha turunlah kami anak beranak mencari makanan. nak kena malang ari tu (degil tak dengar cakap suami) siap makan colek mempelam lagi dalam kereta.

hah apa lagi bila dah 'derhaka' dengan suami kannnnnnnn..... cerah perut le dibuatnya malam tu. tak dapat aku tengok sabrina disarungkan cincin pertunangan. apa ke taknya sebab umi dia ni duk berulang ke tandas je hehehe. ampun bang....lain kali i dengar cakap abang eh (baru nak mengaku silap)

lepas tu sebelum penghujung ramadhan yang lalu aku dibawa encik suami ke majlis beraya jabatannya. ni pun mood dah terbang nak bergambar itu ini. tapi bab makan ke main laju hahaha. nasib baik bawak adik ku si nana yang jadi tukang mengambil gambar.

eh fb aku dah boleh guna la...dah bebas dari virus tu yeyey. nanti kalau rajin aku upload la apa2 ek. maklum le sekarang ni mak buyung ni berat sesangat dah. nak berjalan ke hulu ke hilir pun ya ampun cepat je mengah ke hapa. malas nak buat itu ini. tapi bila bab tidur ha aku yang juara...sampaikan encik suami pelik dengan sikap ku (alah macam le dia tak pernah ada pengalaman sebelum ni kan kwang3) berangin je kejenya. encik suami dah 2 kali bagi cadangan untuk kebaikan bersama (apa tu hehehe) tapi nantilah aku pertimbangkan. sayang pulak rasanya nak meninggalkan alam itu. kalau keadaan memaksa makanya aku perlu mengucapkan selamat tinggal hehehe.

wah tinggal sebulan lebih je lagi (insya allah) anak ku nak menjengah dunia ni. aku tak sabar nak menatap cahaya mata ku ini. si nina saban hari tanya baby buat apa kat dalam tu umi. tak pun aku lak yang rajin duk tayang perut (tak senonohnya umi) kat dorang suruh tengok pergerakan baby hahahaha. encik suami lak duk berteka teki baby ku ikut muka siapa kwang3. apa2 je lah bang....janji apa yang allah ciptakan sihat sempurna fizikal mentalnya kan.

oh tidakkkkk. tadi aku terbaca kat harian metro (nauzubillah) pasal kemungkinan perempuan yang berusia mengandung senang dapat anak down sindrome. walaupun aku kata tak kisah tapi ye lah kita ni hamba yang merancang dan mana boleh melawan takdir allah kan.....kalau dah dibagi macam tu makanya redha je lah. eh kejap kejap. ma dulu pun masa melahirkan adik bongsu ku si farah tu pun dah 40an hehehe tak de masalah pun....alhamdulillah. makanya berdoa je lah agar semua selamat kan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails