Pengikut

Isnin, 31 Oktober 2011

masuk hospital lagi...







adoi senang cakap ni sebab pompuan tu lah yang aku masuk wad lagi ni. stress kerja tak habis2. kalau tak mengandung tak pe tapi dengan keadaan aku yang macam ni emmm semua tu memang menyakitkan hati le.

bila dah stress jadinya keluarlah tanda2 macam nak bersalin tapi sebenarnya aku ni belum sampai masanya lagi. tanya adik2 tanya orang sekeliling yang telah menasihatkan aku supaya merujuk ke doktor. ha bila dah pergi jumpa doktor makanya kena tahan le 2 hari kat wad htaa tu. seronok lak dorang duk diagnos aku hahaha malu sebab ramai pakar sakit puan ialah doktor lelaki.

terima kasih kepada geng JSJ IPK yang sudi datang melawat iaitu tuan jo dan kak tun, raja maznah, zunita dan kak mek (maaf lupa pangkat)....dorang siap bawakan fruit basket lagi hehehe walaupun hiasan tu dilapisi penuh dengan bunga tapi buah juga penuh dan juga goreng pisang, karipap. nyum3...seronok dapat makan.

balik dari hospital perkara pertama yang aku minta dari suami tersayang ialah nak minum aisssssssssss heheheh teruk peel orang mengandung ni....asyik nak minuman sejuk je. nasib baik suami ku rajin melayan kehendak isterinya ni.

Rabu, 19 Oktober 2011

persiapan di saat2 terakhir

alhamdulillah....
saat genting bakal tiba tidak lama lagi. persiapan? owh yang tu semua dah siap cuma besen mandi baby je belum dibeli. malas pulak rasanya nak ke kedai, jadi nantilah suruh suami ku pergi beli.

masuk kali ni dah 2 kali aku pergi scan untuk melihat perkembangan baby ku ini. yang tu tak termasuk yang doktor scan masa aku masuk hospital lepas balik dari chiangmai dulu. alhamdulillah doktor cakap baby girl aku sihat. tapi yang kelakarnya doktor cakap nampak perut macam besar tapi baby kecik je sekitar 2.2kg hehehehe. tak pe lah doktor.....besar ke kecik je yang penting baby ku cukup sifat sempurna segalanya.

pergerakan baby ku juga semakin lincah. ye lah mana tak lincahnya....sepanjang masa dia asyik menendang je perut ni. kalau tengok dari gambar di atas tu memang tak hairanlah sebabnya kaki dia dah berada di atas. sekejap2 aku tengok perut ni beralun, bergerak macam ombak. hah kalau paling teruk adoi sakit habis....jadi herot perut ku hehehe.

tapi aku mengaku la dengan pembaca yang sudi singgah di sini....bila tiba tempoh terakhir kehamilan ini macam2 perasaan yang aku ada. takut kang terrrrrrrrrrrmeninggal masa bersalin ke (ya allah panjangkanlah umur ku), macam mana keadaan masa di dalam bilik bersalin nanti, dapat ke aku bersalin secara normal atau kena bedah...fuhhhh takutnya.

ma pulak dah bagi aku air selusuh dan minyak kelapa untuk disapu kat perut nanti. hehehe pantas ye nenek...tak sabar nak tengok cucu terbaru ek.

suami ku pulak dah cakap nanti bersalin dan berpantang di kuantan je. alahai manja lak dia tak boleh berpisah kwang3. nama baby? ha biarlah dia lahir dulu baru kita buat pengumuman ye.

aku pulak akan bercuti awal pada bulan november depan. penat la dengan perut besar ni nak ke hulu ke hilir hehehe tidur jugak yang best kan. walaupun tarikh dijangka bersalin ialah akhir bulan november tapi aku nak rehat dululah. hahaha aku dah pesan dekat rakan sekerja...see u next year ek.

Rabu, 12 Oktober 2011

debaran...

setahun dulu (pada 2.10.2010) masa ni aku berdebar untuk dinikahkan dengan encik suami. eh jap nak mengaku dengan korang. apesal aku tak menangis masa tu ek. padahal aku tengok adik2 aku semua pakat menangis. jangan cakap aku tak sedih lak nak meninggalkan alam solo ku tapi entahlah kenapa air mata tak menitik kwang3.

dan sekarang selepas setahun berlalu aku kini dalam debaran menunggu cahaya mata baru di dalam keluarga ni. penat oi bawak perut ke hulu ke hilir ni hehehe tapi pengalaman kan. merasa gak aku melalui semua ni.

iklan jap. aku pun tak tahu agaknya memang masa tu allah dah tentukan aku akan mengandung ke apa tapi mungkin jugak kebetulan sebab masa yang sama aku pergi berurut dengan seorang filifino yang adik aku kenalkan. lepas tulah aku disahkan mengandung. maklumlah dengan umur macam ni, hormon mungkin slow dah hahaha jadi kenalah buat sesuatukan. sekali je tau aku pergi berurut tu ha lepas tu terus lekat dengan izin allah. ok kepada sesiapa yang merasa nak mengandung tu silalah email kat aku, supaya nanti aku boleh kenalkan dengan filifino yang pandai berurut tu.

****ada kawan sekolah dulu mintak nak tengok gambar terbaru aku alamak segan la pulak. tengok keadaan aku masa raya dulu mak aih kus semangat hehehe.

****jalan2 kat ecm ari tu encik suami siap tunjukkan suruh beli blouse sama kaler dengan dia tapi dia cakap biar aku kurus dulu (yey agaknya dia pun dah tak sanggup melihat 'kebesaran' ku hahaha). aku pun bila tengok tv amboi jeles dengan orang yang pakai jeans bagai tu. cepatlah baby keluar....umi nak melaram (melaram la sangat) cam dulu kala.

Isnin, 10 Oktober 2011

kemalasan melanda

adoi....ni memang malas tahap apa dah. banyak hal yang sepatutnya boleh dikongsi kat sini tapi tu lah semangat menulis dah terbang.

nak cerita pasal majlis pertunangan johan (anak sulung kami) dengan sabrina pun terbantut. ni semua gara2 tak 'charge' bateri kamera sebelum ke kuala terengganu masa cuti hari malaysia baru2 ni. suruh orang snap gambar guna encik samsung galaxy s ku adoi abis blur gambar jadinya. aku sorang je kut yang pandai guna hahaha. mesti korang dapat bayangkan bila mak buyung ni berjalan jauh kan....sakit sana sakit sini. tu belum sakit yang aku cari sendiri. asal suami ku berhenti ke tandas kat mana2 stesen minyak ha turunlah kami anak beranak mencari makanan. nak kena malang ari tu (degil tak dengar cakap suami) siap makan colek mempelam lagi dalam kereta.

hah apa lagi bila dah 'derhaka' dengan suami kannnnnnnn..... cerah perut le dibuatnya malam tu. tak dapat aku tengok sabrina disarungkan cincin pertunangan. apa ke taknya sebab umi dia ni duk berulang ke tandas je hehehe. ampun bang....lain kali i dengar cakap abang eh (baru nak mengaku silap)

lepas tu sebelum penghujung ramadhan yang lalu aku dibawa encik suami ke majlis beraya jabatannya. ni pun mood dah terbang nak bergambar itu ini. tapi bab makan ke main laju hahaha. nasib baik bawak adik ku si nana yang jadi tukang mengambil gambar.

eh fb aku dah boleh guna la...dah bebas dari virus tu yeyey. nanti kalau rajin aku upload la apa2 ek. maklum le sekarang ni mak buyung ni berat sesangat dah. nak berjalan ke hulu ke hilir pun ya ampun cepat je mengah ke hapa. malas nak buat itu ini. tapi bila bab tidur ha aku yang juara...sampaikan encik suami pelik dengan sikap ku (alah macam le dia tak pernah ada pengalaman sebelum ni kan kwang3) berangin je kejenya. encik suami dah 2 kali bagi cadangan untuk kebaikan bersama (apa tu hehehe) tapi nantilah aku pertimbangkan. sayang pulak rasanya nak meninggalkan alam itu. kalau keadaan memaksa makanya aku perlu mengucapkan selamat tinggal hehehe.

wah tinggal sebulan lebih je lagi (insya allah) anak ku nak menjengah dunia ni. aku tak sabar nak menatap cahaya mata ku ini. si nina saban hari tanya baby buat apa kat dalam tu umi. tak pun aku lak yang rajin duk tayang perut (tak senonohnya umi) kat dorang suruh tengok pergerakan baby hahahaha. encik suami lak duk berteka teki baby ku ikut muka siapa kwang3. apa2 je lah bang....janji apa yang allah ciptakan sihat sempurna fizikal mentalnya kan.

oh tidakkkkk. tadi aku terbaca kat harian metro (nauzubillah) pasal kemungkinan perempuan yang berusia mengandung senang dapat anak down sindrome. walaupun aku kata tak kisah tapi ye lah kita ni hamba yang merancang dan mana boleh melawan takdir allah kan.....kalau dah dibagi macam tu makanya redha je lah. eh kejap kejap. ma dulu pun masa melahirkan adik bongsu ku si farah tu pun dah 40an hehehe tak de masalah pun....alhamdulillah. makanya berdoa je lah agar semua selamat kan.

Ahad, 2 Oktober 2011

it's my 1st weddding anniversary


alhamdulillah......
dah setahun rupa2nya aku menjalani kehidupan sebagai seorang isteri kepada suami tercinta. rasa macam baru sekejap je 2.10.2010 yang lalu menjadi saksi ikatan itu.

tiada apa yang ku pinta selain daripada perhubungan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa....amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails