Yey....kali ni aku nak kongsi sikit petua dengan korang. Semoga ianya boleh dipraktikkan bersama. Ye lah...kan ramai yang dah menginjak ke usia 30-an ni. Sumber ni aku dapat daripada Harian Metro.
1. Kawal pemakanan. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
(memang aku sekarang sedang mengawal pemakanan hehehe)
2. Guna pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 3o-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing2. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
(rasanya betul dah kut apa yang aku guna selama hari ni kan)
3. Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
(betul tu....sebab tu lah aku jarang keluar kalau matahari tegak kat kepala kecuali ada hal yang tidak dapat dielakkan...itu pun bawak payung tau)
4. Sentiasa bersenam. Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang2nya 3 kali seminggu.
(jommmmm kita bersenam ramai.... memang inilah rutin yang aku buat bila dah masuk tahun baru ni...azam barulah katakan)
5. Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan pengyingkiran toksin dalam tubuh badan.
(ini memang kesukaan aku....minum air masak banyak2 dan sesekali diselangseli dengan air suam)
6. Makanan tambahan. Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
(yang ni pun aku buat jugak....)
7. Elakkan bermekap tebal. Wanita 30-an seelok2nya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
(oh tidakkkkkkkk..... jangan le mekap over sangat dek non oit....tak sesuai tau)
8. Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang2 tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.
(insya allah.....tapi adakalanya tak boleh nak kawal jugak segala macam masalah ni kan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan