Pengikut

Ahad, 7 Jun 2009

Politik : dari pandangan seorang aku

Maksudnya :

1) Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

2) Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

3) "Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

4) Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

5) Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":

6) Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).

7) Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-orang Yunani, ia adalah aplikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta.

**** Tidak kira apa anutan politik anda, yang baik kita ikut tapi bukan secara membabi buta. Walaubagaimanapun, janganlah kehidupan seharian kita juga dipolitikkan terutama dalam mencari rezeki yang halal....... yang kaki kipas, kaki bodek berusaha untuk naik sambil menindas yang lemah. Tapi ingatlah, hidup ibarat roda..... apa yang berlaku hari ini, pasti dibayar tunai oleh yang berkuasa.

**** Aku bukanlah orang yang biasa berdebat mengenai politik apatah lagi topik berat, tapi aku suka mendengar mereka yang pakar saling berdebat bertukar pandangan.

3 ulasan:

Zonan berkata...

Assalamualaikum

Politik bersih.. Manusia sebenarnyer yang buat politik tercemar...

Utk mereka yg x suka politik sbb politik dah tercemar (cam Zonan la).. Jgn ditinggalkan terus & jgn lupa mengundi sbb masa depan negara kite or masa depan anak2 kita nanti bergantung pada undi kita

1 lagi.. Undi la dgn BIJAK..

P/S: Domo Arigahto Huzaimsu

Abang Long berkata...

Entri kita hampir sama ... alahai, hahahahahaha ...

Razif Radzi berkata...

Baik Profesor Madya Dr. Ila.. betul tu.. kite pon cam zonan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails