Pengikut

Ahad, 28 Jun 2009

pengasas ramfc ke kuantan

yeyey elle, pengasas ramlee awang murshid fan club dah menjejakkan kakinya ke kuantan bersama2 adik beradiknya pd 26/6-28/6. yg lain tu ehem bila lg ek......((maaf la pd yg terkena tu ye hahahaha))

kpd geng ramfc, korg tatapilah gmbr2 yg sempat di snap ((sikit je lah ye.... ni pun baru lps borak dgn farid..... katanya 1st day in the morning esok dia nak tgk entri ni...... mengada tul farid tu hehehe))


ni kat stable cherating coz fiqriat, anak sedara elle nak naik kuda









ni mkn n minum ptg kat gerai nama mok naa, kat tanjung lumpur. mcm biasa ada makanan pantai timur, ada ikan/sotong/udang celup tepung. yg nmpk kepala tu ialah adik elle, bakal pendakwa raya hehehe





last snap b4 elle n adik beradiknye bergerak balik ke kl












so cam ner farid.....dah puas hati. kan akak ckp masing2 sempoi je esp akak ni hahahah.

Khamis, 25 Jun 2009

ahli baru dlm keluarga ku dan aku....makin dewasa rupa2nya

aku x tau nak citer apa kali ni cuma nak perkenalkan rupa adik2 ipar aku yg seramai 3 org itu.

1) yg ni adik ipar pertama ku......zahlan. pertama kali diperkenalkan oleh adik ku, terdetik di dlm hati alamak sebijik rupa datuk nazim (adik datuk najib, suami norjuma tu) heheheh. well, kalau org lain kata x serupa aku x tau la kan. org batu pahat, johor. suami kpd adik ku no. 2 .... hafizah. dpt sepasang anak2 yg comel cerdik iaitu zahra dan ziyad




2) adik ipar no. 2.....yusniwandi. org kuching, sarawak tp dah lama keje kat phg ni. ni suami adik ku yg no. 3....azizah. dpt seorang puteri yg dinamakan yasmeen amani yg comel gebu tu.








3) ha inilah satu2nya adik ipar ppuan ku (buat masa ni lah coz adik ku yg lelaki 2 org lg tu tgh study)......aidai, org dungun. isteri kpd adik ku yg no. 4......khairul nizam.









lupa nak ckp yg ke2 2 adik ipar lelaki tu dulu bekerja di tmpt yg sama ttp zahlan telah berhijrah dan bekerja di cyberjaya. kehidupan ma semakin ceria dgn bertmbhnye menantu dan cucu2 yg menjd penghiburnya...... sesekali bila semua berkumpul rasa terubat rindu masing2.
moral yg aku nak cerita ni ialah............ betapa aku semakin dewasa dgn pertmbhan ahli keluarga ku. sdgkan aku rasa mcm dulu2 je tp x sangka pulak dah ramai aku menyusun adik2 ipar dan anak2 sedara. dan mereka..... mst x sangka dpt kakak ipar yg mcm ni...... tergelak ketawa, blm matang lg, rugged (ye ke? mgkn la kan) emmm mcm2 lg lah kan...... emmm x kisah la korg nak fikir apa, janji kiter semua hepi duk dlm 1 family. dan aku sbg anak sulung dlm keluarga ni, mmg mengalu2kan kedatangan korg.
harapnye korg dptlah menjaga adik2 ku dgn baik sbg mana korg menjaga dan menyayangi diri sendiri sehingga ke akhir hayat.......amin. sayangilah keluarga ku sbg keluarga korg sendiri gak.

Selasa, 23 Jun 2009

Kedatangan Rejab - 24.06.2009

Sama samalah kita ingat mengingati amalan- amalan mulia yang penuh berkat ini……….
BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.

Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."


Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."


Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."


Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"


Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Khamis, 18 Jun 2009

Undi Hijab Sang Pencinta sebagai Novel Paling Popular Pilihan anda!


kpd sesiapa yg menjadi peminat tegar hasil karya penulis tersohor,
ramlee awang murshid.... sila dptkan akhbar berita harian mulai esok
utk mengundi hijab sang pencipta.....
borang undian juga blh didapati di popular book store berhampiran anda

Rabu, 17 Jun 2009

hepi bday adik


18.06.1995
hepi bday utk adik bongsu ku, farah syuhada
yg ke 14.....
semoga dpt kurangkan sket manja2 tu.......
karang x tau yg mana 1 mak sedara dgn anak sedara

zahra, ziyad, baby...... tgk mak su ni..

Khamis, 11 Jun 2009

kuih akok

yeyey akhirnya dpt gak aku mkn kuih yg terkenal di kelantan iaitu akok kedut..... tp org yg buat akok ni x berkedut lg tau hahahah. thanx to ma yg x lupa utk mbelikan makanan feveret anak sulung dia ni hehehe, siap order rm10...
sue..... jemput mkn
kalau ada masa jom ikut akak balik kelate awal bln 8 ni.... kiter mkn akok puas2 sblm pose

Ahad, 7 Jun 2009

Politik : dari pandangan seorang aku

Maksudnya :

1) Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

2) Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.

3) "Politik" mungkin mempunyai maksud pejoratif, terutama sekali apabila digunakan di dalam kerja kerja dalaman sesebuah institusi. Dengan mengatakan sesuatu keputusan dibuat atas dasar politik akan memberi gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi oleh kepentingan runcit daripada objektif atau kebaikan bersama.

4) Politik merupakan satu cara untuk manusia mengkordinasi tindakan seseorang untuk kebaikan bersama (atau kebaikan individu). Apa yang membezakan politik dengan etika dan sosial ialah didalam politik terdapat banyak persoalan berdebat ( debated questions ). Kebanyakan ahli teori berpendapat untuk menjadi politik, sesuatu proses itu perlu menggunakan sedikit kekerasan kerana politik mempunyai hubungan rapat dengan konflik.

5) Memenangi suatu konflik politik bermaksud merampas kuasa dari satu kumpulan atau entiti dan memberikannya kepada kumpulan lain. Ramai akan bersetuju konflik politik boleh dengan mudahnya tumbang menjadi "zero-sum game", dimana tiada yang dipelajari atau diselesaikan, melain menentukan "siapa menang, siapa tewas":

6) Lenin berkata politik ialah siapa yang boleh lakukan apa kepada siapa ( Who could do what to whom ). Manakala, seorang ahli sains politik, Harold Lasswell pula berkata politik adalah siapa yang dapat apa, bila dan bagaimana ( who gets what, when and how ).

7) Perkataan itu sendiri diambil dari perkataan Yunani bagi bandar, "Polis", dengan itu istilah 'Politics'. Gambaran apa itu Politik yang pertama di jumpai dalam Hesoid di mana ia dipetik, "Bagaimana cara terbaik manusia tinggal dalam bandar, dan dengan patuh kepada apa?". (1) Ditulis semula, ia dibaca, "Bagai mana manusia mengatur haluannya?". Bagi orang-orang Yunani, ia adalah aplikasi sebab untuk hidup. Politik adalah aturan masyarakat melalui sebab mencapai matlamat yang sama; seperti harmoni antara kelas masyarakat di Athens di bawah Solon, atau perniagaan dan perdagangan, atau bagi perperangan seperti Masyarakat Doric di Crete dan Sparta.

**** Tidak kira apa anutan politik anda, yang baik kita ikut tapi bukan secara membabi buta. Walaubagaimanapun, janganlah kehidupan seharian kita juga dipolitikkan terutama dalam mencari rezeki yang halal....... yang kaki kipas, kaki bodek berusaha untuk naik sambil menindas yang lemah. Tapi ingatlah, hidup ibarat roda..... apa yang berlaku hari ini, pasti dibayar tunai oleh yang berkuasa.

**** Aku bukanlah orang yang biasa berdebat mengenai politik apatah lagi topik berat, tapi aku suka mendengar mereka yang pakar saling berdebat bertukar pandangan.

Selasa, 2 Jun 2009

hepi bday teh


Hepi bday buat adikku, Nurul Atikah @ Teh
3.6.1992

Sayang teh selalu......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails