Pengikut

Selasa, 16 Disember 2008

Aku dan appendix

Ni sekadar nak bercerita mengenai pengalaman dibedah utk kali pertama................

Rasanya pengalaman dibedah ni lebih azab, lebih menakutkan dr menaiki flying carpet kat Sunway Lagoon. Prnh dulu ktorg bertugas kerana mengiringi anak somebody so aku ambik kesempatan la nak naik flying carpet yg pd mata kasar aku ni x menakutkan mcm roller coaster tu. Tp bila dah naik rupa2nya sampai menangis aku dibuatnya........... mmg takut giler!!!!!!!!!!

Pd 14/12/2008 aku dibawa oleh Kak Lily ke Kuantan Medical Centre dgn tujuan utk mendapatkan rawatan tp akhirnya disahkan oleh doktor yg aku ni perlu dibedah dgn kadar segera utk membuang appendix..............

Sblm pembedahan aku telefon keluarga terutama sekali mama ku utk memberitahu psl ni dan sekaligus meminta ampun maaf......... ye la mana tau kutnya nyawaku diambil terus oleh pencipta tanpa sempat aku memohon ampun dr bonda tercinta kan. So, lbh kurang pukul 6pm pd ptg ahad tu, aku terus dibawa ke operation teater.......... Jeng3 takut giler ni. Doktor pakar bius sempat gak berkenalan dgn aku dan aku sempat la tgk dia cucuk ubat bius kat wayar di lengan ku. Lps tu pakar bius srh nurse tutup mulutku dgn alat bantuan pernafasan then.............. aku nmpk siling bergoyang dan aku x ingat apa2 dah.

Kesan ubat bius tu hilang pukul 12am. Dan aku sempat melihat apa yg terjadi di perut ku. Ada 3 lubang yg ditebuk oleh pakar bedah iaitu di pusat, di tepi dan di bawah perut. Dan menurut doktor 1 wayar telah dimasukkan melalui mulutku, kalau x silap ia dipanggil endoscopik. Masa ni aku teringat balik, mujur la aku sempat minta ampun maaf dr ma, sempat mengucap, sempat berselawat........ emmm x tau la kalau ditakdirkan allah mencabut nyawaku. Tapi syukur pd Allah, yg aku diberi kesempatan lg utk meneruskan hidup. Aku sempat menerima rawatan di Kuantan Medical Center selama 2 hari. Dan hari ini hari Selasa dlm pukul 3 lebih aku telah dibenarkan pulang.

Mujur jugak la sykt tmpt keje ku menyediakan medical insurance utk kemudahan pekerja2nya. So blh la mendapatkan rawatan di hospital swasta. Kalau nak harap masuk GH mmg aku x nak, aku bkn sombong mengada ke apa tp aku geli dgn tahap kebersihan di GH. Dan yg pasti mst kena tgu giliran nak kena operate.

Dan sekarang, aku telah diberi cuti sakit selama 2 minggu dan akan ada rawatan susulan slps ini. Terima kasih kpd bonda tercinta, k lily, adik2, ofismate, sedara mara, kawan2 di alam maya dan semua org yg telah mendoakan kesejahteraan aku.

4 ulasan:

Sabiah berkata...

alhamdulillah dah selamat operate.

semoga cepat sembuh kak illa.

illaieylla berkata...

emmm tq sabiah yg disayangi...

GC berkata...

Salam Illa,
alhamdulillah, semuanya selamat.
get well soon :P

Tanpa Nama berkata...

get well s0on... amiinn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails