Pengikut

Rabu, 30 Oktober 2013

family day jsj

family day jab siasatan jenayah anjuran ipk pahang telah berlangsung pada 27102013 ahad lepas di pantai sepat. semua pegawai dan anggota jsj dari daerah lain pun dijemput sama.

seawal 7.15 pagi ahad yang orang lain tengah sedap tidur tu kami dah berangkut ke lokasi tu. raisha pun tak bangun lagi tapi umi angkat dia masuk ke dalam kereta. sorry sayang, kita wash kiking (raisha sebut untuk kencing) wash face kat sana ye. kami pergi 2 kereta, elin dengan adik2nya sebab takut kang my love balik lambat ha elin kang terlepas bas lak nak balik kl.

alamak cuaca tak berapa elok la. kejap hujan kejap stop tapi event kena diteruskan. semua happy walaupun kebasahan. makanan pun banyak.

umi tak register untuk games tapi bila mc announce je ada games itu ini eh my love panggil suruh join. terpaksalah suruh elin jaga raisha jap. umi and my love join games jalan dengan limau kat dahi tapi yang ni my love ngelat ha malas umi ikut dia.

games lain ialah kaki 3. wah yang ni best sebab kami menang. dapat le hamper. nina pun dapat hamper untuk soalan segera. lagi 2 hamper ialah untuk lucky draw.

tarik jangan tak tarik eh


bbq team


posing jap kat banner


well kami anak beranak ni memang suka menyumbangkan suara. nina dengan tegarnya....
aku yang dulu bukanlah yang sekarang (eh umi memang tak sama dah dulu dan sekarang hahaha gitu boleh)


colouring contest for kids. tengok tu raisha, ada je nak menyibuk


kak lelin n adik bongsunya


yey sayanggggggg raisha


amboi raisha....seronok ye bila umi let you eat anything ari tu


my love ni, dialah committee dialah penyanyi aduhaiiiiiiii


bersama staf jsj dan isteri2 en polis


suka dapat handphone ye raisha


games ni nama apa ye


yes sayang....what is it. umi dont understand

happy hour di taman teruntum

pagi ahad tu kami keluar breakfast....well ini memang rutin untuk merapatkan hubungan kami wahhahaha gitu.

sedap je breakfast dapat sms dari adik umi iaitu kak chik nak join breakfast gak. suami dia on duty hari tu. so tunggu dia datang dengan her kiddos. kak chik tanya ada plan ke so umi cakap tak de tapi bila cerita pasal jumpa prof dr muhaya semalam eh dia pun nak bawak her kiddos ke pantai petang tu. tapi pagi lagi ni so dia plan nak ke taman teruntum.

mintak izin dengan my love so dia malas nak join and let us enjoy ourselves with the kids so lets so. choppp umi dengan adik umi ni memang selalu bercakaran hahaha kejap gaduh kejap baik tapi ye lah adik beradik berapa lama la sangat gaduh pun kan. selagi namanya adik beradik kami akan berbaik semula.

jom kita berjimba di taman teruntum.










Selasa, 29 Oktober 2013

happy hour di teluk chempedak

yey kita mandi manda di teluk chempedak or better known as tc for locals. awin yang selama hari ni duk terperap baring gaya buaya duk main games kat laptop then tersadai duk layan tv je hah kita angkut sekali mandi.

besar lak ombak kali ni. raisha tu kejap nak ke tengah tapi bila ombak datang ha gelabah gak dia. ramai gak la orang yang berkunjung kat tc petang sabtu ni. suka sangat kiddos kalau dibawa ke pantai kan. tapi umi tak boleh let them free sebab takut tengok ombak tu.

entahlah umi yang selama hari ni jarang nak pandang orang kiri kanan tetiba hari tu rajin pulak tertoleh ke kiri ke kanan tengok orang. guess what korang............umi ternampak kelibat insan terkenal ni kat tc. sekali toleh eh betul ke. lepas tu toleh lagi. yes confirm memang dia. tinggalkan raisha kat awin then terus umi pergi menyapa insan terkenal tu.

> assalamualaikum. maaf mengganggu, betul ke ni prof doktor muhaya
* waalaikummusalam. ye saya.
> (freeze jap, salam cium tangan). ya allah betul ke ni prof. wah saya macam tak percayalah. mak saya mesti suka kalau tau saya jumpa prof ni sebab mak saya ada buku prof.
* (prof senyum je) ye ke
> (dah start gaya bizi bodi tu) prof buat apa kat sini
* (kalau tak silap umi dengar la hari tu, bukan apa seronok sangat sampai tak fokus apa prof cakap) saya datang kenduri anak saudara kat sini
> ooooo ye ke, bestnya
* datang dengan siapa
> saya datang dengan anak2 je prof. suami kerja. (tetiba umi ramah lak bercerita) yang 2 orang tu anak segera saya lepas tu yang kecik tu anak saya sendiri. mak dorang meninggal
* ooooo baguslah. jaga elok2 tau, amanah tu, banyak pahala
> terima kasih prof. (lepas tu dengan tak malunya) prof boleh tak saya nak peluk prof sebab saya masih tak percaya yang berada kat depan saya ni ialah prof yang terkenal ni.
* (prof senyum je dan bagi umi peluk dia)

wah lepas tu umi sengih la. eh sebelum tu umi mintak tolong hubby prof snap kan pic kita orang. mana boleh miss, kenangan tu kan.

bila tengok anak2 dah kesejukan umi panggil dorang balik. lepas tu toleh sekali lagi kat prof dr muhaya wah wah dah ramai orang kuantan jumpa beliau.....best tu. umi paling terkesan sebab walaupun jumpa sekejap je tapi prof siap bagi pesanan penaja tu, tq prof.

serius masih percaya dapat jumpa prof dr muhaya kat tc


jom kita posing dulu ye kiddos


dari kejauhan


budak tecik ni tak takut air tau


ha apesal muka cam tu sayang. masuk air dalam telinga eh


bestnya tengok buih2 ombak ni, rasa nak join mandi sama

happy hour di pantai taman gelora

rumah umi dan pantai2 di sekitarnya cuma sepelaung jer tapi ya ampun jarang sangat ke sana.

tapi entah angin apa yang merasuk hehehe petang jumaat tu umi teringin nak bawak kiddos ke pantai taman gelora yang kat sebelah royal golf club tu je. sambil tunggu nina siapkan susu raisha kat atas tu, umi call my love tanya kat mana so dia cakap tengah minum kopi dengan kawan2nya tapi bila umi cakap nak ke pantai oi cepat je dia nak join hahaha. my love nak rendam kaki katanya.

so bertemulah kami kat sana. wah air pasang tu tapi cenonit raisha tu sikit pun tak takut. siap nak mandi lagi tu. tapi my love tak bagi mandi sebab dah petang sangat. umi pun janji dengan 2 beradik tu kita mandi kat teluk chempedak next day ye.

best tau ambik angin pantai petang2 hari tu.







htc retak seribu

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa raishaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
hah kan dah kena jerkah dari umi. rasakan (zalimnya....mak sapelah ni ye....sorry sayang) sape suruh campakkan htc umi dari tingkat 2 rumah kita tu ke bawah.

actually ceritanya macam ni. a few days before kita celebrate hari raya haji tu kan, actual day ialah hari khamis tu umi dah kerja half day sebab my love kata ada ops cantas dekat jerantut selama 3 hari (lamanya umi perap cerita). rabu sebelum tu orang lain pergi dulu hehehe bos biasalah lambat sikit. so umi pun apa lagi operasi gak le mengangkut anak2 balik ke rumah ma.

khamis tu my love sambil duk tunggu awin nina balik sekolah dia call umi. then kejap je lepas my love call si raisha ni mintak handphone nak main games. dah umi memang install games kat handphone tu untuk dia so bagi je lah dia nak main kannnnnnnnnnnnn. tapi ya ampun bila umi semula mintak elok2 dia tak nak bagi tapi dia pergi campak pulak htc tu. huh mana tak terkejutnya. habis hilang segala data yang disimpan kat dalam tu. barang dalam simcard sikit je. tak sampai setahun umi guna htc tu tau.

my love balik siap kutip htc tu kat bawah tp emmm memang tak boleh guna dah. my love pujuk nak beli handphone lain tapi hati tengah panas dengan nak balik rumah ma lagi so no komen je. kita balik rumah ma dulu. dalam kereta umi panas hati lagi, tak layan pun raisha (weh jahatnya umi ni kan).

lupa lak nak snap htc yang hancur tu. beberapa hari duduk kat rumah ma sampai raya haji tu memang jeleslah tengok orang tak tinggal handphone. oiiii zaman gadjet sekarang kan tak kan kita tak pakai handphone. masa tu nak rampas je handphone dari my love uwaaaa sedih.

ok malam lepas raya tu kami gerak balik ke kuantan sebab my love nak kerja rabu tu, umi cuti lagi. then guest what.....my love bagi duit 1k suruh beli handphone baru. yey rabu tu angkut raisha nina kita ke kuantan parade cari handphone baru. bungbangbungbang dapat gak le samsung mega tapi umi top up sket la. ok la kan daripada guna duit sendiri hehehe tq my love.



Jumaat, 4 Oktober 2013

wedding dinner

ok jom kita celebrate our 3rd wedding anniversary ni. kata ofismate, pergilah lunch berdua dengan hubby tapi umi cakap lunch tak de feel la hahaha dinner baru best walaupun tak boleh nak berdua sebab ada anak2. it's ok, dah nama pun jadi emak ni usung je lah anak2 kannnnnnnnn.

we had our dinner kat la casa, jalan teluk sisek. pada orang2 kuantan, cari tempat ni kat tepi royal golf club and before istana sultan pahang tu. sesekali tukar selera ke western wah i likeeeeeeeee







happy 3rd anniversary to us 02102010


alhamdulillah
pejam celik tidur bangun rupanya dah 3 tahun umi menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. kut la ada yang baru terbaca coretan ni, umi kawin pada 02102010 yang lepas.

kali ini umi malas nak citer banyak, jap eh umi copy paste dari fb ni.


October 2 via mobile 

Happy 3rd anniversary to us, 02102010. I'm so thankfully for the arrangement made by our closest family's friend and a blessed from my lovely mum. Yet there's a long way to go and alhamdulillah we managed to go thru all the obstacle and ups and downs in this relationship. I feel love, surrounded by love and love you so much Haris Daud till jannah
 — with Haris Daud.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails