Pengikut

Isnin, 17 Jun 2013

shopping kain pasang di jalan tar, kl

shopping kain pasang? aah betul la. kat mana lagi kalau bukan kat jalan tuanku abdul rahman, kolumpo tu ye.

apesal shopping kat kl, kat kuantan tak de ke? emmm kata suami umi kat jalan tar tu lah baru dapat roh raya, kat tempat lain tak de hokey. so dia tak kisah kalau bersesak2 ke apa.

my souls

tahun ni kita shopping kain pasang awal sikit, ye lah dah nak diberi kepada orang2 terdekat kan. kang lambat2 tailor tak nak ambik dah. pagi sabtu tu kita orang keluar awal ke jalan tar (masa ni awin nina tak de sebab ikut elin balik rumah mak dia. for info., they are divorced long time ago ok, tak de maknanya umi nak bermadu ke apa uweeeekkk) bertiga je dengan suami raisha. parking kereta kat balai polis dang wangi (hehehe ni le privilegenya kannnnnnnn dengan apa yang suami ku ada tu save duit parking) then meredah kesesakan jalan tar.

alahai cinonet ni tunduk lak. raisha hot ye

memula umi pilih kain cotton ye lah sebab umi kan addicted dengan kain cotton ni tapi suami tak puas hati ha tukar lak ikut pilihan dia (ikut je lah sebab dia yang tukar bayar hahahaha). so lepas pilih2 semua tu dapat le 8 pasang kain ela untuk ma, teh, nana, adik, babysitter raisha aka mama dan 2 orang anak daranya dan ustazah mengaji awin nina tu.

ok bang, duk diam2 kat situ eh. dah siap i pilih kasut renoma ni abg datang bayar ye hehehehe

lepas tu masuk sogo untuk menyejukkan diri. ada sale lak time tu. ha umi pun apa lagi, terus le mengetuk en suami hehehe dapat le sepasang kasut renoma. lepas tu sesi mengetuk bersambung lagi kat uniqlo tu. dapat le sehelai blouse and jeans yang sedap dipakai sehelai. then dapat tote bag untuk belian rm200 ke atas.

tengok orang lain berposing depan cermin so apa lagi umi pun try la kannnnnn.
nasib baik umi dah siap shopping kat uniqlo ni, sampai tertidur2 dah raisha eh. ok kejap kita tunggu ayah lak shopping then balik hotel sambung tidur ye

masa kat uniqlo tu raisha dah tidur, so tak lama lepas tu kita orang balik ke hotel berehat jap. malamnya dinner dengan elin johan sekali. masa ni menantu kami tak de sebab dia kena attend course for 6 months.





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails