Pengikut

Rabu, 9 Mei 2012

kesian baby tu


serius....
sejak menjadi ibu yang mempunyai baby kecil ni, hati menjadi semakin sensitif dan peka dengan persekitaran semasa. bukan kata umi melupakan anak2 yang lain eh....oh tidak ye tapi sekarang kita bercakap mengenai seorang baby dibawah lingkungan 1 tahun umurnya.

semasa di alam 'maternity blues' dulu umi dah berduka lara bila terbaca (TER eh) mengenai kisah kalau tak silap kat oversea kut yang baby berumur 2 3 bulan telah dirogol...nauzubillah...habis patah organ dalaman dia. kejammmmmmmmmmmm sangat orang tua perosak cam tu. sambil membaca artikel tu, tengok si kecik raisha umi terus menangis. semoga baby dan anak2 ku yang lain terus dilindungi dan dipelihara keselamatan oleh allah yang maha kuasa.

lepas tu 2 3 minggu lepas ada lagi keluar cerita mengenai baby umur 6 bulan terkena renjatan elektrik. ya allah, dengan baru pandai merangkaknya baby seumur itu akan explore semua benda, tempat, keadaan. tolonglah jangan tinggalkan mereka bersendirian, monitorlah baby anda, baby dibawah jagaan anda supaya dia selamat daripada benda2 gitu.

dan yang terbaru ni memang syahdu habis bila gambar kat atas tu menunjukkan ibu bapa baby berumur 6 bulan meninggal dunia dalam kemalangan di LPT. baby tu pulak tercampak kat tengah highway dengan cedera parah di kepala dan paling tak boleh dibayangkan bila dia menangis keseorangan. nasib baik ada hamba allah yang baik hati sempat membawa ke HTAA. tuhanku...belasnya hati seorang ibu melihat keadaan cam tu.

ya allah...sebak betul umi. bila mengadu dengan suami sempat lagi air mata ni menitis mengenangkan malapetaka yang menimpa baby2 tersebut.

tuhan ku...kau lindungilah anak2 ku daripada kecelakaan itu semua. tak dapat dibayangkan andainya itu terjadi kepada umi dan keluarga...mau gila jadinya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails