umi nak buat pengakuan ni tapi tapi takut je bila besar nanti raisha akan baca dan terus membenci umi. jangan benci umi ye sayang.....berdosa wokeh. raisha baca dan faham apa yang umi tulis ni eh.
raisha kesayangan umi dan keluarga,
sesungguhnya apa yang akan umi coretkan di sini ialah satu penyakit yang ada dikalangan ibu2 yang baru bersalin, hanya mereka yang bernasib baik je yang tidak pernah melaluinya. pergilah raisha tanya kepada sesiapa pun even encik google sekali pun mesti ada jawapan kepada istilah baby blues aka meroyan ni. alamak kat entry dulu umi tulis maternity blues lak....silap la.
macam ni sayang....
umi ni kan baru pertama kali melahirkan anak. memang zero experience bab penjagaan baby ni. masa first 2 weeks tu adoi sori sayang memang waktu tu umi hangin je. raisha lambat tidur la, dengan abang kakak bising la, ayah pergi kerja balik lambat la, sakit berpantang kena operate lagi... emmm tu semua menambah 'kesakitan' umi.
pernah tau sayang....pernah ni umi terniat (ya allah semoga raisha mengampunkan umi ye) nak mencederakan raisha dengan memegang kaki ke atas dan kepala ke bawah kerana abang kakak bergaduh di ruang bawah rumah. umi ni tak boleh menerima keadaan bising yang melampau. sadis kan waktu tu. TERniat je sayang bukan umi buat pun. dulu2 kan sayang...umi ingat meroyan tu ialah dengan perbuatan tapi ada niat pun dipanggil meroyan gak tau.
tapi syukur ya allah sebab adanya bonda tercinta iaitu nenek yang telah perasan agaknya sikap umi tu telah menyuruh umi banyakkan berzikir dari mengingati perkara yang bukan2, nenek layan umi bercakap dan sentiasa menemani umi. kalau nenek tak ada umi pun tak taulah apa yang terjadi nauzubillah.
nur raisha kami ni kalau terlampau mengantuk ha dia boleh abaikan je kebisingan
tahap melampau tu. tapi kalau datang angin kus2 dia bunyi sikit pun adoi terjaga terus.
pic ni masa pergi kenduri kat dewan jb baru2 ni, kenduri anak abang salleh
sayang ku raisha,
sesungguhnya kehadiran raisha telah menceriakan hari umi ayah nenek kakak2 abang2 pakcik makcik sepupu2 semua. umi berbangga dengan zuriat yang umi rasa adalah the special gift from allah. akan umi jaga raisha sebagaimana umi menjaga dan mendidik kakak abang yang lain tu dengan sebaiknya dengan parenting knowledge yang umi ada. andai ada salah silap dalam mendidik tu harap anak2 dapat memaafkan kelemahan umi sebagai manusia biasa ni.