Pengikut

Jumaat, 30 Mac 2012

(entry tertunda) site ofis terbakar....

sumber: harian metro 


....panggil bomba, bomba datang berlumba2 eh silap....heheheh tu je tinggal. bersangka baik ek...mungkin masa tu bebudak site call bomba kebakaran dah marak jadi bomba pun tak leh buat apa dah kan. tu site ofis yang menempatkan COW, kontraktor syarikat umi terbakar last week.

nasib baik sales gallery ni jauh dari dorg so alhamdulillah kitaorang selamat wokeh. segala drawing, office equipment kontraktor dah jadi abu...mujur gak le ada copy kat ofis umi ni.

*** SEBENARNYA ITU BUKAN TAPAK PEMBINAAN KONDO YE EN PRESS...YANG BETUL IALAH TAPAK PEMBINAAN UNTUK 'SERVICE APARTMENT'....

Khamis, 29 Mac 2012

cepat2

sumber: encik google


penat betul bila ketiadaan suami di rumah tau. alah masa bujang dulu penat gak kan hehehe tapi itu lain situasi. penat dulu2 balik rumah boleh terus tidur je tapi ini bila ada komitmen ha ambik nak. mengeluh? memang le tapi bila kita nak pahala so redha je lah. time berbuka puasa semalam dapatlah makan macam mak dara melayu terakhir hehehe tapi bila raisha bangun sebelah tangan pegang dia sebelah tangan pegang garpu. nasib le dapat makan gak.

dulu2 umi selalu tengok adik umi tu buat kerja semua cepat2. dalam hati oooo gitu rupanya kalau ada anak kecik ek. sekarang umi lak yang menghadapi situasi cam tu. nak mandi, nak basuh pinggan etc etc semuanya kena dalam keadaan pantas. dalam masa diet ni pun kengkadang teringin gak nak makan nasik dengan lauk pelbagai yang suami masak kan....ok makan pun kena cepat2. tak de masa dah nak menghayati kesedapan lauk pauk tu unless baby tidur. 

tapi si raisha tu kalau waktu siang dia tidur kejap2 je, malam baru dia tidur dengan lenanya. nasib baiklah masa makan tu umi tak tersedak ke apa kan. even nak solat pun kena cepat2...ya allah semoga amalan ku diterima.

bang....cepatlah balik. eh sampai sekarang ni umi tak jumpa lagi calon maid...sape nak kerja cepat apply ye. pastinya calon2 akan ditemuduga macam pesalah sebab..... well u know my hubby kwang3

Rabu, 28 Mac 2012

rambut gugur lak

sebelum kawin sebelum ada baby memang selalu umi dengar pasal orang kata kalau ada baby rambut kita akan gugur....terutamanya bila baby start main air liur. masa dengar tu alah benda kecik je, nak risau buat apa. umi pun tak tau apa kaitan ada baby dengan rambut gugur tu.

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila diri sendiri yang terkena mak aih takutnya tengok. lately ni raisha dah pandai main air liur, ok suka tengok keletah dia. tapi ya ampun...betullah orang2 duk cakap...rambut gugur dengan banyaknya. umi asyik kena menyapu je lantai yang dipenuhi rambut tu.

guna jari pun rambut boleh gugur apatah lagi bila guna sikat. ha tolong.....ngeri. kang botak emm pengsan suami ku tengok. tadi kat paper metro ada iklankan produk tropica bioherb (macam tau2 je umi duk cari produk untuk mengatasi masalah rambut gugur ni kan). so dah transfer duit and pengedar tu akan poskan ari ni atau esok. harap2 produk tu boleh membantu kan.

memang le umi pakai tudung boleh disorokkan tapi yang penting kita nak bagi suami tengok. walaupun bertudung penampilan kena tip top wokeh....luar dalam gitu hahahaha

dialog ayah + anak

lokasi kejadian: 
> ayah sedang hisap rokok
> awin sedang makan
> umi sedang melipat kain


ayah...apa pengalaman paling menakutkan yang pernah ayah tengok


betul awin nak tau. pengalaman ayah yang paling menakutkan ialah bila result periksa keluar awin cuma dapat 1a je. berlari ayah bangun pagi2 nak hantar awin pergi sekolah, berdiri panas terik ambik awin balik dari sekolah tapi tu je yang awin boleh tunjuk dekat ayah. anak orang lain pun makan nasik jugak macam awin (tapi awin bertambah2 nasiknya....ni umi jawab dalam hati sebab takut nak menyampuk heheheh) tapi kenapa dorang boleh pandai blablabla....




hahahah awin bagi 'bola tanggung' so sedaplah kena smash dengan ayah. umi ni bila suami ku dah membebel takut jadinya nak menyampuk. mungkin dia dah penat nasihat bagai kat awin tu ha cepat je lah keluar ayat2 macam tu

Selasa, 27 Mac 2012

ganti puasa

bang....emmm sebab abang outstation a few days so boleh tak i nak ganti puasa. kan dulu masa mengandungkan raisha i tak larat puasa.


ok tapi jaga diri ye


thanks abang




hah gitulah kalau dah kawin ni kena mintak izin dari suami tercinta kalau nak berpuasa bagai tu kan. oleh kerana dah nak masuk bulan 4 ni jadi eloklah umi ganti puasa dari sekarang. nak cuba buat setakat yang mampu lepas tu stop dulu kan then sambung balik hehehe....almaklum le cuaca kan tengah panas terik sekarang ni.

masa mengandungkan raisha dulu umi memang lemah habis...lembik kalau tak makan. ok itu cerita dulu so sekarang adalah masa untuk mengganti puasa yey 30 hari tu aduhaiiiiiiiiiiii

***korang perasan tak umi selalu tulis yang kami suami isteri ni kurang gitu ginilah. memanglah sebab mana ada manusia yang sempurna kan. macam umi ni dengan panas barannya tapi ada suami yang tidak menjadi batu api untuk memanaskan keadaan tetapi menenangkan umi lagi ada. lepas tu umi ni bila balik kerja ambil raisha ha lepas tu memang dia tak boleh berenggang dengan umi dah. jadi suami tercinta itulah yang memasak di dapur....kannnnnnnnnnn. pssttt nak tau tak yang asam pedas suami ku terbaekkkk

kurangnya suami ku? ish mana boleh cerita kat orang kekurangan suami...dosye wokeh. hanya kami je yang tahu kurang dan lebih diri masing2. umi ni lebih pada merendah diri sebab tu duk cerita kurang je. boleh sangat nak cerita kelebihan kami tapi karang ada yang meluat lak....betul tak

Isnin, 26 Mac 2012

sabar ye ee

cerita 1.

kak la....ni orang buat adik kita, tulis kat fb sesuka hati dia je. tak fikir ke perasaan adik beradik kita yang friend dengan dia blablablabla

cerita 2.

bang....ee dah clash dengan budak tu. dia kata ee panas baran la apa la. stress buat adik kita lepas tu siap masuk wad la. pas tu mak ayah tak restu. ee tu tengah cari kerja yang sesuai dgn dia, sabar la sikit kalau nak push bagai pun. nak suami engineer tapi tak sabar. taulah dah couple lama
>>> suami ku...ok kalau cam tu kita pakat adik beradik tong2 sikit sorang beli barang2 nak bertunang then ikatlah dulu sambil tu ee boleh kerja betul2.

cerita 3.

ee...cuba citer dari a-z apa yang jadi sebenarnya....dgn nada sedih ee pun citerlah.
>>> oooo gitu lak kisahnya ye. dah tipu bagai adik kita lepas tu sendiri yang masuk wad lepas tu mak ayah dia nak salahkan adik kita lak. orang tengah stress nak membina kerjaya tapi tak support pun so sesapa pun boleh hangin. eh kalau awak tu dah sampai seru nak kawin dan dapat restu keluarga so kawin la, apa tunggu lagi. bangkit ye ee...pandang ke depan insya allah akan ada yang lebih baik untuk ee nanti.


*** moral....memula nak hangin gak dengan adik umi tu tapi mujurlah dapat encik suami yang berpengalaman tenangkan umi. dia bagi jalan penyelesaian. lega jap. tapi bila dapat tau cerita sebenar dari adik umi hahaha pandai lak encik suami kata jangan teruskan. pelik sikitlah...kata dah kenal hati budi pasangan masing2 tapi kenapa tak menyempat2 kan. dulu elok je adik umi tu belajar sampai tak jemu2 sebab nak berjaya (insya allah) macam orang lain tapi bila dia nak membina kerjaya tak de langsung sokongan diberikan.

tak pe lah ee...semoga ada yang lebih baik nanti. kalau dia nak mencari kesempurnaan emmm memang tak de lah. sesuatu hubungan tu jadi indah bila kekurangan tu dicampur dengan kelebihan masing2. korang jangan fikir adik umi tu ada buat bukan2 lak dekat ex dia ye...tiada ok....umi kenal adik2 umi...

Ahad, 25 Mac 2012

happy 205th anniversary to PDRM

sumber: encik google


happy 205th anniversary to pdrm....hehehe especially to my hubby yang telah bekerja dengan bertungkus lumus demi menjaga keamanan negara....


**** baru tau seksa jadi isteri polis ni sebab asyik kena tinggal je uwaaaa...kejap2 en hubby oustation ke sana la ke sini la....ooooo umi tak dapat bayangkan kalau isteri igp tu mesti lagi teruk kena tinggal kan. mereka berkorban demi keamanan/keselamatan negara dan kami para isteri berkorban menjaga hal ehwal rumahtangga bila ketiadaan suami yang menjalankan tugas

Jumaat, 23 Mac 2012

our little princess-read and play

my pet monkey tu umi beli masa karnival buku pahang 2012 baru2 ni. materialnya yang lembut sesuai untuk dijadikan bahan bacaan raisha. siap dengan muka timbul la macam2 yang boleh menarik perhatian raisha untuk read and play....katanya

yang sebelah kiri tu umi namakan dia kikilala, kalau tekan perut dia ada bunyi ketawa, tapi beli kat tempat lain
ha tu bahan bacaan raisha, my pet monkey


sikit je pun muka surat (kalau boleh dikatakan muka surat la sebab ini bukan kertas)


baca ye sayang


tak tau raisha kusyuk membaca ke tengok gambar ke


akhirnya masuk ke mulut gak muka my pet monkey tu


i've told u many times raisha....don't put into your mouth ok
cewah terspeaking tu dengan raisha hahahaha

our little princess-dah meniarap

korang rasa jemu ke baca kisah our little princess ni....ok jujur cakap kalau jemu silalah bawak cursor tu keluar dari blog ni dan pergi la ke blog orang lain yang lagi menarik. bukan apa sebab kita ni ada pelbagai rasa dan rasa umi sekarang ialah gembira dengan buah hati terbaru ni selain daripada anak2 yang sediada.

macam umi cakap (tulis actually) dulu kan nur raisha dah pandai meniarap masa umi tinggalkan dia dengan ma. and this is the latest pic yang sempat umi snap ok.

angkat kepala slowly ye sayang


habis kedut2 comforter umi sebab raisha meniarap ek


hahaha dah gaya cam ikan lak umi tengok


cak!!!!!!!!


hai sayang....terlopong mulut tu ke penat meniarap

Khamis, 22 Mac 2012

vitamin baru

source: google


ini vitamin terbaru yang masuk ke dalam list vitamin and supplement yang umi ada. actually masa pergi farmasi tu (mentang2 le ada 20% utk ahli farmasi tu so kejenya nak pengabihkan elaun je hahahah macam banyak sangat je elaun tu kwang3) nak beli lecithin yang dah nak abis tu kan. tetiba lak ada sales girl duk promote astaxanthin tu. cewah memula bukan main duk tolak2 kata tak nak beli lagilah, nak tunggu hujung bulanlah emmm well you know me hehehe akhirnya terbeli gak (ter ok).

jadi kalau nak tau summary kelebihan astaxanthin tu korang bacalah kat bawah ni. sikit je umi copy, kalau rasa nak baca explanation yg lagi details so korang boleh tanya encik google ek.

The Benefits of Astaxanthin,
Nature's Strongest Antioxidant

Astaxanthin is one of the most powerful anti-inflammatory nutrients in the world.

The benefits of astaxanthin are many. It has been shown to be a very effective remedy for all types of tendon, joint and muscle pain, arthritis and tennis elbow. It's also been shown to be a great nutritional supplement for youthful, beautiful skin, and maybe the best one to take for your eyesight as well.

The benefits of astaxanthin have shown to be extremely helpful for endurance athletes.

One of the most powerful benefits of astaxanthin is best demonstrated by salmon. These fish often go without food for days, drawing on their own reserves while making their way upstream for hundreds of miles to spawn. Where do they acquire such endurance? From their considerable dietary intake of astaxanthin.

**source: mr google

Rabu, 21 Mac 2012

awak suka saya tak?

suka
suka
suka
sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
sangat kat hilman yong @ damien

umi tak nak buat review novel ni...korang bacalah sendiri ek
best mantap terbayang2 kalaulah dapat jumpa si hilman yong tu kan
(opppsss dosye...can not ye isteri orang ni)

lagi satu kalau balik kampung kat kelate tu selalu gak lalu kat TER tu
tiba2 best lak MJ buat cerita berlatar belakangkan lokasi TER
(eh MJ....kita sekapung la)

emmm boleh tak umi nak bayangkan puteri intan zulaikha tu umi
kahkahkah pengsannnnnnn

Khamis, 15 Mac 2012

sunan di kuantan?


hah biar betul? sunan di kuantan...siap ada guest house lagi tu. ok ok sabar...

ini samada nama dia pak su nan ke atau dia memang menggemari watak laksamana sunan dalam novel karya abg ramlee awang murshid tu ke emmm tapi memang menarik

umi tak nak bagi promosi percuma tapi kalau sesapa nak tau silalah hubungi no. telefon tu ek



***umi dah ada sunan sendiri jadi keterujaan pada watak itu dah kurang sikit lalalala. walaupun sunan umi itu (sebagaimana kita yang lain ni) tak sempurna mana tapi dia tetap istimewa di mata umi kerana kekurangan kamilah yang menjadikan hidup ini lebih sempurna

al-fatihah

semalam kami di pejabat ini dikejutkan dengan pemergian penyelia pengawal yang telah dijemput ILAHI. anak arwah menghubungiku dengan menangis teresak2 mengatakan ayahnya sudah tiada.

umi sebak sekejap....tetapi tersedar .... innalillah.....cuba menyabarkan anak dara arwah.

arwah meninggal setelah berminggu2 terlantar di kuantan medical centre yang menurut doktor pakar kerana arwah mengidap kanser paru2. tetapi mengikut pakar alternatif arwah terkena santau....nauzubillah

semua orang ada silap termasuklah arwah tapi kenapa manusia yang zalim tu (kalau betullah arwah meninggal kerana santau tu) tergamak ye tergamak dengan hati hitam sanggup memperlakukan sebegitu rupa. sekarang puas hati manusia itukan kerana yang dihajati dah lenyap

al-fatihah untuk arwah...

Rabu, 14 Mac 2012

our little princess-3.5 bulan


alalalala baby kami dah berumur lebih kurang 3 bulan setengah.

apa perkembangan dia sekarang? ha kalau nak tau dia dah pandai:-

> mengenal suara umi
> respons pada ayah
> boleh mencari bunyi
> jadi geng tengok bola dengan ayah (dia suka tengok benda bergerak)
> dah pandai memegang barang
> senyum bila diagah
> jari tu kalau boleh semua nak masuk ke dalam mulut
> paling best gigi bawah dah tumbuh
> owh ni umi dan ayah terlepas sebab raisha kat jerantut sekarang iaitu dia dah mula meniarap. alahai yang inilah umi tunggu2 sebagai ibu tapi tak sempat tengok lak pengalaman pertama tu

Isnin, 12 Mac 2012

kita berpisah kejap ye


jujurnya mood tengah sedih ni....memang cuti sekolah masa untuk bersama anak2 tapi mereka terpaksa kami tinggalkan di rumah bonda tercinta kerana komitmen pada karier (kononnya hahaha).

babysitter si kecik tu mintak izin nak balik kampung menjenguk ibunya jadi nak tak nak kami terpaksa berpisah kejap dengan anak2. plan asalnya umi nak mohon cuti tapi bila mengadu dengan ma so ma kata dia boleh jaga 3 beradik tu fuhhh selesai satu masalahkan.

abang dan kakak si raisha dah biasa berpisah dengan umi jadi kuranglah sikit sedihnya tapi ini kali pertama umi berpisah dengan raisha...sob3 air mata terlalu murah harganya. balik rumah dengan hubby emmm terbau2 je mereka. menangis lagi. dah la dalam perjalanan jerantut-kuantan pun nangis sedih je. hubby sedapkan hati kata tu mak sendiri yang jaga bukan mak mertua ke orang lain ke....owh ye tak ye gak kan...senyap kejap.

masuk bilik tengok baby court raisha...umi nangis lagi...tersentuhnya naluri bila dah jadi ibu ni kan. sensitif betul.

awin, nina, raisha....jaga diri elok2 ye...dengar cakap nenek, pak cik ali, mak teh, mak su.... nanti insya allah petang jumaat umi dan ayah balik then hari sabtu kita pergi johor bahru pulak (nak nangis ni tapi tahan je malu kat kengkawan)

Selasa, 6 Mac 2012

birthday ku-38

alhamdulillah....
meningkat lagi umur ku...dah bertambah jadi 38 hehehehe dewasa ok, bukan tua. dah nak ke penghujung 3 series kan...sekejap je masa berlalu. umi suka saat menjejak ke alam dewasa ni.

ucapan terima kasih kepada hubby, ma, adik2, saudara dan kawan2 semua yang telah meng'wish' hepi birthday buat umi.

tengs hubby kerana membuat hidup ku lebih bermakna dengan kehadiran anak2 semua. umi tak pinta bulan bintang cuma cukuplah mencintai, menyayangi, bertanggungjawab, susah dan senang bersama sehingga ke nafas yang terakhir...happily ever after gitu kan

tengs to ma atas segala doa yang tak pernah putus daripada dulu sampai sekarang

adik2, famili, kawan2 kerana menyinari hidup ku selama ini


kejutan daripada hubby
kek dan jambangan bunga yang dihantar oleh anak buahnya ke ofis
tengok kek dan bunga je ek
kalau tengok muka ku memang tengah kembang sekarang
alah biasalah lepas bersalin mesti ambik masa nak slim kan


sedappppp
tengs hubby

ok duk kat situ diam2 ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails