Pengikut

Selasa, 7 Februari 2012

tautan kasih

moment yang terindah hadir dalam hidup umi untuk ke sekian2 kalinya. selama ni duk pegang dan belai jari jemari kecil anak2 saudara je tapi kali ini dapat menyulam jari2 kecil anak sendiri. syukur padamu ya allah. kepada yang belum menjadi seorang ibu tu cuba2lah berikhtiar supaya korang dapat merasai apa yang umi rasa.

serius...hampir menitik air mata ini bila bertaut jari jemari umi dan baby yang menzahirkan seribu rasa. itu belum masuk lagi bab ciuman wajib ke atasnya.

oleh kerana umi bekerja jadi baby umi ni terpaksa di hantar ke baby sitter. sedih kerana tidak dapat menjaganya sepenuh masa. suami ada memberi keizinan untuk berhenti kerja tetapi terasa sayang pulak hendak berhenti kerana umi dah bekerja dari zaman solo sampailah sekarang kan. hari bekerja umi hanya dapat menjaga raisha sekejap je lah dan waktu yang ada seakan2 dituntut sepenuhnya oleh baby ku....macam balas dendam ye sayang.

selain daripada anak2 yang lain, umi menikmati waktu berkualiti dengan mereka. abg dan kakak raisha tu kekadang menguji jugak kesabaran umi yang tak seberapa ni. setakat ini tiadalah pukul memukul ke apa cuma meninggi suara tu adalah. emmm adatlah kan kalau nak mengajar anak dengan berbagai cara. si kecil ini lebih menuntut perhatian untuk proses pembesaran yang sesuai dengan usianya.




2 ulasan:

Rapizah Zamzam berkata...

see the jari jemari pun dah cute kak illa oiiii...

illaieylla berkata...

hehehe tau x pe pizah
ala semua baby kiut miut kan
tp ni pengalaman pertama akak melahirkan baby kiut hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails