Pengikut

Rabu, 8 Februari 2012

our little princess-yang baik

....siapa yang baik hati cinderella, pasti disayang ibu...

alah gitulah tetiba terlintas lak lagu pasal orang baik. ye lah sebab anak umi si raisha tu dah jadi baby yang paling baik dalam dunia sekarang ni. nak tau sebab apa. sebabnya waktu tidur dia dah tetap dan tidak bangun mintak susu di pagi hari. kalau dia mula tidur seawal pukul 10 mlm lebih kurang, jadinya dia akan bangun pukul 6 pagi keesokan harinya iaitu masa kakak, abang dan ayahnya nak ke sekolah atau ke tempat kerja.

perasaan umi....mestilah seronok dan bersyukur sangat. sebabnya dapatlah umi berehat secukupnya, tidur lena kannnnnnnn. umi ingat lagi masa mula2 raisha lahir seawal bulan pertama tu aduhai kerap betul dia berjaga. nak tidur pun susah. raisha akan melalak, meragam, bermain sampailah ke pukul 3 dinihari tau. masa tu waktu tidur umi hanyalah 3 4 jam sahaja dan mata memang tok sah cakap la memang dah jadi adik beradik beruang panda hahahaha. masa tu jugak angin satu badan ni hehehe umi kan manusia biasa.... kesabaran tu ada waktunya terbabas gak. nasib ada ma yang menyabarkan umi. menyesal gak bila dikenang kembali apa salah raisha waktu itu, kalau dia dapat bercakap ha habis la umi. maafkan umi sayang.... umi tak pukul pun raisha tapi sikap sambil lewa tu je lah (angin tak cukup tidur tu la nya)

ooooo umi merungut ek....nanti bila raisha besar ni mesti dia baca coretan ni (hidup lagi ke tidak umi masa tu nanti kan) entah apa2 lah raisha cakap kat umi kan. umi tak merungut pun sayang, cuma umi suka mencoretkan setiap perjalanan kelahiran sayang sebagai kenangan hidup umi.

waktu umi mencoretkan entri ni pun raisha (ayah panggil sayang ialah shasha tau) dah tidur dengan lenanya di baby court. kak nina dan abang awin pun dah tidur.

tiba2 perasaan sayu menjelma bila mengenangkan terbatasnya waktu umi bersama si kecil raisha. hari bekerja sekejap je dengan dia, sabtu ahad je lah dapat menjaga sepenuhnya. walau apapun umi nak raisha tau yang umi sayang sangat kat raisha (selain daripada suami, anak2 dan ahli keluarga yang lain).

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails