Pengikut

Khamis, 30 Disember 2010

aku bukan kaki bola


wah dalam sejarah gitu hehehe.....buang tebiat ke apa aku ni. ye lah tak pernah2 aku hadap tengok football match dari mula sampai abis tp malam tadi aku wat hal lak tengok msia vs indon. ye lah cam ner nak wat benda lainnye kalau dah bising manjang kan.....dari ayahnya hingga ke anaknya aduhaiiiii. yg 1st round dorg main kat bkt jalil tu aku tak tgk sgt coz duk hadap internet tp telinga duk hadap mcm2 komen kat dlm rumah tu....kang dah gol dorg menjerit bagai lak. tapi bkn tak tgk langsung la, ada gak aku jeling2 manja gitu kat tv ngeeee.
ye lah lagi pun kalau ada nak wat benda lain pun bukannya boleh concentrate cam nak baca novel ke ish kang mengganggu konsentrasi aku kan so nak tak nak tgk gak le bola tu. pas tu kat ofis dorg dah bising kata kalau msia menang match tu so pm akan declare cuti. eh part ni aku mana boleh miss kan....karang org cuti aku lak pegi keje. lagi satu duk kecoh pasal sinar laser ke apa tu woooo rancak tul kali ni ye.
jadinya tgk le match tu sampai abis dan tunggu manalah announcement dr pm emmm tak de, rupa2nya pagi ni baru le dapat tau 31st dec declared as a public holiday. eh best kan kalau football team kita asik menang je so boleh la cuti manjang kan ngeeee.
datang ofis pagi ni bos dah sibuk suruh tanya hr dept cuti ke tak esok. aku pun kalau bab ni laju le hehehe so anta le email kat respective person tu and katanya kena tunggu circular dr mef dulu. adoi lambat la dorg ni kan. dengan cuaca basah je lately ni and aku pun jadi lembab gak le nak keluar rumah....sejuk wokeh so tak sabar betul nak cuti ni. tapi aku tau dah company aku ni mmg ikutnya apa yg msian governmentnya polisi and confirm cutilah esok kan.

Isnin, 20 Disember 2010

from taiping with love

hahaha tunggang langgang dah jadinya susunan gambar2 ni. yang ni patutnya jadi pic yang terakhir aduhaiiiiiiii

masa ni dalam bas nak ke bukit merah lake town resort
dari kiri awin, nina dan adik ku teh

humm nasib baik pic ni blur hehehe coz masa ni aku ditarik oleh hubby ku untuk menari dan join kawan2nya

ha yang ni la patut jadi pic mula2. masa ni baru sampai kat hall taiping golf resort

bas kat belakang tu lah yang kitaorg naik untuk ke bukit merah lake town resort. alamak lupa lak nak snap pic abg2 polis trafik



penat....berjalan2 memang best tapi bila balik rumah tu adoi baru le terasa kepenatan segala bagai. dari 17/12 - 19/12 recently kami anak beranak dan disertai adik ku teh, maka berangkatlah kami pagi2 17hb tu taiping, perak or actually location is at taiping golf resort. we all ke sana ikut short cut genting highland - batang kali. cam biasala kan...kalau having a long journey ni kan emmm banyak lak stopnya....toilet break la, lunch la mcm2. tapi aku terkilan sket la coz journey ke utara ni aku tak terjumpa lak kuih siput kat every stop tu....

lebih kurang kul 5 lebih sampai le we all ke tempat yang paling lembab kat msia ni iaitu daerah taiping. kedatangan kami disambut dgn hujan renyai2. lepas check-in kat taiping golf resort, bagi anak2 aku yang memang tak boleh tengok swimming pool...freekan dorg dgn teh....aku dibawa hubby ke club house untuk berjumpa squadmate dia. wah semua dah high ranking tu....siap ada datuk, acp, sac bagai and aku cam biasa gak jadi penyeri or patung cendana hahahaha ((tak pandai nak borak dgn geng dia)). yang lebihnya aku jadi tukang gelak or senyum je. tp thank god coz lepas tu ada couple polis dr ampang join so boleh le aku borak dgn wife dia.

lepas tu balik bilik untuk solat and bersiap ke bbq dinner. kena naik kete gak le utk ke apartment and club house tu. wah hepi sakan aku tgk my hubby bila jumpa dgn kengkawan dia. maklum le masing2 dgn berbagai komitmen so ni je lah masa yg ada untuk bertanya khabar bagai kan. havoc dibuatnya club house tu. makanan best. cuma si bongsu nina tu memang tak leh duk lama2 kat satu2 tempat jadi dia buatnya merengek menangis untuk ajak balik hehehe lagi pun dah memang time tido dia kan. sian gak kat hubby ku yg terpaksa menghantar we all balik ke apartment then dia pegi balik jumpa kawan2 dia.

hari sabtu 18/12 lepas breakfast ktorg split into 2 groups. yang bapak2 nye pegi main golf then pada yang tak suka main golf tu ikut xtvt spouse and kids ke bukit merah lake town resort. wah jangan tak tau yang perjalanan ktorg ke bmlr tu diescort oleh encik polis trafik and kete peronda wokeh. abis orang taiping duk tengok sapelah yang lalu tu kan ngeeee. so memang smooth giler perjalanannya, siap ada siren polis lagi tu. eh lupa nak bagi tau...ktorg disediakan sebuah bas pdrm ((aku, teh and anak2 antara penumpangnya)) dan 3 buah van polis. eh of course le dorg kena escort kan coz ada bos dorg tu yang high ranking tu. terima kasih kepada ipd taiping atas kelancaran perjalanan ktorg.

hahaha kat bmlr ada insiden kelakar tau. lepas diberikan tag so anak2 aku dah meluru ke theme park, aku dan teh pun ikut mandi manda sekalilah. picture kat bmlr tak banyak snapnya coz our belonging kena simpan kat locker. then bila naik bas and turun untuk lunch kat restoran asam pedas ada sorang tu tanya kitaorang ni mandi tak. coz diorang kata tag tu bkn utk ke theme park. aduhaiiiii patut le masa ktorang nak keluar tu kat scanner tak lepas. then barulah tau yang dorg semua ke pulau tengok orang utan. hahaha tapi tak kesah le coz dah puas ktorang membasahkan diri tu kan. patut la aku ada gak tertanya2 kat teh nape tak nmpk group kita lalu lalang ek emmm rupa2nya gitu kisahnya ye. walaupun kat bmlr cuaca redup je tak ujan tp sunburn gak rupanya aku.

ok saat yang ditunggu2 dah tiba. dengan tema cowboy cowgirl maka havoc lagi dgn suara masing2 berlagak hidup di zaman dolu kala gitu yee haa. owh gitu gayanya dorg enjoy sakan ek. memang kecoh betul. ada yang menyanyi, ada yang menari. yang perkep lak asik dgn tarian poco2 ((aku tak join coz tak pandai le nak menari gitu kwang3)).... jadi pemerhati best gak. macam2 gelaran dorg bagi antaranya best dress for cowboy cowgirl, the sexiest cowgirl, the miang cowboy hahaha etc dan hubby ku dapat hadiah for recently married dan digapainya aku untuk ke depan menerima hadiah. makanan yang provided for us pun best. bila majlis nak habis siap dorg menari bagai and hubby ku memang tak duk diam so ditariknya aku untuk menari join dorg ramai2 hehehe. majlis ends at 1am....nina dah tido lena kat kerusi tak sedar diri dah dia tapi aku terpaksa kejutkan dia untuk amik hadiah for kids below 12.

alamak....encik emcee siap wat announcement kata untuk next reunion dorg plan nak ke oversea tp kan nape la dorg nak ke bandung lagi.....carik le tempat lain wei. emmm ni mesti dorg nak pegi main golf kan coz org kata golf course kat sana best. tema next year ialah bollywood....waduh cam ner nak melaram tu hehehe. chop...kali ni aku dah siap pesan kat my hubby yang aku nak pegang duit sendiri untuk shopping ngeeee. ye lah coz masa pegi bulan madu dulu kan aku not allowed for shopping, kalau nak semua kena mintak dari dia.

lepas check out, we all breakfast dulu kat bandar taiping. lepas makan aku sakit kepala lak terus tido then sedar2 dah sampai kat bandar kuala kangsar. owh bagus tul hubby ku ni kan....dah alang2 berjalan ke sini so abis negeri perak dia nak bawak ktorang ronda. sempat lagi ktorg tengok salasilah raja2 perak kat muzium or galeri sultan azlan shah.

kat galeri sultan azlan shah tu memang banyak la barangan diraja yang boleh dilihat. pic cucunda pun ada...owh hensem n comelnya dorg. dr raja nazrin n tunku zaraa yang sepadan segak cun giler. tapi sayang coz tak boleh snap pic kat dalam tu. ada lak suara nakal dari budak2 poli ungku omar yang pernah tengok tandas diraja tak hehehe ke situ lak dorg fikir ek.

sempat gak duk snap pic mckk....owh ni lah sekolah adik iparku si zahlan tu ek. lepas tu pegi makan mee udang kat taman bukit chandan. owh dah malam rupanya bila sampai kat batang kali tu ek. so my hubby treat us a dinner at awana genting tu. dinner sambil dihiburkan oleh nyanyian drpd anak saudara faizal husin ala pelakon 80an tu le....alhamdulillah....selamat gak sampai ke rumah pada pagi isnin kul 1am. dah tido tak sedar diri ni tp kena gak bangun pegi keje....adoi penat giler + malas tu.

Khamis, 16 Disember 2010

sayonara ydh datuk robiah, mantan ketua polis phg


jap2....sebelum aku citer pasal mess nite or farewell dinner for our beloved ex-cpo pahang the one and only ydh datuk robiah....baik le aku citer kat korg pasal my 1st experience to went thru such a formal event with badan beruniform cam polis tu hehehehe.



masa nak kawin dgn encik ((bkn cik ok)) abg ku dulu pun kan aku tak leh nak imagine cam ner la nak masuk line polis ni. psssttt tak pernah masuk dlm list aku dpt jodoh dgn badan beruniform ni ek hehehe tapi ye lah kalau dah jodoh tak ke mana kan. eh aku pun sama cam korg gak tau...berdebar segala bagai ok. mana nak mingle around with police society nya famili la, mana nak behave myself la ((ye lah aku ni kan kata org kelate tu terbolah gak sekali sekalanya... maknanya kelam kabut)) emm kena jaga la air muka hubby ku itu kan. mana nak address the senior, yg same level with my hubby or even the other anggota lagi....fuh penat pale otak cam ner nak act to tau.
jadi.....mlm 15 december 2010 i've went thru such a memorable experience with almost zero mistake ya and it went well...!!!!! tepuk utk diri sendiri hehehe. before tu hubby ku sibuk le suruh cari proper attire utk ke dinner tu kan. bukannya tak de baju yg ok tapi biasalah dia memang suruh pakai something new kan. so kebetulan masa pegi launching novel rayyan fantasi kat alamanda putrajaya recently, so aku cuci2 mata gak le kat butik dalam tu. then tak sangka lak jumpa dress kat hajaba yang pada mata aku ok lah untuk dipakai masa mess nite tu.

mess nite dinner tu was held at hyatt hotel kuantan with 200 pax je coz hall tu cant accomodate ramai sangat orang or with other word its only for the officer and above. datuk robiah tu menjadi kenangan seumur hidup aku kerana beliau salah seorang tetamu vvip yang sudi menjejakkan kaki ke kenduri perkahwinan ku masa awal oct 2010 recently. fuhhhh penat tul nak ikut segala bagai protokol dinner masa tu. jap duduk, jap bangun....jap kena minum untuk spb yang dipertuan agung, jap kena minum utk raja2 melayu adoi gitu gayanya dorg. 1st time wei....kang dah lama2 baru le biasa kan nak get used dgn segala bagai adat istiadat polis tu hehehe.
gud luck untuk ydh datuk robiah yang promoted to ketua pengarah or pengarah pengurusan ((kalau tak silap gitu lah postnya)) kat bukit aman tu. dah 2 kali ye datuk mencipta sejarah menjadi wanita pertama as a chief polis officer and sejarah tercipta lagi utk new post tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails