Pengikut

Selasa, 9 Mac 2010

kerja luar ke kota bharu...jln2 cari mkn...bday...sakit

penat.....

hanya itu yang mampu aku gambarkan tetapi demi memenuhi tuntutan kerja (or sesuap nasik mungkin....kang ada lak yang kata aku ni jarang makan nasik ngeh3). bekerja di private sector memerlukan kita jadi multitasker (aku ke tu....hahaha sedang mencuba ok), tidak sekadar diletakkan di sesuatu post and itu je kerja kita...oh tidak...semua kerja harus dibuat especially kalau big company cam tempat aku kerja ni ada KPI...dari situlah hasil kerja kita dinilai...baik dari segi pemberian bonus or annual increment. tapi oleh kerana kita pun sbg manusia biasa yg kadang2 selalu terlepas pandang itu ini, jadi sebagai pekerja aku juga seringkali diperuk ketidakpuasan hati tapi apa boleh buat kalau ini sahajalah kebolehan yang aku ada. but the important thing is....i enjoyed with my working life....u want to know why....because we are working under minimum supervision....cewah ye ke

bermula daripada 3/3 until 8/3 baru2 ni, aku ditugaskan ke kota bharu, kelantan bersama2 dgn alan utk membuka booth...konon nak tgk market org kelantan la katakan. ayat bos aku....ela..u org kelantan kan, so u kena ikut alan pegi jaga booth coz u pandai cakap org sana...nnt kalau alan pegi sorg2 dia tak faham apa org sana cakap.... ok baik mr lim....jd selama itu berkampunglah aku dan alan di hotel ridel, hotel baru kat tepi sungai kelantan dan booth kat parkson, yg baru dibuka di tengah2 bandar kota bharu. chop....don't jump into conclusion....aku and alan duk seperate room and different floor ok....

perjalanan ktorg melalui jalan kg jabor-jerangau sbb dekat sikit lalu ikut situ, dlm 4 jam setengah dah sampai ke kb. kalau nak melalui jalan tepi pantai nak tgk pantai blh gak tapi ambik masa sikit le. aku macam biasalah bila dah sampai ke tempat sendiri kan almaklum le balik kampung, so 1st thing aku tuju ialah my feveret food iaitu kuih akok....sedapnyaaaaaaaaa. actually, stall yg jual akok ni pun kat area kg aku tp sori lah chek ye (panggilan utk nenek aku)....cucunda ni tak boleh nak singgah sbb nak cepat check-in kat hotel tu.

semasa oustation ni juga, aku telah menyambut hari lahir ku pd 6/3 (di lokasi berbeza kat sepang and kuantan, adikku hafizah and adik iparku aidai juga telah celebrate bday mereka yg jatuh pd tarikh yg sama....magik tul kan). syukur alhamdulillah kepada maha pencipta kerana aku masih lg diberikan ruang utk bernafas di umur baru ku ini, rupa2nya dah banyak aku mengutip kenangan dan kematangan yang menjadikan aku sebegini....memang aku membesar dgn pelbagai peristiwa disekeliling. thank you sooooooo much for all the bday wishes especially from ma, adik2, adik2 ipar, makcik2, pakcik2, kawan2 ramfc, ofismate, kenalan di facebook...samada yg sudi menelefon ku, bersms, wish kat fb dan tak lupa juga untuk yang tidak mahu disebutkan namanya....love u all....i really appreciate it. td aku baru jenguk jap n3 nain....wah akak pun lahir bln 3 ni tau....errr biarlah aku je yg tau diri sendiri kwang3...


sempat lagi tu makan kek kat booth. kek ini dihantar oleh edan ramfc. tq edan. sepanjang aku berkampung di parkson, kenyang perut ku dgn juadah yg dibawakan oleh edan....antaranya ialah martabak diraja kelantan dan sate buatannya. oleh kerana terlampau bnyk makan...so dah keluar le flet 3 tingkat aku tu uwaaaa tolongggg, tak sanggup tengok....cam ner nak buang tu

inilah coklat moist cake from secret recipe yang telah ditempah oleh sue ramfc utk ku...tq bnyk2 sue...
mmg sedap kek tu. sempat lagi aku menjamu edan dan alan kat booth. lepas tu lari jap ke rmh chek utk berkongsi kek ni dgn chek and sedara mara ku yang lain. makcik ku, cik ar siap belikan aku pizza lg.

inilah dia rupanya martabak diraja kelantan...rm12.00 sekilo. mmg sedap sgt. aku kirim kat edan sebiji je tp dibelikannya 2 keping jd kena abiskan semua....wah kenyang betul

selain drpd kuih akok, inilah dia my feveret iaitu etok....rasanya ini dlm famili kerang. aku siap beli 3 bungkus utk dimakan dlm bilik hotel. dan sudah semestinya aku sudah standby pisau....ye lah kalau nak gigit etok ni mau ngilu gigi aku kan. bkn ni aje tau...parkson ni hanya kat depan pasar besar siti khatijah, so guess what...borong makanan le aku....wah sedapnya dpt makan makanan oghe kelate....ada kawan2 yg sms ckp aku ni pegi jln2 cari mkn ke...hahahah jeles ye korg


oleh kerana aku sendiri tau dgn keadaan sistem ketahanan badan aku, jd segala bekalan ubatan telah aku sediakan. dannnnnnnn aku demam la pulak hari ahadnya....kesian kat aku kan. lemah sungguh rasanya. nak meraung pun ada sbb walaupun berada di kampung sendiri, tapi keadaan berbeza sbb aku ke sana utk bekerja. tak kan le nak merengek bermanja dgn nenek aku lak kan. lagi haru bila aku yang hanya tido2 ayam tu, rasanya dalam pukul 4 pagi....jeng jeng jeng....... aku terasa sesuatu telah keluar melalui lubang air cond dan menindih perut ku....serius....aku mmg takut giler time tu....semua ayat aku baca dan alhamdulillah benda tu lari jugak. tu lah org cakap kalau badan lemah senang aje benda2 nak masuk kan.

hari isnin, aku and alan berangkat balik ke kuantan. selain aku, rupa2nya alan pun dpt sakit...dia selesema. walaupun kitorg tak sihat, tapi sempat lagi singgah utk membeli sedikit makanan dan singgah ke jeti tasik kenyir, yang hanya 15km dr main road jabor-jerangau....alah lupa lak tasik kenyir ni kat daerah mana kan...ke hulu terengganu emmm confius.



view di jeti tasik kenyir....

2 ulasan:

darling elle berkata...

APA CAKAP? FLET?! HAPA....MACAM X DENGAR JEA NI....APA YANG FLET2 TUE...SUE LIKE WE GUESS....PENGSAN222.......

illaieylla berkata...

akak ckp flet akak le....x de kena mengena dgn org lain....ala jgn le mrh....syg elle...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails