Pengikut

Isnin, 21 Disember 2009

ulasan novel 9 nyawa - ramlee awang murshid



....mujur jugalah mata hati itu tidak pernah berdusta. Hati yang tulus ikhlas pasti menemui kebenaran biarpun kebatilan tersembunyi jauh ke dasar jiwa. Kerana lidah pasti berbohong untuk menyembunyikan kejahatan.


Indah sungguh gaya bahasa ataupun intro daripada penulis. Hati yang melonjak tidak sabar untuk meneruskan pembacaan selanjutnya. Tidak sabar lagi kerana aku terlambat mendapatkan novel ini (kalau nak dibandingkan dengan adik aku Alias yang berada di rumah bondaku di Jerantut yang terlebih dahulu menghabiskan pembacaan ini....dengki emmm).


Aku andaikan inilah kucing berwarna keemasan yang telah menjilat tapak tangan Intan semasa mengalami kemalangan pada tahun 1990 dahulu...inilah Junsang, kucing yang pernah aku bela suatu waktu dahulu tetapi kini telah hilang entah ke mana.....rindunya......

Emmm bagaimana ye aku nak membuat ulasan terperinci ini kerana selama ini aku hanya membuat point sahaja tetapi kali ini aku ingin berubah angin dengan membuat ulasan penuh....terfikir bagaimana harus dimulakan....jadi tatapilah ulasan novel ini berdasarkan daripada pandangan aku.

Intan Suryani.....nama seindah kerlipan berlian yang diusahakan daripada perniagaan berlian D'Diamond milik keluarganya sejak tahun 1985 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (jalan itu merupakan tempat membeli belah terkenal bagi semua orang). Merupakan anak tunggal kepada pasangan Sanusi dan Azizah (( nama Azizah yang klasik ni macam nama adik aku la pulak hehehe perasan jap )). Intan dilahirkan hasil daripada teknik IVF ataupun persenyawaan luar rahim (kalau tidak silap aku, kat Kuantan ada organisasi ini yang dinaungi oleh KDYTM Tengku Puan Pahang). Berumur 28 tahun, remaja, cantik tetapi hidup di dalam kongkongan ibu (ye lah anak orang kaya mestilah ibu kongkong kan terutamanya kerana bakal mewarisi harta bernilai RM100 juta).

Hidup Intan banyak dipengaruhi oleh ibunya yang amat mengambil berat tentang persahabatannya dengan orang di sekeliling, keselamatannya dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana semasa kecil Intan pernah cuba dibunuh oleh ayahnya yang tidak percaya bahawa Intan lahir daripada benihnya. Intan mengetahui bahawa dia mempunyai 9 nyawa setelah ibunya mengalami mimpi ketika Intan berumur 10 tahun. Sepertimana remaja lain di usia 28 tahun, Intan tidak dapat lari daripada perasaan ingin berkasih sayang tetapi ibunya bijak mengatur hidup Intan. Walaubagaimanapun akhirnya Intan telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama Khairil yang pernah mengunjungi galeri berlian miliknya. Diringkaskan cerita, atas dasar tidak putus asa, Khairil telah berjaya memikat hati Intan dan akhirnya telah melamarnya menjadi suri hidup dengan restu Azizah.

Seperti biasa...macam karya yang lain, penulis bijak menggambarkan keadaan yang telah berlaku dengan membuat teknik 'flash back'. Diceritakan bahawa keluarga Intan telah terlibat dengan kemalangan pada bulan Mac 1990 (alamak....ni bulan kelahiran ku hehehe). Kemalangan tersebut telah mengorbankan nyawa ayahnya ketika Intan berumur 10 tahun dan juga dua orang adik beradik telah kehilangan ibu dan ayah. Rentetan daripada kemalangan tersebut, Intan dikehendaki untuk mengambil atau memakan tiga jenis ubat bagi menguatkan sistem ketahanan jantungnya.

Oleh kerana cerita ini berkaitan dengan tajuk yang diberikan penulis, jadi telah terjadi beberapa peristiwa yang menimpa Intan yang membabitkan dia kehilangan nyawa. Pertama kali ialah ketika Intan baru dilahirkan pada tahun 1980 (rasanya Sue RAMFC lahir pada tahun ini kan...patutlah dia dikatakan heroin cerita ini ngeh3) kerana dia tidak bernyawa seperti bayi lain yang menyebabkan doktor terpaksa membuat sesuatu untuk mengembalikan nyawanya. Kali kedua Intan kehilangan nyawa ialah semasa kemalangan pada tahun 1990. Kali ketiganya pula ialah semasa berada di Port Dickson pada tahun 2000 iaitu ketika umurnya 20 tahun. Peristiwa hampir kehilangan nyawa untuk kali keempat ialah semasa Intan nyaris kena tembak oleh perompak ketika berada di galeri berliannya. Dan yang terakhir Intan kehilangan nyawanya buat kali kelima ialah semasa kereta yang dinaiki bersama ibunya telah ditembak oleh dua orang penunggang motosikal di bahagian enjin dan tayar yang menyebabkan kereta tersebut berpusing beberapa kali.

Selepas berkahwin dan sebagai seorang isteri yang amat mengasihi suaminya, Intan tanpa prejudis telah menamakan Khairil sebagai pemegang kepentingan syarikat jika sesuatu terjadi kepadanya. Ini boleh dilihat melalui muka surat 297 dan jika dihalusi situasi ini memang wujud di alam nyata kerana perempuan terutamanya yang bergelar isteri amat mudah menaruh kepercayaan kepada lelaki yang bergelar suami (kalau dapat suami yang baik memang tiada masalah kan tetapi siapa dapat menebak hati manusia).

Kemuncak cerita ini ialah ketika Intan koma di ICU, Tingkat 6, Hospital Tan Tock Seng, Singapura gara-gara jantungnya tidak berfungsi ketika berbulan madu bersama Khairil di sana. Semasa koma inilah, roh Intan telah berkeliaran dan berjumpa dengan Hakim yang walaupun cacat penglihatan tetapi mempunyai keistimewaan boleh melihat cahaya dan mendengar suara orang yang berada di ambang kematian (muka surat 82). Ketika itu juga Intan dapat melihat semua kecurangan, kelicikan, perancangan rapi suaminya Khairil yang memperjudikan sebuah perkahwinan hanya untuk meraih kekayaan melalui penderitaan orang lain. Intan dapat mengenali bahawa Hakim dan Shauqi adalah kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat daripada kemalangan pada tahun 1990 dahulu. Hasilnya apabila sedar daripada koma, Intan telah mengambil tindakan drastik dengan memfailkan permohonan cerai daripada Khairil yang ketika itu berada di dalam tahanan polis di Jalan Whitley, Singapura.

Jangan lupa juga cerita ini berkisar kepada pengorbanan seorang ibu iaitu Azizah yang amat tegas dalam mendidik Intan (kak chik panggilan untuk adik ku Azizah...janganlah tegas sangat ye mendidik Baby Yasmeen tu). "Nyawa Intan lebih berharga daripada harta yang saya ada David." (m/s 243). Naluri keibuannya juga terserlah iaitu ketika berjauhan di bumi Arab kerana mengerjakan umrah, Azizah dapat merasakan Intan jatuh sakit (m/s 364). Juga telah belajar menembak dan memperolehi permit senjata api dan memiliki sepucuk pistol yang akhirnya menantu (ke hantu hehehe) telah maut ditembaknya ketika Khairil menyeludup masuk ke rumah banglonya untuk membunuh Intan setelah melarikan diri dari tahanan polis di Singapura.

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Hasil daripada pembacaan ku sebanyak dua kali, berikut adalah beberapa rumusan yang boleh diambil sebagai rujukan bersama:-

1. m/s 70: penulis membangkitkan masalah pendatang haram yang menimpa kebanyakan negara seperti yang dibangkitkan dalam perbualan di antara Dahlan dan Shauqi.

2. m/s 83: sebagai manusia biasa, ada ketikanya terdengar juga keluhan jemu untuk menjaga orang cacat meskipun antara adik beradik seperti Shauqi yang kadangkala mengeluh terhadap abangnya Hakim.

3. m/s 84: pihak berkuasa khususnya polis giat membanteras kegiatan penjualan barangan seludup secara haram.

4. m/s 143: walaupun Dahlan dan Shauqi melakukan aktiviti penjualan barangan seludup tetapi wujud kesedaran di hati mereka jika terlibat dengan pengedaran dadah dan hukuman yang bakal dikenakan di Penjara Changi.

5. cinta tidak mengenal siapa, umur, pangkat segalanya. Ini terjadi terhadap Dr Daud @ David Chu yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Azizah (sekarang sedang kecoh perkahwinan pelakon Zizie Ezzette dengan ahli parlimen dari Sabah iaitu Datuk Bung Mokhtar hehehe).

6. m/s 247: penulis melihat persekitaran semasa bila mengeluarkan kenyataan ini. Kebanyakan wanita amat takut hidup tanpa teman yang dipanggil suami. Secara fitrah, lelaki mahupun wanita, mereka berhasrat untuk hidup dalam suasana rukun rumah tangga (komen........tunggu je lah jodoh yang sesuai heheheh)

7. awas wanita semua....berhati-hati dengan kenyataan apabila ada orang yang ingin menjaga kita sehingga mati juga berserta lirikan senyuman yang penuh makna tersirat.

8. m/s 34: penulis mungkin terkeliru dengan penggunaan bahasa pasar yang jadi terbalik...."abang gua mesti tidak tahu kamu buat kerja ni kan'". Dialog diantara Dahlan kepada Shauqi. Sepatutnya abang lu

9. m/s 101: menelusuri jiwa remaja yang kadangkala terbabas sekejap, penulis menggambarkan bahawa Intan tanpa segan silu telah meletakkan tangannya ke atas tangan Khairil yang memegang gear.

10. m/s 107: sekali lagi penulis berdasarkan situasi semasa yang memang dialami sejak dahulu iaitu orang Melayu khususnya terlampau ramah bercerita mengenai hal keluarga kepada orang yang dijumpai buat pertama kalinya seperti yang berlaku pada Dr Sipon.

11. m/s 115: selalunya orang berada akan mengupah pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan harta dan diri pemiliknya tetapi Azizah dikira berani kerana hanya memasang alat keselamatan pada permulaannya tetapi setelah rumah diceroboh oleh Mat Siam, barulah Azizah mengupah 2 orang pengawal keselamatan (pepatah Melayu...dah terhantuk baru tengadah kan...alamak betul ke tidak ni pepatahnya aduhaiiiii)

12. m/s 129: ini perkara normal yang biasa dialami oleh semua wanita (bukan semua ye....pengsan) iaitu mudah lentok atau cair dengan perhatian lelaki. Seperti yang dialami oleh Intan yang dalam tempoh singkat mengenali Khairil telah selalu terbayang akan pemuda tersebut.


Sekian dahulu ulasan novel yang panjang lebar daripada pandangan aku. Kita berjumpa lagi di lain kali....Abg Ram.....karya anda memang mantap, tidak jemu untuk dibaca, tidak sesia menunggu setiap keluaran terbaru....teruskan usaha ye

10 ulasan:

akimsensei berkata...

waiting for the next novel pulak.. haha.. xpuas hati satu je, sensei tu.. should be singse.. sensei tu kan cikgu.. singse baru la tabib cina.. arigatok sensei.. larikkk..

illaieylla berkata...

aah kan...terlps pandang lak akak psl tu...

tp sedikit kesilapan tidak mencacatkan overall citer kan akim hehehe

datomarsani berkata...

haha, dh jd penganalisis novel pulak... lepas ni bleh kerja sambilan di alaf 21 atau DBP.. hehehe

illaieylla berkata...

ye lah tu elly wei....
sekali sekala wat ulasan ni so kena la mantap sket kan hehehehe

Linda Amri berkata...

hmmm...
1. cepatnya dia buat ulasan, tak kesian ngan kengkawan yg tak abih lagik ke?

2. satu ulasan yg baik dan ada peningkatan. mana belajar buat ulasan ni? siap ada mukasurat lagik

3. aku pun dah abih baca 9 Nyawa tp ulasan aku hold dulu & tak le sepanjang lebar camni cukup sekadar ringkas dan padat shj

4. tak sabar nak baca Cinta Sufi lak. sejak kebelakngan ni bg RAM suka pula buat cerita ala-ala cinta gitu, hai dah berubah angin ke abg besar kita tu?

malas nak cakap byk, ckp skit2 sdh lah ye, bye!

illaieylla berkata...

linda....

1) nak tgu kesian kat dorg tu mmg le kesian tp kang dah ala2 suam kuku nak wat ulasan emmm alahai sape lak yg nak bacanye kan

2) hidup adalah satu pembelajaran hehehe

3) ok buat le ulasan...x kira la panjang pendek asalkan ia pandangan drpd semua org yg meminati hasil penulisan abg ram kan

4) kiter pun tgh tgu cinta sufi ni. itu le kan...abg ram dah emmm apa ye...ke lelaki yg berumur 40 ke atas jd romantik gitu hahaha pengsan

x yah ckp linda wei...taip je... bai...singgah le lg kalau sudi ye

Einay berkata...

which one is much better(worth to buy)? mikhail or 9 nyawa? coz i have a rally tight budget right now..help..

illaieylla berkata...

einay....

pls don't wori so much about ur budget. u can buy both but u have 2 wait until march coz there will be an international book fair at pwtc. and i'm pretty sure d price given is ok

Chik Att berkata...

CA jadi tertarik untuk membaca novel ini . Sebelum ni , hanya tgk aja tajuk2 karya Ramlee Awang Murshid ni , tak pernah terlintas untuk menerokainya. Rasanya ini mungkin satu suntikan untuk CA ... membaca karya2 beliau.

illaieylla berkata...

tq kerana sudi singgah ke blog ni ye cik att. dan selamat membaca novel hasil karya RAM dan pelbagaikan genre pembacaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails